Kamis, 16 April 2009

PENGAJIAN TAFSIR DI SINGAPURA: KAJIAN TERHADAP
INSTITUSI FORMAL DAN SUMBANGANNYA
Oleh: Jannatul Husna
IGB080008

PENDAHULUAN

Islam merupakan agama pembawa ajaran universal. Nilai-nilai yang berlaku umum yang terkandung dalamnya mampu menarik hati masyarakat luas, di pelbagai belahan dunia. Dia bukan sahaja dianut oleh kalangan penduduk Jazirah Arab, tempat agama Islam itu diwahyukan untuk kali pertama. Tetapi juga menyedarkan kaum paganisme lain di luar kawasan sahara tersebut. Sesuai namanya, Islam menawarkan kedamaian dan kesejahteraan kepada umat sejagat. Selain itu Islam mengajarkan aspek atau naluriah yang selari dengan fitrah kejadian manusia itu sendiri.

Oleh itu, maka perkembangan Islam tersebar ke seluruh pelosok bumi, tidak berhenti setakat pada kalangan Quraish Makkah. Namun juga menyeru penduduk Alam Melayu-Nusantara. Akulturasi teologis itu berlangsung secara aman, beransur-ansur sedikit demi sedikit, mengubah tradisi asal yang bercanggah dengan tauhid Islam yang sebenar. Interaksi sosial yang terjadi antara pedagang Arab, India dan Cina—dengan kalangan pribumi tanah Melayu Nusantara—yang sedang melaksanakan transaksi perniagaan, berubah menjadi komunikasi dakwah yang arif bijaksana, alamiah dan tetap memerhatikan adat resam tempatan (local wisdom) yang telah sedia ada. Tanpa kekuatan persenjatan (refresif), layaknya yang berlaku di Jazirah Arab.[1]

Peniaga-peniaga Islam terbabit, menyebarkan fahaman Islam dengan dakwah bi al-hal. Kemudian berkembang menjadi tingkatan dakwah (bi al-lisan). Iaitu penyebaran Islam dengan perkataan yang mudah dikesan. Perbahasan yang dikembangkan pun daripada sesuatu yang amat sederhana, Aqidah-Tauhid berikutan dengan persoalan Fiqah dan Akhlak Islami. Kepentingan terhadap kajian turath Islam menjadi lebih besar ketika umat Islam mulai berkembang di Alam Melayu. Pada peringkat awal, masyarakat Islam tanah Melayu merasa cukup dengan perkara Ibadah-Fiqah dan Akhlak sahaja. Namun pada kesempatan-kesempatan berikutnya, persoalan asas al-Quran dan Tafsir mula dihajati dan didedahkan.

Begitu juga yang berlaku di Negara Singapura. Meskipun perhatian kepada pengajian Tafsir dan pendalaman ilmu-ilmu al-Quran tidak serancak perkembangan di Negara Rantau Nusantara lainnya. Justru, dalam kertas kerja ini akan disinggung tentang beberapa sumbangan Institusi Formal Pengajian Tafsir (al-Quran) di Singapura. Sebelum itu, penulis akan terangkan tentang sejarah Singapura, perjalanan awal Islam bertapak di Singapura, dan suasana pengajian Islam di Negeri Singa itu.



TENTANG SINGAPURA

Negara Republik Singapura adalah sebuah Negara Kota (a Global City-State) di Asia Tenggara. Terletak di hujung pulau Semenanjung Malaysia. Berbatasan dengan Negeri Johor-Malaysia (sebelah Utara), Kepulauan Riau-Indonesia (sebelah Selatan), hujung Timur Kepulauan Malaysia (sebelah Timur) dan Selat Melaka sebelah Barat.[2] Meskipun memiliki wilayah yang relatif kecil (692,7 km²). Namun menurut survey yang dilakukan oleh Gross Domestic Product, Singapura merupakan negara urutan ke-18 terkaya sejagat. Dan kajian oleh Mercer Human Resource Consulting menyebutkan, Singapura menduduki urutan ke-5 di Asia dan urutan ke-14 di dunia sebagai negara dengan standard kehidupan termahal di dunia.[3]

