Selasa, 05 Agustus 2008

KAJIAN TERHADAP KITAB I’RAB AL-QUR’AN
Oleh: Jannatul Husna
IGB080008


Mukaddimah

Mempelajari al-Qur’an adalah suatu keniscayaan dalam Islam. Agar hidup tidak terjejas kepada lembah kelam (al-zulumat) dan memperolehi maklumat yang jelas lagi lurus (al-nur). Oleh itu, para ulama terdahulu dan terkemudian memberi panduan dalam menangkap kepahaman terhadap al-Qur’an, salah satu diantara usaha kearah itu ialah dengan mengkaji al-Qur’an daripada segi i’rabnya. Menelusuri makna-makna al-Qur’an melalui maklumat i’rab menjadi penting, kerana dengan memahami tata bahasa itulah bermula kepahaman yang benar.

Banyak para ulama yang berkhidmat dalam ranah ilmu i’rab ini, baik pada masa lampau (ulama mutaqaddimin) mahupun daripada ulama-ulama masa kini (ulama mutaakhirin). Diantara ulama yang membahas perkara I’rab al-Qur’an ini iaitu Muhammad al-Tayyib al-Ibrahim dan Muhammad Hasan ‘Uthman. Berikut akan didedahkan tentang karya-karya mereka dalam bidang I’rab al-Qur’an, gaya penulisan, keunggulan dan sisi kelemahan, jika ada dan berkenaan.

Pertama, Muhammad al-Tayyib al-Ibrahim

Dia adalah salah seorang pensharah di Fakulti Usuluddin Universiti Ummu Derman Damaskus, Shiria. Mengarang kitab I’rab al-Qur’an al-Karim al-Muyassar sebanyak satu jilid sahaja. Ianya dicetak untuk kali kedua pada tahun 1426H atau bertepatan dengan 2006M oleh Dar al-Nafa’is Beyrut Lebanon. Pada mukaddimah kitabnya, sang penerbit “Dar al-Nafa’is” menghuraikan pentingnya penerbitan kitab secara wasit (moderat/tidak terlalu lebar dan tidak pula terlalu ringkas). Ini akan sangat bermanfaat sekali bagi memberi kemudahan pelajar dan penuntut ilmu (al-Ibrahim; 5).

Adapun diantara kaedah yang digunakan oleh al-Ibrahim dalam menulis kitabnya iaitu:

Dia menukil dan mengi’rabkan al-Qur’an berdasarkan kepada aturan penulisan mushaf ‘Uthmaniy yang tiga puluh juzu’. Dimulai dengan surat al-Fatihah dan diakhiri dengan surat al-Nas. (Nuqila nas al-Qur’an al-Karim kamilan bi itarihi min Mushaf al-Huffaz al-mash’arif ‘alayhi);
Dia menandakan ayat-ayat al-Qur’an yang sedang dii’rab itu dengan tanda bold (tebal). Hal ini sepertinya untuk memberi kemudahan kepada pembaca, supaya lebih pasti mengenali objek yang sedang dikaji. (ja’ala al-nas al-Qur’aniy al-manqul damman al-I’rab bi harfin mulawwan);
Supaya tidak jadi pengulangan kajian, maka ta’awwuz dan basmalah dii’rab sekali sahaja, bertepatan ketika dia menghuraikannya pada permulaan surat al-Fatihah. (al-isti’azah wa al-basmalah a’rabtuha awwala surat al-Fatihah faqat);
Begitu pun dengan keberadaan “alif lam mim”. Ianya dii’rab sekali sahaja ketika sang penulis memulai surat al-Baqarah. Penjelasan yang sekali itu merangkum berbagai-bagai pandangan ataupun perbezaan pendapat daripada kalangan mufassir mahupun daripada kalangan mu’arrabin. I’rab yang sekali itu telah mewakili 29 surat yang lain yang dimulai dengan huruf muqata’ah itu. Hal ini dilakukan, menurut hemat penulis sebagai penghadang terjadinya pengulangan yang tidak perlu. (a’rabtuha “alif lam mim” fi awwali surat al-Baqarah faqat ‘ala ‘iddat awjuh kama nassa ‘ala dhalika kathir min al-mufassirin wa al-mu’arrabin);
Untuk meringkaskan semula, sang penulis pun tidak memanjangkan kalimat pengi’raban dalam bentuk hadha fi’l madi, mabniy ’ala al-fath, tetapi dianya mencukupkan dengan madi, maftuh. Dan lain-lain lagi (ibid; 10).

Keistimewaan dan Kemushkilan

Diantara sisi kelebihan ataupun keistimewaan kitab I’rab al-Qur’an al-Karim al-Muyassar yang ditulis oleh Muhammad al-Tayyib al-Ibrahim ini iaitu penjelasannya yang ringkas, padat dan menuju sasaran yang dikehendaki. Kerana itulah mungkin kitabnya dijadikan satu mujallad sahaja. Disamping itu dia memulai penulisan kitabnya dengan memberi panduan kepada pembaca supaya mengenal pasti apa yang dimaksud dengan I’rab itu sendiri, ianya taghyir awakhir al-kalim li ikhtilaf al-‘awamil al-dakhilah ‘alayhi—perubahan (harakat) akhir suatu kata kerana berbezanya ‘awamil (indicator) yang masuk keatasnya. Selain daripada itu, dia juga mendedahkan berkenaan dengan apa itu al-kalimah, perbezaannya dengan al-kalam, pengelompkan I’rab kepada I’rab al-mufradat, I’rab al-jumal dan ramai lagi.

Adapun sisi kelemahannya, kalaulah boleh disebutkan. Diantaranya iaitu gaya penulisannya yang terlalu kecil (seukuran font 10 traditional Arabic), sehingganya susah untuk dibaca, memerlukan energy ekstra dan kehati-hatian sehingga penjelasannya tidak saling bertindih. Hal ini pun sesungguhnya kelemahan daripada penerbit Dar al-Nafais, bukannya ketentuan yang dimaklumkan oleh penulis.


I’rab al-Qur’an al-Karim oleh al-Ibrahim dan Implikasi Hukumnya

Pada muka surat 108, al-Ibrahim menghuraikan makna ayat 6 surat al-Maidah dimana ayat terbabit menjelaskan tentang ketentuan berwuduk (mengambil air sembahyang). Tepatnya ketika al-Ibrahim mendedahkan kalimat “wa arjulakum ila al-ka’bayn” (maf’ul bih daripada fi’l amr “ighsilu” [basuhlah] mudaf ilayhi), ia disebut ma’tuf ‘ala “wujuhakum” mansub mithlahu (diatafkan kepada “wujuhakum”, mansub sepertimana ianya (ibid; 108).

Kalau sekiranya kaedah ini dipakaikan, maka mafhum hukumnya adalah kita wajib membasuh kaki sebagaimana kita wajib membasuh muka (wajah). Persoalannya kemudian muncul, bagaimana dengan kaedah ‘ataf itu mesti kembali kepada kalimat yang terdekat (dalam hal ini tentunya wamsahu biru’usikum, dengan kasrah, jadinya wa arjulikum ila al-ka’bayn), maka konsekwensi hukumnya ialah menjadi: kewajiban menyapu kaki sepertimana halnya menyapu kepala. Perdebatan dan perbezaan ini tidaklah sampai dihuraikan sedemikian rupa oleh al-Ibrahim, sehingganya maklumat tentang konsep menyapu kaki tidaklah dijumpai.