Sejarah awal Singapura bermula pada kurun ke-14 Masihi. Sebelum masa itu sedikit sahaja yang diketahui mengenai sejarah Singapura. Bahkan sebahagian besar daripada sejarahnya sejak abad ke-14 itupun hanya berbentuk legenda. Tatkala itu, menurut sumber orang-orang Jawa dan Cina, pulau Singapura dikenali sebagai Temasik (Tumasik).[4] Kerana daerahnya yang strategik dan memungkinkan setiap pelayar bersinggah ke pulau ini, maka Singapura telah menjadi salah sebuah negeri pelabuhan dan kota terpenting di rantau ini.
Menurut sejarah Melayu, pejenamaan Singapura berkait erat dengan kedatangan seorang putera Sumatera yang bernama Sri Tri Buana. Dia telah membuka tempat itu pada tahun 1299 dan menamakannya dengan Singapura, mengambil sempena nama seekor binatang yang menyerupai singa. Ada juga pendapat lain yang menyatakan bahawa nama tersebut berasal daripada perkataan Singgah (berhenti sekejap) dan Pura (bermakna bandaraya). Pendapat berikutnya, perkataan Singapura diambilkan daripada kebiasaan menamakan bandaraya-bandaraya di bawah pengaruh kerajaan Majapahit sebagai “Bandaraya-bandaraya Singa”.[5]
Catatan lain menyebutkan bahawa pada saat itu ianya berada di bawah kekuasaan kerajaan Srivijaya, yang sedang diserang oleh kerajaan Ayutthaya (Siam). Berkat benteng pertahanan kota yang kokoh, serangan itu dapat dipatahkan. Sejak saat itulah, nama Temasik diubah menjadi Singha Pura, bahasa Sanskrit yang bererti kota singa. Perbezaan pendapat di atas tidak akan dileraikan dalam kertas kerja ini. Kerana perbezaan anggapan terhadap pejenamaan itu tidak akan memberi kesan yang terlalu besar bagi tajuk utama kajian penulis.

Sejak ditinggalkan oleh pengaruh kekuasaan Majapahit (era Parameswara), Singapura menjadi sebuah pangkalan terkenal bagi lanun-lanun jahat, yang menyamun setiap kapal yang mencuba untuk mendekati pulau terbabit. Kondisi ini berlangsung sangat lama, berabad-abad. Sehingga ketibaan Sir Thomas Stamford Raffles (Januari 1819) telah mengubah semula keadaan menjadi lebih baik. Singapura kembali menjadi pusat perniagaan antarabangsa.[6] Pembicaraan Singapura moden bermula daripada dekad ini iaitu sejak kurun ke-19 dan seterusnya.
Singapura, dengan lagu kebangsaannya “Majulah Singapura” melepaskan diri (merdeka) daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965.[7] Negeri koloni British, yang pertama kali diterajui oleh kepemimpinan Perdana Menteri Lee Kuan Yew[8] ini memiliki populasi penduduk (1891) etnik Cina 67,1%, Melayu 19,7%, India 8,8% dan warga lainnya 4,3%. Pada era tahun 1990-an perubahan demografi terlihat cukup nyata yang berpunca daripada mobilisasi masyarakat Cina dan India pada awal abad ke-19 lagi daripada tanah kelahiran mereka ke wilayah tradisional penduduk Melayu ini. Peratusannya tampak berubah, dimana penduduk pribumi (Melayu) semakin kecil bilangannya, sementara rumpun masyarakat Cina secara kuantitatif meningkat cukup signifikan. Catatan banci merakamkan jumlah penghuni negara Singapura kala itu (1991) mencapai 2,7 juta jiwa. Terdiri daripada etnik Cina 77,7%, Melayu 14,1%, India 7,1% dan lain-lain 1,1%.[9]

Sebagaimana negeri-negeri lain di Rantau Melayu, Singapura telah menjadi daerah jajahan beberapa Negara kolonial. Tetapi penjajahan British membawa impak yang amat berkesan. Bahkan juga, untuk tanah Semenanjung Malaysia. Peta sejarah Singapura berubah tahun 1959, saat itu pihak British memberikan hak politik kepada mereka untuk menerajui kerajaan sendiri atau tetap bergabung dengan negeri-negeri di Semenanjung. Pada September 1963, Singapura masih berbentuk kesatuan dengan Persekutuan Melayu. Tetapi akhirnya persekutuan itu pecah dan Singapura dikeluarkan sejak tanggal 7hb Ogos 1965. Penyebabnya, konflik yang terjadi antara Partai yang berkuasa di Malaysia dan Partai Aksi Rakyat Singapura (PAP) pimpinan Lee Kuan Yew. Pada tanggal 9hb Ogos 1965, Singapura merdeka dan menjadi negara Republik.



SEJARAH ISLAM SINGAPURA

Catatan pasti tentang sejarah awal Islam di Singapura sukar didapati. Namun hakikatnya penyebaran Islam sudah berlangsung cukup luas di rantau Nusantara sejak awal kurun 13 lagi. Penyebaran agama wahyu itu berkat peniaga-peniaga Arab Hadramaut dan Gujerat India yang datang ke alam Melayu untuk berdagang sekaligus berdakwah. Meskipun sebelum kedatangan Islam, masyarakat Nusantara termasuk Singapura telah menganut agama Hindu dan Budha. Akulturasi budaya yang berlangsung cukup intens, ditambah dengan wajah Islam yang damai menarik minat penduduk alam Melayu untuk memeluknya. Lebih-lebih kedaan ini ditunjang oleh pihak kerajaan, kalangan bangsawan yang berpusu-pusu masuk agama Islam. Misalnya Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim dan para pegawai istana serta pengikutnya yang memang sudahpun beragama Islam.[10]

Malah hartanah kepunyaan Temenggung masih kekal sehingga ke hari ini seperti di Masjid Telok Blangah atau lebih dikenali sekarang ini sebagai Masjid Temenggung Daeng Ibrahim yang dibina pada tahun 1823, ini membuktikan sumbangan golongan Melayu yang dipimpin oleh Temenggung kepada perkembangan Islam di Singapura.

Namun hanya pada pertengahan dan akhir kurun ke 19, barulah penduduk Islam di Singapura berkembang dan terus pesat selaras dengan kemajuan pelabuhan Singapura. Faktor kejayaan pelabuhan Singapura ini dan adanya masyarakat Islam di sini telah menarik minat lebih ramai lagi peniaga Islam dari serantau Nusantara yang kebanyakannya beragama Islam. Selain peniaga bangsa Arab, masyarakat Islam India juga berperanan besar dalam memberi sumbangan kepada penyebaran Islam disini. Menurut catatan Salbiah Zainal (1993) umat Islam di Negeri Singa menempati urutan kedua (15.4%) setelah komuniti Budha dan Kong Hu Chu (58.9%).[11]

Kebanyakan golongan Arab dan India Muslim ini pula berkahwin dengan golongan Melayu tempatan. Kesan daripada ini wujud pula masyarakat Melayu-Arab dan juga Jawi-Peranakan iaitu golongan India Muslim yang berkahwin dengan Melayu Muslim dan terus menetap di Singapura. Golongan peniaga Arab dan India Muslim ini juga terlibat dalam perkembangan Islam dengan membantu membina masjid-masjid seperti Masjid Omar Kampung Melaka (1820), Masjid Jamek (1827) dan Masjid Al-Abrar (1850) serta mengasaskan sekolah agama Madrasah Alsagoff dan Madrasah Aljunied.[12]

Selain dari itu, menurut C.M Turnbull dalam bukunya yang bertajuk History Of Singapore 1819-1975 terdapat penghijrahan daripada golongan pecahan Melayu seperti Bugis, Acheh, Minang, Jawa, Banjar, Bawean dan Madura. Sehingga dikatakan menjelang abad ke 20 terdapat hampir 35,000 golongan pecahan Melayu ini daripada sekitar nusantara termasuk daripada Semenanjung Tanah Melayu. Golongan ini pula sudah terlebih dahulu menganut agama Islam sebelum datang ke Singapura kerana Islam telah tersebar luas terlebih dahulu di Tanah Melayu dan juga kepulauan Indonesia seperti Jawa dan juga Sumatera.[13]