Kedua, Muhammad Hasan ‘Uthman

Dia adalah seorang Profesor di Universiti al-Azhar. Mengarang kitab I’rab al-Qur’an al-Karim wa Bayan Ma’anihi sebanyak empat jilid (sampai surat al-Tawbah). Ianya dicetak oleh Dar al-Risalah al-Qahirah pada tahun 1423H atau bertepatan dengan tahun 2002M. Dipermulaan kitabnya, Hasan ‘Uthman mengutip perkataan ‘Umar ibn al-Khattab ra. yang dinukil daripada kitab al-Bayan wa al-Tabyin, dia menyebutkan pentingnya pengetahuan akan ilmu Nahw. “Ta’allamu al-Nahw kama tata’allamuna al-Sunan wa al-Fara’id” (Hasan Uthman; 6).

Sahib al-Itqan, menyebutkan hadith Ibnu ‘Umar yang menyatakan “man qara’a al-Qur’an fa a’rabahu, kana lahu bikulli harfin ‘ishrun hasanah, wa man qara’ahu bighairi I’rab kana lahu bikulli harfin ‘asyara hasanat” (ibid; 7). Maksudnya; “Sesiapa yang membaca al-Qur’an lalu ia mengi’rabnya, maka baginya dua puluh kebaikan pad setiap huruf. Dan bagi sesiapa yang membaca al-Qur’an tanpa I’rab maka baginya pada setiap satu huruf mendapat sepuluhkebaikan”.

Adapun diantara kaedah yang digunakan oleh al-Ibrahim dalam menulis kitabnya iaitu:

Selain menukil dan mengi’rabkan al-Qur’an berdasarkan kepada aturan penulisan mushaf ‘Uthmaniy, dia memaparkannya secara mudah dan bisatah (mendalam) terperinci (tafsiliyan). Jika terjadi kesamaan ayat, maka dianya tidak perlu pengulangan semula.;
Dia pun turut menjelaskan berkenaan dengan istilah-istilah Nahwiyyah seperi misalnya al-dama’ir; muttasil mahupun munfasil, dan ramai lagi);
Salah satu daripada kecendrungan Hasan Uthman juga, sebelum menghurai I’rab al-Qur’an, dia lebih awal sudah menyebutkan makna mufradat (ma’ani al-mufradat), makna ayat secara umum (al-ma’na al-‘am), bahkan sesetengah ayat disebutkan pula asbab al-nuzul-nya;
Dia turut mengakui secara jujur akan pentingnya mengambil manfaat daripada ulama terdahulu (istafdtu min al-kutub al-sabiqah fi I’rab ayat al-Qur’an);
Berbeda dengan al-Ibrahim, hasan ‘Uthman tidaklah terlalu suka untuk memanjang-manjangkan huraian, ketika banyak perbezaan (ikhtilaf) pendapat ilmuan Nahwu disitu;
I’rab ta’awudh dan basmalah hanya sekali sahaja ketika memulai surat al-Fatihah. Hal ini sebagai dimaklumkan untuk menghindari terjadinya pengulangan (iktafaytu bi dhikr I’rab al-isti’adhah wa al-basmalah marratan wahidah li takarrurihima) (ibid 13-14).

Keistimewaan dan Kemushkilan

Diantara sisi kelebihan ataupun keistimewaan kitab I’rab al-Qur’an al-Karim al-Muyassar yang ditulis oleh Muhammad al-Tayyib al-Ibrahim ini iaitu penjelasannya yang terperinci, padat dan mendalam selaras dengan sasaran yang dikehendak. Disamping itu dia juga mendedahkan I’rab al-Qur’aan daripada sisi ilmu al-sarf-nya. Perkara ini terlihat saat dia menghuraikan makna ‘a’udhu” pada ta’awudh (ibid; 22). Dia pun turut memulai penulisan kitabnya dengan memberi panduan kepada pembaca supaya mengenal pasti apa yang dimaksud dengan I’rab, sekaligus faedah daripada I’rab itu terhadap implikasi hokum (ibid; 8)

Adapun sisi kelemahannya, kalaulah boleh disebutkan. Diantaranya iaitu gaya penulisannya yang terlalu panjang, bahkan keluar daripada tajuk sendiri iaitu I’rab, kerana didalamnya pun terkandung cabang-cabnag lain, seperti misalnya ilmu al-sarf, ilmu asbab al-nuzul, tafsir al-mufradat dan sebagainya.

I’rab al-Qur’an al-Karim oleh al-Ibrahim dan Implikasi Hukumnya

Pada muka surat 35, mujallad 3, Hasan ‘Uthman turut menghuraikan makna ayat 6 surat al-Maidah dimana ayat terbabit menjelaskan tentang ketentuan berwuduk (mengambil air sembahyang). Tepatnya ketika Hasan ‘Uthman mendedahkan kalimat “wa arjulakum ila al-ka’bayn” (maf’ul bih daripada fi’l amr “ighsilu” [basuhlah] mudaf ilayhi), ia disebut ma’tuf ‘ala “wujuhakum” mansub mithlahu (diatafkan kepada “wujuhakum”, mansub sepertimana ianya (ibid; 35).

Kalau sekiranya kaedah ini dipakaikan, maka mafhum hukumnya adalah kita wajib membasuh kaki sebagaimana kita wajib membasuh muka (wajah). Persoalannya kemudian muncul, bagaimana dengan kaedah ‘ataf itu mesti kembali kepada kalimat yang terdekat (dalam hal ini tentunya wamsahu biru’usikum, dengan kasrah, jadinya wa arjulikum ila al-ka’bayn), maka konsekwensi hukumnya ialah menjadi: kewajiban menyapu kaki sepertimana halnya menyapu kepala. Perdebatan dan perbezaan ini tidaklah sampai dihuraikan sedemikian rupa oleh al-Ibrahim, sehingganya maklumat tentang konsep menyapu kaki tidaklah dijumpai.

Wallahu a’lam
DAFTAR PUSTAKA
Hasan Uthman, Muhammad. 1423H/2002M. i'rab al-Qur'an wa Bayan Ma'anih. al-Qahirah: Dar al-Qahirah. cet. I
al-Tayyib al-Ibrahim, Muhammad. 1426H/2006M. I'rab al-Qur'an al-Karim al-Muyassar. Beyrut: Dar al-Nafa'is. cet. II
Re-interpretasi al-Qur’an: Sebuah Paradigma Perlu Kawalan
Oleh: Jannatul Husna
IGB080008


Mukaddimah

Al-Qur’an merupakan kalam Allah yang mengandungi dimensi aqidah, ibadah, akhlak mahupun aspek muamalat lainnya. Meskipun al-Qur’an tidak mendedahkan sesuatu perkara secara detail dan terperinci, namun asas-asas bagi setiap ilmu pengetahuan telah diperkatakan didalamnya[1]. Hal ini dianggap lumrah, kerana memang al-Qur’an bukanlah kitab ensiklopedia.