Penghijrahan golongan pecahan Melayu ke Singapura ini dengan tujuan untuk mencari pekerjaan hasil dari kemajuan Pelabuhan Singapura mahupun sebagai jemaah haji. Kerana Singapura pada abad ke 19 terkenal sebagai pusat haji serantau yang dikendalikan oleh peniaga Arab Muslim, sehingga dikatakan pada penghujung kurun 19 terdapat ramai jemaah daripada kepulauan Indonesia yang pergi menunaikan haji bertolak daripada Singapura. Ini kerana terdapat sekatan dan kesukaran bagi umat Islam Indonesia untuk pergi ke Tanah Suci daripada pihak pemerintah Belanda berbanding umat Islam di Singapura. Sebilangan daripada mereka pula terus kekal di Singapura, ada yang bekerja di Singapura dan terus menetap di sini selepas kepulangan dari menunaikan Rukun Islam kelima di Mekah, untuk membayar hutang perbelanjaan sekaligus menaja keperluan hidup keluarga mereka.



PENGAJIAN ISLAM DI SINGAPURA


Sepertimana yang terjadi di tempat-tempat lain di Tanah Melayu, pengajaran Islam bermula daripada institusi yang amat sederhana. Pengajian Islam awal di Semenanjung Melayu berlangsung di masjid-masjid dan beberapa pondok. Kalau di Ranah Minangkabau, penyebaran ilmu-ilmu keIslaman tersebut digelar di surau-surau. Tradisi pengajian Islam di tanah Jawa pula dipusatkan di Pesantren. Sementara di Singapura, negara pulau itu menfokuskan pendedahan wawasan keilmuan Islam di masjid dan kemudian berkembang menjadi institusi madrasah.


Perbezaan metodologi dan sebarang kemudahan tidak mengurangkan semangat murid-murid pengajian dalam menimba ilmu-ilmu wahyu dan kemanusiaan di serata daerah tersebut. Apatahlagi masing-masing wilayah dimaksud mempunyai hubungkait yang erat. Cuma pengajian Islam di Singapura tidak sehebat yang terjadi di beberapa tempat lain. Seperti pengembangan madrasah dan perguruan tinggi Islam. Adalah pengaruh perkembangan Islam itu berpunca dari maraknya anak Melayu Nusantara menuntut ke Timur Tengah.[14] Kemudian pencerahan itu mulai lahir, tumbuh dan berkembang di sejumlah daerah, lalu percikannya sampai ke tempat lain.

Penerbitan majalah Islam pertama kali di Singapura, al-Imam (antara 1906-1908), dibawah pimpinan Syeikh Tahir Jalaluddin dan Syed Syeikh al-Hadi, telah memberangsangkan semangat penerbitan majalah serupa di Padang Indonesia, iaitu dengan keluarnya majalah al-Munir (1911-1916) oleh Syeikh Haji Abdul Karim Amrullah dan Syeikh Muhammad Taib Umar.[15] Kesemua itu sebagai bukti penyebaran ilmu Islam berkait-kelindan antara satu tempat dengan tempat lainnya.

Madrasah yang wujud di Singapura tidaklah seramai yang ada di tempat lain seperti Indonesia ataupun Malaysia. Hal ini—sepertinya—kerana suasana politik kenegaraan yang tidak terlalu mengalu-alukan urusan agama (termasuk pendidikannya). Perkara ini tentu berlaku akibat dari pentadbiran kerajaan yang diterajui oleh kelompok migran non-muslim (pendatang) yang kemudian berubah menjadi etnik majoriti. Namun sekurang-kurangnya ada enam Madrasah Formal yang popular di Negeri Singa ini; iaitu Madrasah al-Sagoff al-Arabiah, Madrasah Aljunied al-Islamiah, Madrasah al-Maarif al-Islamiah, Madrasah Wak Tanjong al-Islamiah, Madrasah al-Arabiah al-Islamiah, Madrasah al-Irsyad al-Islamiah. Madrasah-madrasah ini dikembangkan awalnya secara sederhana, selanjutnya dikelola oleh Majlis Ugama Islam Singapura dan beberapa lembaga NGO (Non-Governmental Organization).[16] Diantara NGO (organisasi bukan kerajaan) yang melaksanakan kegiatan dakwah dan pendidikan Islam itu ialah PERGAS.[17]

Berikut ini akan dijelaskan secara ringkas profil beberapa Madrasah tersebut.

Pertama, Madrasah al-Arabiah Al-Islamiah (MAI)


Menurut Del Rasouli A. Rashid (25 Disember 2006), Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah (MAI) adalah salah sebuah madrasah (sekolah agama) terkehadapan di Singapura.[18] Diasaskan pada tahun 1930-an. Mulanya sekolah ini mengajarkan subjek-subjek keIslaman sahaja tanpa memandangkan subjek di luar itu. Pada peringkat awal (1950) MAI melaksanakan kegiatan pengajian di Masjid Haji Mohd Yusoff di Jalan Serangoon, Singapura. Pada tahun 1980-an MAI berpindah tempat ke kampus baru, No. 14 Jalan Selamat Singapura.

Setelah menempati bangunan baru, atas kerja sama dengan Muhammadiyah Singapura, para pengerusi MAI meninjau semula perkembangan Institusi tersebut demi kegemilangan pelajar dan pihak pengurusan di masa hadapan. Diantara keputusan terbaru yang dihasilkan kala itu ialah dengan menambahkan subjek bahasa Inggris, Matematik, Sains dan bahasa Melayu sebagai kurikulum Madrasah. Disamping mempertahankan subjek-subjek agama. Pada masa itu juga, pihak Madrasah mengusahakan terbentuknya MAI sebagai Institusi Pendidikan Islam yang diiktiraf oleh kerajaan Singapura. Usaha bergigihan itu melalui Menteri Pendidikan Singapura. Ekoran pengiktirafan itu, MAI telah berjaya menjadi sekolah yang melaksanakan kegiatan belajar mengajar secara sepenuh masa dengan objektif dan matlamat yang kian terang. Matlamat MAI dalam pendidikan Islam iaitu membangunkan umat dengan sebuah kefahaman yang kuat terhadap al-Quran dan al-Sunnah selaras dengan kemampuan teknologi mutakhir yang semakin mencabar.

Oleh itu MAI menawarkan kelas pengajian al-Quran dan penghafazan hadith serta kepahaman terhadap kedua sumber maklumat itu. Saat ini MAI berlokasi di No 17, Lorong 13 Geylang, Singapura 388660

Kedua, Madrasah Al-Sagoff Al-Islamiah


Sekolah ini terletak di Jalan No 111 Jalan Sultan, Singapore 199006. Sebarang informasi boleh diperolehi dalam talian 6294 5909 atau fax ke 6294 5976.[19] Madrasah Al-Sagoff ini adalah sekolah agama Islam yang paling ulung ditubuhkan di Singapura (1331 H/1912 M). Pengasasan Madrasah Al-Sagoff tidak terlepas dari khidmat wakaf Syed Mohd bin Ahmad al-Sagoff.[20] Para graduan yang menyelesaikan pengajian di tempat ini banyak yang menjadi pengerusi jawatan-jawatan penting di pelbagai tempat. Kebanyakan mereka adalah menjadi guru, apakah di Singapura mahupun di Malaysia dan Brunei. Ada pula sesetengah alumninya yang menjadi ahli politik, pebisnis dan kerja-kerja sosial lainnya.

Pada masa ini Madrasah Al-Sagoff melaksanakan pendidikan peringkat rendah, menengah dan pra-universiti. Sebagai media penyampaian maklumat ialah dengan menggunakan bahasa Arab dan bahasa Inggris. Matlamat ini bertujuan untuk mempersiapkan para pelajar untuk berkebolehan melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan juga berkemampuan untuk menuntut (belajar) di institusi bertaraf dunia semisal Universiti al-Azhar di Kaherah. Setelah itu mereka boleh kembali ke kampung halaman dan mendedikasikan ilmunya di Singapura.