Perkembangan dakwah al-Qur’an atau sering dikenal dengan perkembangan dakwah Islam, sungguh amat menakjubkan dari masa ke semasa. Ia telah merentasi belahan dunia terjauh sekalipun, dari Jazirah Arab hingga ke benua Amerika, dari Maroko sampai ke Merauke, dan hingga lapisan bumi lainnya. Seiring dengan penyebaran agama Islam yang begitu pesat ini, keperluan terhadap pemahaman al-Qur’an—sebagai sumber hukum dan panduan hidup seorang muslim—semakin meningkat. Orang-orang Islam non-Arab tentulah perlu penjelasan lebih terperinci mengenai kandungan yang terdapat di dalam al-Qur’an. Oleh itu, keberadaan interpretasi (tafsir) al-Qur’an menjadi satu hajat yang perlu diwujudkan.

Al-Qur’an dan Ilmu Tafsir
Menurut Muhammad ‘Alī al-Sābūnī, al-Qur’an didefenisikan sebagai:
“al-Qur’ān huwa kalām Allāh al-munazzal ‘alā khātim al-Anbiyā’ wa al-Mursalīn bi wāsiţah al-Amīn Jibrīl ‘alayhi al-salām, al-maktūb fi al-masāhif al-manqūl ilayna bi al-tawātur, al-muta’abbad bi tilāwatihi, al-mabdū’ bi sūrat al-Fātihat al-makhtūm bi sūrat al-nās”[2].

Maksudnya: “al-Qur’an iaitu kalam Allah yang mengandungi makjizat, diturunkan kepada penutup para Nabi dan Rasul melalui perantaraan jibril as., termaktub di dalam mushaf, dinukilkan kepada kita secara mutawatir, berpahala membacanya, dimulai dengan surat al-Fātihah dan diakhiri dengan surat al-nās.

Sedangkan ilmu tafsir iaitu ilmu yang membahas tentang al-Qur’an al-Karim dari segi dilalah-nya berdasarkan kepada maksud Allah sesuai dengan kadar kemampuan manusiawi[3].

Adapun Imam al-Zarkashiy, sebagai dikutip oleh al-Sābūnī, mendefenisikan ilmu tafsir dengan:
“‘Ilm yu’raf bihi fahm Kitāb Allāh al-munazzal ‘alā Nabiyyihi Muĥammad Saw., wa bayān ma’ānīhi wa istikhrāj ahkāmihi wa hikamihi”[4].

Maksudnya: “ilmu yang diketahui dengannya pemahaman Kitab Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad Saw., dan penjelasan makna-maknanya dan pengeluaran hukum-hakam serta berbagai hikmah-hikmah”.

Dari beberapa takrif yang telah dikemukakan di atas, baik takrif al-Qur’an mahupun ilmu tafsir, dapatlah ditarik beberapa kepahaman berkait erat dengan keduanya. Al-Qur’an adalah kalam Allah yang mengandungi makjizat, serta penukilannya berlangsung secara mutawatir. Sekiranya pahaman yang tersebar beranjak daripada takrif ini, maka tiadalah anggapan al-Qur’an itu sebagai makhluk (susuatu yang baharu, dan desacralized), produk budaya (muntaj al-thaqafiy) dan sebagainya. Begitu pula dengan ilmu tafsir, ianya bukanlah sebarang ilmu, tetapi memiliki kaedah dan aturan-aturan ketat, sehingga tidak setiap orang boleh mentafsir al-Qur’an. Hanya orang-orang yang tāqah (mampu) sahaja, baik segi kredibiliti keilmuan mahupun integriti peribadi, yang boleh menggali maksud-maksud Allah yang suci itu. Kalau tidak seperti ini, maka semua orang boleh mengutak-atik, meroboh dan mentafsir al-Qur’an sekehendak hati dan menurut_kepentingannya.

Re-interpretasi al-Qur’an: Urgensi dan Syaratnya

Re-interpretasi al-Qur’an atau yang sering disebut sebagai mentafsir kembali ayat-ayat al-Qur’an adalah sebuah upaya reformulasi pemahaman terhadap al-Qur’an. Usaha itu dilakukan kerana ada temuan baru ilmu pengetahuan yang dicoba untuk dikongsikan kembali dengan firman Tuhan.

Secara tekstual, al-Qur’an diyakini sebagai wahyu Tuhan yang bersifat sakral dan mutlak. Walaupun ada segolongan pihak yang mencoba untuk mendekonstruksi (meruntuhkan) teori mayoriti ulama ini kepada al-Qur’an bukannya sesuatu yang sakral, melainkan tumbuh mengikut budaya tempatan Arab waktu ia diturunkan. Lazimnya mereka menyebut, al-Qur’an iaitu produk budaya (muntaj al-thaqafiy)[5]. Pahaman ini telah membawa kepada perdebatan panjang antara kelompok yang menganggap al-Qur’an sebagai produk budaya (puak liberalisma Islam) dengan kelompok yang mempertahankan al-Qur’an sebagai kalam Allah yang sakral.

Menurut kelompok pertama, al-Qur’an merupakan refleksi terhadap budaya primitif dan patriarkis Arab abad ke 7 M. Ia turun sebagai reaksi kepada kondisi sosial, budaya, ekonomi dan politik masayarakat Arab waktu itu. Oleh itu, ayat-ayat al-Qur’an yang terkesan “menindas” perempuan dan “tidak manusiawi”, seperti pembolehan poligami, pembahagian harta pusaka, superioriti laki-laki terhadap perempuan; hukum potong tangan, qișās, rajam, dan lainnya perlu ditinjau ulang dan ditafsirkan kembali mengikuti prinsip-prinsip Hak Asasi Manusia dan nilai-nilai demokrasi moden. Lebih jauhnya mereka lagi mengatakan bahwa pentafsiran terhadap teks al-Qur’an itu bersifat relatif, nisbi dan tidaklah mutlak benar.

Adapun kelompok kedua, melihat perkara yang dimunculkan puak pertama itu sebagai sebuah paradigma yang rawan dan tidak sihat. Kerana secara metodologi, apa yang dikerjakan oleh puak pertama boleh jadi sangat menyimpang dari aturan-aturan baku pentafsiran. Mentafsirkan al-Qur’an bukanlah perkara ringan dan tidak semua orang boleh mengambil bagian. Tokoh sekaliber Abū Bakr al-Șiddīq sahaja tidak mau banyak bercakap ketika ditanya mengenai pentafsiran suatu ayat. Padahal dia adalah sahabat yang paling dekat dengan Rasulullah Saw. Jangankan untuk re-interpretasi (mentafsirkan kembali) ayat-ayat al-Qur’an, mentafsirkan (interpretasi) sahaja dia tidak berani. Apatah lagi kita, manusia yang sangat jauh dari Rasulullah, terkadang pun tidak berapa tahu tentang bahasa Arab?