Sejak awal penubuhannya, Madrasah Al-Sagoff tidak menggunakan sistem pengajian pondok, akan tetapi mengikut kurikulum pengajian sekolah kerajaan. Ianya merangkumi pengajian Islam, pengajian bahasa Arab, pengajian sekular seperti bahasa Inggeris, Matematik dan bahasa Melayu.[21] Bagi mencapai matlamat pengajian dan keperluan semasa, Madrasah Al-Sagoff sentiasa mengemaskini sistem, metodologi pengajaran serta kurikulum yang digunakan. Adapun buku-buku teks pengajian yang diajar berasal daripada Semenanjung Malaysia, Indonesia, Brunei dan hasil kajian tokoh-tokoh pendidik tempatan.

Selain pihak Madrasah mengalu-alukan graduannya yang berprestasi cemerlang untuk menyambung pengajian ke Timur Tengah, Institusi Rantau Nusantara pun menjadi pilihan. Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian di Madrasah Al-Sagoff dikehendaki meneruskan pelajarannya ke Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) Terengganu atau Akademi Pengajian Islam Nilam Puri Kelantan mahupun Universiti Islam Antarabangsa Kuala Lumpur.[22]

Menurut Salbiah, sejak penubuhannya, Madrasah Al-Sagoff telah diurus tadbir oleh beberapa orang guru besar. Diantaranya iaitu Allahyarham Ustaz Jastan bin Abdullah (1943-1951), Ustaz K.H. Ahmad Zuhri Mutammim (1952-1960), Allahyarham Ustazah Khamsiah binti Amad (1961-1981) dan Ustaz Hajjah Latifah binti Haji Ishak (1982-sekarang).[23]



INSTITUSI PENGAJIAN TAFSIR DI SINGAPURA


Bagaimanapun institusi formal diatas sangat banyak menyumbang dalam pengembangan diskursus kajian keIslaman di Singapura. Namun penulis tidak dapat menjejaki kesan yang lebih pasti terhadap graduannya, tepatnya, sumbangan mereka dalam bidang pengajian tafsir di negera ini. Oleh itu, penulis coba melihat beberapa lembaga lain yang penulis pandang sebagai institusi yang menyumbang bakti bagi pengajian tafsir. Berikut akan dipaparkan satu institusi pengajian tinggi Islam dan satu madrasah di Singapura, yang mendedahkan subjek-subjek tafsir ataupun ilmu-ilmu al-Quran. Apatahlagi institusi berkenaan telah mampu menampakkan bukti kecemerlangannya.

Pertama, Institut Pengajian Islam Pergas[24]


Institut ini merupakan institusi pengajian tinggi Islam pertama ditubuhkan di Singapura. Atas prakarsa Persatuan Ulama dan Guru-guru Agama Islam (Pergas) lembaga tersebut telah berjaya diasaskan tahun 1986. Institusi ini pada mulanya dikenali sebagai Madrasah Mingguan Pergas (MMP), bermarkaz di Playfair Road, Paya Lebar Singapura. Setelah Pergas berpindah ke perkarangan baru, di Wisma Indah, MMP masih terus berfungsi di Playfair Road sehingga ke tahun 2000. Ia kemudiannya dinaik taraf menjadi INSTITUT PENGAJIAN ISLAM PERGAS (IPIP) pada tahun 2005. Perkara tersebut sebagai satu usaha strategik untuk mengembangkan pendidikan Islam ke tahap yang lebih tinggi lagi di Negeri Singa itu.

Sehingga kini, ramai graduan telah mendapatkan manfaat dari program-program[25] yang dijalankan Institut hasil besutan Pergas tersebut. Diantara lulusan Sijil Pengajian Islam IPIP, kini berkhidmat kepada masyarakat Singapura dalam pertubuhan kebajikan dan juga masjid-masjid. Secara realiti, diakui bahawa IPIP belum lagi mengeluarkan graduan peringkat Sarjana Muda apatahlagi Sarjana, namun fakta tentang perkhidmatan alumni dalam kehidupan sosial itu tidak boleh disangkal oleh sesiapa. Justeru itu, menurut laporan Utusan Online sebagaimana dikutip oleh Buletin Malaysia, Pergas—melalui IPIPnya—dijangka [bakal] melahirkan graduan bidang pengajian Islamnya sendiri yang pertama dalam masa setahun setengah [pertengahan 2010].[26] Meskipun terlambat bila dibandingkan dengan pencapaian institusi pengajian tinggi Islam di rantau Nusantara, bagaimanapun perkara berkenaan tetap dikira sebagai satu pencapaian yang baik.