Konsekwensi dari klaim pentafsiran al-Qur’an itu nisbi atau relatif (walau kedudukan teksnya bersifat mutlak) iaitu:
Kebenaran al-Qur’an hanyalah milik Allah, kerana manusia tak pernah tahu apa yang menjadi maksud Allah. Soalannya kemudian, buat apa Allah menurunkan al-Qur’an?;
Mengingkari tugas Nabi sebagai penjelas wahyu, pada akhirnya tidak memerlukan al-Sunnah (inkār al-Sunnah);
Seolah-olah semua ayat al-Qur’an tidak memiliki pentafsiran yang tetap dan disepakati;
Menolak autoriti keilmuan atau kaedah-kaedah pentafsiran yang telah ditetapkan para ulama;
Kontradiksi dengan konsep keilmuan. Sebab ilmu adalah sifat yang boleh menyingkap suatu objek dan menghilangkan keraguan, sedangkan relativisma selalu bermuara kepada keraguan dan kebingungan[6].

Ide-ide seperti ini hanya akan memisahkan al-Qur’an secara lafaz dan maknanya. Padahal kewahyuan al-Qur’an itu mengintegrasikan antara “lafżan wa ma’nan”.

Persoalannya bukan tidak boleh mentafsir al-Qur’an, atau mengkaji ulang pentafsiran-pentafsiran terdahulu. Kerana pentafsiran itu menyelami kedalaman ilmu Allah, menyibak makna di balik firman-Nya, maka perlu kawalan serius. Kawalan itu bukan dari manusia lain, tetapi bertanyalah ke dalam diri, selaik apakah kita boleh mengurai maksud firman-firman Tuhan. Sedalam apa kemampuan kita terhadap bahasa Arab, sebagai bahasa al-Qur’an? Sudahkah kita menterjemahkan al-Qur’an secara umum dalam bentuk perbuatan-amaliyah. Dalam bahasa lainnya, integriti (marū’ah) dan kapabeliti (ke-thiqah-an ilmiah).

Transformasi Islam yang terus berkembang mengikuti perjalanan masa, turut menjadi perilaku budaya dan peradaban manusia hari ini, menuntut adanya interpretasi baru terhadap al-Qur’an khasnya terhadap ajaran-ajaran furū’ Islam. Walaupun pahaman tentang Islam sudah selesai sebagai agama wahyu atau agama theologi tidak banyak yang membantahnya. Oleh itu, tinjauan semula secara komprehensif perlu dilakukan. Ambil misalnya dimensi syariah (fekah munakahat), kalau dulu ada perbincangan tentang ijab kabul via telephon, sekarang muncul fenomena baru dalam hidup manusia, seiring dengan kemunculan tamadun baru, virtual world atau cyber world. Adakah boleh perkara-perkara ini direduksi menjadi salah sebuah aturan dalam Islam. Sehingganya, ijab kabul boleh melalui system chatting internet atau via video call 3G. Hal-hal baru semacam ini perlu perhatian lebih, kerana tingkat kepentingannya mungkin sudah mencapai syarat kepatutan bagi melihat kondisi zaman ini[7].

Begitu tingginya kepentingan terhadap interpretasi al-Qur’an, maka ulama-ulama terdahulu memberikan panduan yang patut, sehingga para pentafsir dapat terhindar dari pentafsiran bi al-ra’y maĥdah. Dimana ancaman bagi yang mentafsirkan al-Qur’an sekehendak nafsunya, ia bererti telah menyiapkan tempat duduknya sendiri dari api neraka. Kaedah-kaedah yang patut dijalani itu semisal penggunaan al-đamā’ir (kata ganti), huruf ‘ataf (kata penyambung), huruf tawkīd (kata penguat), al-tarāduf (kata yang berhampiran makna), dan ramai lagi[8]. Kalau seorang pentafsir mengabai dan tidak mengambil kira aturan-aturan seperti ini, maka dia akan tersasul dalam memahami makna firman Allah.

Ijtihad pentafsiran yang bersandarkan kepada kaedah-kaedah yang telah ditetapkan (mu’tabar) oleh para ulama, jauh daripada kejahilan dan kesesatan, maka hasil tafsirannya akan baik, tetapi kalau bukan, maka pentafsirannya akan dicela[9]. Selain berpegang kepada pentafsiran Rasulullah dan para Sahabat, para pentafsir mestilah juga mengetahui sebenar kaedah-kaedah bahasa dan kaedah-kaedah sharī’ah[10].

Banyak ulama telah menyenaraikan syarat kepatutan dan kelaikan seorang pentafsir. Berpunca daripada kelaikan individu ataupun integriti peribadi (marū’ah) mahupun kelaikan akademik (kemampuan ilmiah). Seorang pentafsir mestilah terjaga marū’ah-nya daripada perkara yang tidak baik apatahlagi tidak senonoh. Dimulai dari ke-Islamannya, adil, wara’, khudū’, șālih dan sifat-sifat terpuji lainnya. Setelah memiliki integriti peribadi yang baik, maka perkara berikutnya yang mesti dipenuhi oleh seorang pentafsir iaitu; menguasai ilmu bahasa Arab lengkap dengan cabang-cabangnya, ușūl al-fiqh, ‘ilm al-tawhīd, ‘ulūm al-Qur’ān mulai daripada ilmu asbāb al-nuzūl, al-qașas, al-nāsikh wa al-mansūkh, dan seterusnya ilmu al-muta’alliqah bi al-Ahādīth, dan yang terkemudian ialah ilmu al-mawhibah (ilmu yang langsung diilhamkan oleh Allah)[11].

Sebegitu banyaknya persyaratan yang dituntut dalam pentafsiran al-Qur’an, maka sebahagian kelompok umat Islam menduga tiada seseorang pun yang boleh mentafsir kitab Allah. Padahal kalau ingin diteliti lebih dalam, persyaratan yang diberikan oleh ulama-ulama terdahulu ini adalah sebagai benteng agar al-Qur’an tidak ditafsir secara sembrono daripada pihak manapun di kemudian hari. Jika sekiranya kaedah-kaedah ini tidak diberlakukan sejak dahulu, maka akan bermunculan banyak pentafsiran yang menyimpang. Bahkan sudah diberlakukan dan ditetapkan pun, pentafsiran menyimpang (inhirāf fi al-tafāsīr) itu masih sahaja ada dan berkembang. Apatahlagi bila dilonggarkan.


Penutup
Al-Qur’an merupakan kitab Allah Swt. yang Maha Ideal, yang tidak sahaja teruji sebagai panduan hidup umat manusia, tetapi juga terbukti secara sains. Berbagai temuan moden yang bermunculan dibidang sains mengukuhkan kebenaran Al-Quran. Kendati begitu, tak sedikit pula orang-orang yang kandas (terjejas) ditengah jalan dalam menemukan kesejatian Al-Quran. Megapa hal itu terjadi? Kerana mereka terjebak dalam misinterpretasi (salah tafsir) terhadap Al-Quran. Entah kerana memendam prasangka, ada maksud terselubung, kurang jujur, tidak paham bahasa Arab, kurang menguasai teknikal interpretasi, miskin pemahaman, lemah fikiran, atau kerana sang pengkaji dihinggapi sikap takabur. Banyak contoh yang memperlihatkan betapa penyimpangan penafsiran (inhirāf fi al-tafsīr) terhadap Al-Quran itu betul-betul terjadi, sehingga mengaburkan pesan hakiki daripada kitab agung ini.
Wallahu a’lam.


BIBLIOGRAPHY

Husaini, Adian. 27 Juli 2007. Tujuan Didirikannya IAIN. Jakarta: http://hidayatullah.com/ dan http://insisnet.com/index.php?option=com_content&task=view&id=28&Itemid=26

Karim, Dr. Shofwan. 13 Juni 2008. Transformasi Islam; Budaya dan Peradaban (Kerisauan Bersama Cucu Magek Dirih). http://www.shofwankarim.blogspot.com/

al-Sābūnī, Muhammad ‘Alī. 1424H/2003M. al-Tibyan fi ‘Ulūm al-Qur’ān. Jakarta: Dār al-Kutub al-Islāmiyyah

Shihātah, ‘Abd Allāh. 1421H/2001M. ‘Ulūm al-Tafsīr. al-Qāhirah: Dār al-Shurūq.

al-Suyūţiy, Jalāl al-Dīn ‘Abd al-Rahmān. 1414H/1993M. al-Itqān fī ‘Ulūm al-Qur’ān. Beyrūt: Dār ibn Kathīr. j. I. cet. II

al-Zarqāniy, Muhammad ‘Abd al-‘Azīm. 1409H/1988M. Manāhil al-‘Irfān fī ‘Ulūm al-Qur’ān. Beyrūt: Dār al-Kutub al-‘Ilmiyyah. j. II
[1]lihat misalnya QS. Al-Nahl: 89 dan QS. Al-An’ām: 38
[2]Muhammad ‘Ali al-Sābūnī (selanjutnya ditulis al-Sābūnī). 1424H/2003M. al-Tibyān fī ‘Ulūm al-Qur’ān. Jakarta: Dār al-Kutub al-Islāmiyyah. h. 8
[3]defenisi ini adalah maksud dari perkataan al-Sābūnī. “‘Ilm yubhathu fīhi ‘an al-Qur’ān al-Karīm min haythu dilālatihi ‘alā murād Allāh Ta’ālā bi qadr al-ţāqah al-bashariyyah”. Lihat ibid. h. 66. Lihat juga ‘Abd Allāh Shihātah. 1421H/2001M. ‘Ulūm al-Tafsīr. al-Qāhirah: Dār al-Shurūq. h. 9
[4]lihat al-Sābūnī. Op. Cit. h. 65
[5]lihat tulisannya Adian Husaini. 27 Juli 2007. Tujuan Didirikannya IAIN. Jakarta: http://hidayatullah.com/ dan lihat pula tulisan yang sama dalam blog resmi Insist di
http://insisnet.com/index.php?option=com_content&task=view&id=28&Itemid=26
[6]Ibid.
[7]lihat lebih lanjut tulisan Dr. Shofwan Karim. 13 Juni 2008. Transformasi Islam; Budaya dan Peradaban (Kerisauan Bersama Cucu Magek Dirih). http://www.shofwankarim.blogspot.com/
[8]baca lebih lengkapnya Jalāl al-Dīn ‘Abd al-Rahmān al-Şuyūţiy. 1414H/1993M. al-Itqān fī ‘Ulūm al-Qur’ān. Beyrūt: Dār ibn Kathīr. j. I. cet. II. h. 598
[9]seperti dalam ungkapan al-Zarqāniy, …in kāna al-ijtihād muwaffaqan ay mustanadan ilā mā yajibu al-istinād ilayhi ba’īdan ‘an al-jahālah wa al-đalālah fa al-tafsīr bihi mahmūd wa illā mazmūm….lihat Muhammad Abd al-‘Azīm al-Zarqāniy. 1409H/1988M. Manāhil al-‘Irfān fī ‘Ulūm al-Qur’ān. Beyrūt: Dār al-Kutub al-‘Ilmiyyah. j. II. h. 55
[10]ibid. h. 56
[11]ibid. h. 58

Kamis, 24 Juli 2008

Melihat Allah Swt. di Akhirat: Sebuah Sorotan Komparatif
Oleh: Jannatul Husna
IGB080008
Mukaddimah

Diantara kerinduan seorang hamba ialah ingin berjumpa dengan tuannya, begitu juga dengan makhluk yang amat senang bila dapat bertemu dengan penciptanya. Tetapi keinginan untuk boleh bertatap wajah itu agaknya susah untuk diperolehi kerana jarak antara sang makhluk dengan Khaliknya. Makhluk menempati ruang dan masa tertentu, sedangkan Khalik tidak terbatas oleh ruang dan waktu.

Ada beberapa permasalahan yang berkaitan dengan adakah kita boleh berjumpa dengan Allah, khasnya melihat Allah?
Ada yang meyakini boleh melihat Allah hanya di akhirat kelak.
Dapat melihat Allah di dunia dengan mata bathin (nūr al-imtinān), sedang di akhirat kelak lebih nyata lagi.
Tidak dapat melihat Allah di dunia mahupun di akhirat.

Pendapat pertama dan kedua diperpegangi oleh kelompok Ahl al-Sunnah wa al-Jamā’ah, sementara pendapat ketiga diperpegangi oleh kalangan Mu’tazilah.

Persoalan melihat Allah di Akhirat kelak telah menjadi perbincangan banyak kalangan ulama, bahkan sampai kepada wilayah perdebatan ahli-ahli kalam (theologi). Adakah orang beriman akan melihat Allah secara kasat mata, atau ayat-ayat yang menerangkan perkara itu mempunyai pemaknaan lain? Dari kelompok ulama, Ahl al-Sunnah wa al-Jamā’ah, menyatakan kalau melihat Allah melalui mata kepala adalah nikmat terbesar yang akan diterima oleh orang-orang yang beriman di Akhirat kelak[1]. Sementara itu, dari golongan Mu’tazilah, tiadalah pemaknaan ”nāżirah” pada ayat yang dimaksudkan bermakna melihat Allah, melainkan menunggu rahmat Allah.

Firman Allah yang menerangkan perkara itu;
”wujūh yawma’idhin nādirah, ilā Rabbihā nāzirah; wajah-wajah (orang mukmin) pada hari itu berseri-seri; memandang Tuhannya”. (QS. Al-Qiyāmah: 22-23).

Interpretasi Ahl al-Sunnah wa al-Jamā’ah

Kalangan Ahl al-Sunnah wa al-Jamā’ah meyakini kalau melihat Allah dengan mata kepala di Akhirat kelak merupakan sesuatu yang boleh sahaja berlaku. Hujjah ini diperolehi daripada keterangan riwayat yang mu’tamad lagi mutawātir. Seperti dalam keterangan hadīth Abiy Sa’id dan Abiy Hurayrah ra. berkata, Rasulullah bersabda: ”anna al-nās qālū yā Rasūlallāh hal narā Rabbanā yawm al-Qiyāmah? Qāla: hal tadārūn fī ru’yati al-shams wa al-qamar laysat dūnahumā sihāb? Qālū alā, qāla: innakum tarawna Rabbakum kadhālik; sesungguhnya orang ramai bertanya kepada Rasulullah, wahai Rasulullah adakah kami akan melihat Tuhan di Akhirat kelak? Rasulullah menjawab, susahkah bagi kalian melihat matahari dan bulan tanpa (ditutupi) awan? Mereka menjawab, tentu tidak! Maka Rasul berkata (untuk meyakinkan mereka), sesungguhnya kalian akan melihat Tuhan kalian dalam keadaan seperti itu”. (HR. Shaykhān)[2].

Menurut kelompok mayoritas umat Islam ini juga, bahwa melihat Allah menjadi kemuncak daripada rahmat dan kebahagiaan yang tidak tergambarkan selama masih di dunia. Menurut hemat mereka, tidak ada celah penafsiran lain dalam hal melihat Allah ini. Melihat Allah secara fizikal, tanpa perlu makna kiasan seperti mata batin (nūr al-imtinān), seorang mukmin yang telah masuk surga akan melihat Allah dengan nyata. Lalu, bagaimana bentuk ataupun cara manusia melihat Allah? tiadalah perlu soalan semacam ini. Semuanya patutlah diletakkan dalam ranah keyakinan sahaja dan serahkan hakikat sepenuhnya kepada Allah.

Interpretasi Mu’tazilah

Sementara itu, kelompok ulama Mu’tazilah—yang memiliki kebiasaan menakwilkan ayat-ayat tashabbuh—mempunyai interpretasi lain seputar persoalan ini, dimana mereka meyakini bahawa tiadalah sesiapapun boleh melihat Allah. Allah tidaklah seperti manusia, ataupun makhluk lain yang boleh dilihat (QS. Al-An’ām: 103). Kerana banyak hal yang boleh diduga akibat daripada keyakinan seperti ini. Betapa tidak, bila seseorang ataupun Tuhan memperlihatkan dirinya kepada yang lain, tentulah ia memerlukan tempat dan ruang kemunculan. Kalau Allah, sebagai Zat Yang Maha Suci, tentulah perlu menempati tempat (maqam) yang suci pula. Soalannya, tempat yang suci itu bila diciptakan, dimana dan seperti apa? Kalau sekiranya kewujudan tempat itu telah ada sejak masa azali, dalam maksud qidam (terdahulu), berarti ada dua yang qidam?

Apa yang berlaku kepada diri Nabi Musa as. (QS. Al-A’rāf: 143) adalah satu bukti bahawa Allah tidak mampu untuk dilihat (qāla lan tarānī), bahkan gunung sahaja hancur luluh akibatnya. Pada sisi lain, kelompok Ahl al-Sunnah wa al-Jamā’ah mengandaikan ayat-ayat yang digunakan oleh kelompok Mu’tazilah, seperti ...qāla lan tarānī...(QS. Al-A’rāf: 143) dan ayat ...la tudrikul absār wa huwa yudrikul absār...(QS. Al-An’ām: 103), jika yang dimaksudkan oleh ayat-ayat tersebut adalah Allah tidak boleh dilihat dalam kondisi apapun, di dunia ataupun di akhirat kelak, maka dalam hal ini tiadalah pujian maupun kesempurnaan bagi Sang Pencipta. Oleh itu, makna ayat tersebut bukannya Allah tidak boleh dilihat, namun tidak boleh ditangkap sepenuhnya dan tidak bisa dimengerti hakikatnya.

Sementara itu, al-Zamakhshariy—mufassir dari sekte Mu’tazilah—menakwilkan makna ayat ”nāzirah” (yang oleh ulama Ahl al-Sunnah wa al-Jamā’ah ditafsirkan dengan melihat) kepada menunggu dan berharap (al-tawaqqu’ wa al-rajā’)[3]. Adapun kata ”ilā” dalam ayat ”ilā Rabbihim nāzirah”, diartikan sebagai ”al-ni’mah”, bentuk jamaknya iaitu ”ālā’”, seperti dalam penggunaan al-Qur’an, ”fa bi ayyi ālā’i Rabbikumā tukadhdhibān, nikmat yang mana lagi yang kalian dustakan (QS. Al-Rahmān). Jadilah maksud ayat ”ilā Rabbiha nazirah” iaitu ”ni’ama Rabbiha muntazirah”, nikmat Tuhannya yang mereka tunggu atau harapkan”.

Penutup

Dari penjelasan diatas dapatlah ditarik beberapa kesimpulan, bahawa penafsiran mengenai ayat-ayat tentang melihat Allah telah menjadi salah sebuah bahan perdebatan ulama-ulama Islam. Namun, sesungguhnya setiap kelompok itu dalam rangka ingin menempatkan Allah pada posisi-Nya yang terpuji. Kalangan yang menyatakan bahawa Allah tiadalah boleh dilihat dengan mata kepala zahir, samaada di alam dunia maupun di akhirat kelak. Mereka memandang Allah tiadalah sama dengan makhluk, yang dibatasi oleh ruang dan waktu (...laysa kamithlihi shai’....).

Sedangkan ulama yang menyatakan bahawa Allah boleh dilihat dengan kasat mata, mereka meyakini itu sebagai bentuk dari kesucian dan kesempurnaan Allah pula. Persoalan bagaimana (kayfa), dimana (fiy ayna), dan berapa (kam), bukanlah hal yang patut untuk difikirkan karena Allah bila telah berkehendak, maka semuanya boleh berlaku (...idhā arāda shay’an an yaqūla lahū kun fa yakūn...dalam banyak ayat lain...inna Allāh ’alā kull shay’in qadīr). Termasuk menampakkan wujudnya yang asal kepada khalayak ramai (makhluk-Nya).

Wallahu a’lam.

[1]Diantaranya Imam Ibnu Kathīr, dari kalangan ulama al-Shāfi’iyyah. Katanya “tarāhu ‘ayānan; kamu melihatnya melalui mata kepala”. Lihat Ibnu Kathīr. 1421 H/2001 M. Tafsīr al-Qur’ān al-‘Azīm. Al-Qāhirah: Dār al-Shurūq. Hal. 451
[2]Ibid.
[3]Abū al-Qāsim Mahmūd ibn ‘Umar ibn Muhammad ibn ‘Umar al-Khawārizmiy. t.th. al-Kashshāf. t.p: t.tp. hal. 186-187

Rabu, 16 Juli 2008

Mengelola Potensi Bertutur
Oleh: Jannatul Husna*

Subhanallah, tiadalah semua yang diciptakan Allah Swt. ini, percuma! Semuanya mengandung hikmah yang besar lagi agung. Adalah lidah (daging tanpa tulang), diantara potensi insani yang dikaruniai Allah Swt., sebagai jembatan interaksi antar sesama makhluk bahkan untuk komunikasi transendent sekalipun. Kemampuan dialektika dibuktikan dari gaya bertutur dan bahasa seseorang. Segudang apapun kemampuan intelektualnya, jika tidak mampu dituturkan melalui bahasa yang baik, maka dirasa kurang afdhal kewujudannya.

Inilah barangkali rahasia Allah Swt. mengutus seorang Rasul yang selaras dengan tuturan kaumnya. Nabi Muhammad Saw. mendakwahkan Islam melalui bahasa Arab, karena dia berasal dan berada dalam komunitas Arab. Tak terbayangkan sekiranya Rasul Saw. berdakwah dengan bahasa selain Arab, sementara kaumnya miliu Arab. Bukan sekedar keselarasan bahasa, tetapi juga kemampuan audiens untuk menerima ungkapan kita, pun menjadi penting untuk dipertimbangkan. Berbicara panjang lebar, bertele-tele, keluar dari tajuk perbincangan, bahkan berbicara tidak sopan, baik menurut tata moral apalagi norma agama. Inilah agaknya substansi dari pesan Rasul Saw., kallimu bi qadri ‘uqulihim “bicaralah sesuai kadar kemampuan mereka (lawan bicara kita)”. Dalam al-Quran pun disebutkan, qawlan ma’rufa (al-Nisa`: 5 & 8), qawlan sadida (al-Nisa`: 9, al-Ahzab: 70), dan ada pula dengan redaksi qawlan karima (al-Isra`: 23). Semua itu menunjukkan pentingnya tuturan yang baik.

Ali Fadhlullah dalam kitabnya, al-Akhlaq al-Islamiyyah, menyebutkan setidaknya ada dua ketimpangan dalam bertutur, yaitu:

Pertama, bertutur tentang sesuatu yang tidak berguna.
Rasulullah Saw., menyebutkan “min husni Islam al-mar`i tarkuhu ma la ya’nihi, artinya; diantara kebaikan seorang muslim itu ialah meninggalkan sesuatu yang tidak berguna”.

Kebiasaan negatif ini seringkali tidak disadari banyak kalangan, bahkan oleh kelompok masyarakat—yang katanya berfalsafah agama pun—cenderung mengabaikan prinsip ini. Apakah itu namanya ciloteh lapau, bergurau, cime’eh, bagarah antara induak bako, dsb. Banyak yang tersakiti, namun karena sudah menjadi tradisi, hal itu dianggap lumrah. Tidakkah kita mau meninjau kembali warisan budaya ini? Nabi Saw., pada zamannya pun saling bercanda, tetapi tidak melukai perasaan sahabat-sahabatnya.

Kedua, bertutur tidak pada tempatnya, walaupun itu baik.
Rasulullah Saw., mensinyalir “fa rubb mutakallim fi amrin ya’nihi qad wadha’ahu fi ghairi mawdhi’ihi fa asa`, artinya; betapa banyak orang yang bertutur tentang suatu kebaikan tetapi karena bukan pada tempatnya, maka ia (malah) jadi buruk”.

Ahli syiir pernah juga mengingatkan para penutur akan pentingnya melihat suasana dan format bertutur, agar tidak salah sasaran (li kulli maqal maqam, wa likulli maqam maqal) meskipun tujuannya baik. Kenapa ini menjadi sesuatu yang krusial? Sebab tidak jarang lawan bicara penutur itu dalam keadaan tidak siap menerima, karena beragam persoalan.

Oleh karena inilah, sewajarnya kita melihat kontens penuturan; bermanfaatkah buat diri, audiens dan orang lain yang turut mendengar pembicaraan kita? Atau tepatkah waktunya untuk menyampaikan pembicaraan? Kalau sekiranya belum memenuhi kriteria ini, sebaiknya kita diam, karena lambang keimanan itu pun terletak dalam diam. “man kana yu`minu bi Allah wa al-Yaum al-Akhir falyaqul khairan aw liyashmut artinya; siapa yang beriman kepada Allah Swt. dan Hari Akhir, hendaklah dia mengatakan sesuatu yang baik, kalau tidak sebaiknya dia diam.

Kemampuan bertutur secara baik merupakan bentuk diplomasi yang ulung, akan menguatkan networking dan mengukuhkan jaringan komunikasi global. Sebab itulah, mari mengelola potensi bertutur dengan elegan, baik dan berwibawa!

“kalau pedang lukai tubuh masih ada harapan sembuh, tapi kalau lidah lukai hati kemana obat hendak dicari?”. Wallahu a'lam....


*Master Student in Academy of Islamic Studies
University of Malaya
+6014 2654654

Minggu, 06 Juli 2008

SISI BAIK; MEREKA BISA NAMUN KITA TIDAK MAU
Oleh: Jannatul Husna*

Menjadi lebih baik dalam beragam hal adalah visi setiap insan. Tidak ada seorangpun yang mencintai kenistaan dan kesialan, hanya mereka yang naif dan dungu saja yang memilih jalan ini. Namun sayang, langkah menuju kebaikan itu tidak semua orang mampu dan mau melakukannya. Masih dianggap patut, ketika sebagian tidak mampu melakukan sesuatu untuk kebaikan karena keterbatasan fisik dan psikis-nya. Tetapi sungguh malang, bagi mereka yang mempunyai kekuatan keduanya, malah tidak mau berbuat, menyerah pada takdir, pasrah terhadap kondisi kekinian dan kedisinian.

Ada banyak hal positif yang dilakukan oleh individu, kelompok maupun sebuah komunitas, dan kita bisa mencontoh kesungguhan mereka dalam menerapkan prinsip tersebut. Misalnya adalah penerapan nilai-nilai kedisiplinan dan keberaturan. Bukan sekedar Gerakan Disiplin Nasional (GDN) yang dikumandangkan lewat teks, namun hampa pelaksanaan. Lihatlah di tempat-tempat umum, bagaimana menjaga disiplin di jalan raya, pusat perbelanjaan, rumah sakit, masjid, dll. Adalah Islam telah mengajarkan budaya disiplin ini melalui shalat, puasa, zakat dan haji, dengan menjaga waktu pelaksanaannya.

Budaya beraturan ini nyaris mengalami kepudaran dalam keseharian seseorang. Seperti penumpang angkutan yang berburu paling cepat naik dengan penumpang lainnya, apalagi pada hari-hari libur. Sopir angkutan kota dan dan bus mengabaikan peraturan lalu lintas karena mengejar setoran dan memungut tumpangan di tepi jalan, walau bukan di halte bus (perhentian khusus bus). Mana disiplin kita?

Kedua, penerapan prinsip kenyamanan bagi masyarakat umum. Setiap pribadi menghargai hak orang lain. Tidak ada yang berani merokok di tempat umum, kecuali di wilayah terbuka dan bebas untuk merokok. Tidak ada kebisingan yang menganggu kenyamanaan orang lain. Sementara tradisi yang akrab dijumpai adalah bagaimana para perokok dengan selesa mengepulkan asap rokoknya, tanpa merasa berdosa terhadap orang lain, di angkot-angkot kecil yang penuh sesak, ditambah dengan dentuman musik angkutan ala diskotik, meruntuhkan jantung setiap penumpangnya.

Ketiga adalah penerapan prinsip hidup bersih-indah. Penataan kota yang baik, bersih dan teratur. Mereka yang membuang sampah sembarangan benar-benar akan ditindak sesuai peraturan yang berlaku. Penerapan hidup bersih dan teratur ini bukan termotivasi oleh semangat untuk mendapatkan penghargaan, berupa Piala Adipura. Sebab tiada arti trophy atas penghargaan kota terbersih, sedang kenyataan riil-nya sampah-sampah menumpuk di sungai-sungai kota. Bagaimana pengelolaan sampah basah, sampah kering, khusus sampah plastik, khusus sampah besi, dsb. Sehingga tidak menimbulkan masalah rumit seperti yang dialami banyak daerah kita, ketika sampah telah sampai di Tempat Pembuangan Akhir (TPA).

Keempat ialah pelayanan yang ramah dan jujur. Pegawai-pegawai pemerintah maupun swasta yang ramah akan menyenangkan customer dan memudahkan proses yang sedang dilakukan. Tetapi bila pegawai yang digaji oleh rakyat sendiri maupun pihak swasta melayani pelanggannya dengan kejam dan bengis, maka proses yang bakal dijalani akan terganggu dan tentunya akan saling menyakitkan dan menyinggung. Disamping itu, kejujuran dan transparansi administrasi akan menekan terjadinya kecurangan dan penyelewengan.

Prinsip kelima adalah high tech, pelayanan yang bertekhnologi tinggi. Data-data yang termuat dapat dicari dengan mudah dan hemat waktu. Pembelian tiket pesawat, kereta api, kereta listrik, tiket bus, pencarian buku-buku perpustakaan, data-data di rumah sakit, dsb, dapat diakses dengan gampang. Sementara kita masih menggunakan tekhnologi manual dan amat tradisional. Maka, ketika mahasiswa mencari satu buku rujukan makalah, skripsi ataupun thesis bisa menghabiskan waktu satu jam. Sebuah gaya kehidupan yang mesti diubah. Oleh siapa, tentunya oleh pemerintah, masyarakat, dan kita semua.

Beberapa sisi baik yang tidak perlu malu untuk ditiru. Mereka bisa, kenapa kita tidak?
Masalahnya bukan karena tak mampu, tetapi kita tidak mau....Wallahu a’lam.

*Pelajar Master University of Malaya
Fakultas Usuluddin Akademi Pengajian Islam
Mobile +6014 2654654
PERATURAN YANG TAK TERTULIS
Oleh: Jannatul Husna*

Hari itu Rabu 25 Juni 2008. Sekitar pukul 5.30 WIB pagi, saya yang diantar oleh saudara (tinggal di Jl. Gunung Agung Pekanbaru), harus melawan kabut pagi menuju Panam Pekanbaru, karena travel ke Dumai menjanjikan saya keberangkatan pukul enam pagi. Sesampai di loket travel, ternyata jadwal keberangkatan molor hingga pukul tujuh pagi. Akibat dari keterlambatan ini adalah saya ketinggalan kapal ke Malaysia, karena saya baru sampai di Dumai pukul 12.30, sementara kapal Ferry Indomal meninggalkan Dumai sejak pukul sebelas siangnya.

Penundaan penyeberangan tersebut, memaksa saya harus menginap di sebuah perusahaan jasa tour & travel, serta pengurusan Paspor di Kota Dumai. Biro jasa—yang katanya mengedepankan nilai kemanusiaan dan ketulusan ini—membelikan tiket kapal untuk keberangkatan besok harinya dan saya disaran untuk menginap di tempat mereka, karena klaim mereka, gratis!

Dalam aturan tiket kapal Ferry Indomal, hanya Rp. 250.000 cash untuk sekali jalan dari Dumai ke Malaka, tetapi pihak perusahaan memungut Rp. 260.000 bagi setiap calon penumpang (include boarding pass). Hitung-hitung biaya transportasi pengurusan, photo kopi paspor 1 lembar, ini masih dianggap wajar dalam konteks ke-Indonesiaan yang sedang dalam carut-marut budaya korup. Tetapi yang terjadi kemudian adalah, pihak jasa travel malah meminta penulis untuk mengeluarkan uang lebih besar dari aturan yang terpampang di dinding perusahaan tersebut, yaitu sebanyak Rp. 280.000, katanya untuk boarding pass. Seakan dibius (karena dalam posisi kebingungan), penulis awalnya menerima tuntutan itu, namun tak berselang lama, penulis menyadari bahwa telah terjadi ”pemalakan”. Usut punya usut (karena di sana ada juga orang Padang yang menjadi staf eksekutif), ternyata itulah peraturan yang tak tertulis, dan dianggap telah menjadi rahasia umum.

Penulis jelas tidak menerima, dan menyatakan bahwa inilah akar penyebab suburnya budaya korupsi di negeri kita. Dari pemimpin tertinggi hingga pemimpin terendah menguras hak milik rakyat dengan zalimnya. Saya katakan itu tanpa takut, sebab kalau diusirpun tidak mengapa, karena masih ada tempat yang mengedepankan nilai-nilai kemanusian secara riil-subtantif tanpa harus perlu menyebutkannya dalam kaca skriptualistik. Lebih baik mereka minta uang secara transparan, daripada ditutupi sementara orang lain tersakiti.

Mengurai benang kusut budaya korupsi seperti ini agaknya masih memerlukan banyak waktu kalau enggan menyebutnya tidak akan pernah terurai. Selama mental ”inikan peraturan tidak tertulis dan ini telah menjadi rahasia umum?” bergelayut di benak setiap anak bangsa. Semoga asumsi fatalistik ini tidak wujud, karena ini bukanlah cita-cita Islam dan tidak pula menjadi harapan kita. Wallahu a’lam.

*Pelajar Master University of Malaya
Fakultas Usuluddin Akademi Pengajian Islam
Mobile +6014 2654654
LAMPU MERAH, KIRI JALAN TERUS!
Oleh: Jannatul Husna*

”Kiri Jalan Terus!”, sebuah seruan tanda pembolehan laju, kerap dijumpai pada setiap perempatan jalan lampu merah di Indonesia. Perintah seperti ini hampir tidak kita jumpai di beberapa negara ”maju” seperti Malaysia dan Singapura. Di sana, pada setiap lampu merah, tidak ada pembolehan ”kiri jalan terus”, apalagi kanan, karena di lampu merah, pengendara sepeda motor ataupun mobil, mesti berhenti. Sebuah filosophy hidup yang boleh diambil dari perundangan suatu negara yang katanya adik bungsu ibu pertiwi.

Jangankan ke kiri, memutar arah balik kendaraan bahkan bisa dilakukan oleh setiap pengendara di negeri kita, sehingga kemalangan terkadang sulit untuk dihindari. Jalanan penuh sesak dan seliweran menaik dan menurunkan penumpang, yang lain datang menyalip, sementara yang tidak sabar mengaduh lewat klakson motor ataupun mobilnya bagai suara pekik kuda, rusa, dan lainnya.

Pemandangan hidup yang sulit untuk dihindari, namun apa daya, mental hampir separuh penduduk kita telah berurat akar pada pola seperti ini, warisan buruk yang seakan mustahil untuk dielakkan. Tradisi ”kiri jalan terus” inilah yang agaknya membuat sistim pemerintah kita—dari strata pucuk hingga masyarakat akar rumput—susah untuk lari dari budaya korup, kongkalingkong dalam nepotisme serta kolusi inter kolega. Padahal, semua manusia waras tahu, kalau lampu merah harus berhenti, apalagi jalan kiri? Wallahu a’lam.


*Pelajar Master University of Malaya
Fakultas Usuluddin Akademi Pengajian Islam
Mobile +6014 2654654