Menerusi pemaparan dalam laman web Institut Pengajian Islam Pergas, ianya menawarkan empat program utama iaitu Program Pengajian Islam (Islamic Studies), Program Bahasa Arab (Arabic Language), Program Sarjana Muda (Degree Programme) dan Program Bahasa Inggris (English Programmes).[27]

Dalam Program Pengajian Islam terkandung enam sub program yang terdiri daripada dua peringkat; Program Peringkat Permulaan iaitu Program Takrif Islam[28] dan Program Ilmu-ilmu Islam[29] dan Program Berstruktur iaitu Sijil Pengajian Islam,[30] Diploma Pengajian Islam, Program Eksekutif Pengajian Islam,[31] Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Turath.[32]

Institut Pengajian Islam Pergas sememangnya tidak bergerak sendirian. Dia telah bekerja sama dengan pihak Fakulti Ilmu Wahyu dan Turath Universiti Islam Antarabangsa Malaysia demi menjayakan program Pengajian Islam yang sedang mereka martabatkan. Oleh itu, salah satu subjek pengajian kursus (kurikulum) yang ditawarkan di peringkat Sarjana Muda Pengajian Islam iaitu ‘Ulum al-Quran (Sciences of Quran) dan subjek Ilmu Wahyu Sebagai Sumber Pengetahuan (Revelation as Source of Knowledge).

Untuk menduduki Program Pengajian Islam IPIP, setiap calon dikehendaki untuk mempunyai kelayakan peringkat Madrasah Thanawiyah dan ‘Aliyah dengan nilai sekurang-kurangnya kepujian (jayyid); atau lepasan universiti kerajaan (awam) di Malaysia atau mana-mana universiti yang mendapat kelulusan daripada pihak senat; atau alumni Diploma Pendidikan Islam (DPI) Pergas dengan nilai sekurang-kurangnya kepujian (jayyid); atau graduan Diploma Pengajian Islam (DPI) Institut Pengajian Tinggi Islam al-Zuhri[33] dengan nilai sekurang-kurangnya kepujian (jayyid); atau lain-lain kelayakan yang diiktiraf oleh senat universiti.

Beberapa kelayakan diatas dianggap wajar, kerana matlamat penubuhan Institusi Pengajian Islam Pergas justeru mengharapkan lahirnya graduan yang menjadi contoh dan cemerlang di Singapura. Hal ini berlandaskan kepada firman Allah (QS. Ali ‘Imran [3]: 110), yang menuntut umat Islam supaya menjadi umat terbaik (khayra ummah). Oleh itu Program Pengajian Islam IPIP telus menjalankan rancangan mereka, menggubal kurikulum yang selaras dengan kepentingan semasa dan tempatan. Demi mencabar tantangan global, medium instruction (media pengajaran) yang digunapakai pun berpaksikan kepada bahasa antarabangsa (bahasa Inggeris) yang sedianya telah intim di kalangan anak-anak Singapura. Untuk mencapai semua tujuan diatas, pengajian Sarjana Muda Pengajian Islam di IPIP dilangsungkan selama empat tahun setengah. Perkara ini bagi mempastikan semua calon bersedia dan telah mantap menjadi alumni Institusi kebanggaan masyarakat Muslim di Negeri Temasik itu.

Saat ini, Institut Pengajian Islam Pergas beralamat di No. 448, Jalan Changi Wisma Indah, Singapore 419975. Maklumat bagi sesiapa yang ingin mengetahui lebih terperinci boleh diperolehi dalam talian +6346 9351 atau fax +6346 3450 atau menerusi surat elektronik di: ipip@pergas.org.sg.

Kedua, Madrasah Aljunied al-Islamiah


Menurut informasi Nureza Ahmad (15 Jun 2004),[34] Madrasah Aljunied al-Islamiah merupakan diantara Sekolah Agama Islam terkemuka di Singapura. Lokasi Madrasah ini ialah terletak di Jalan No 30 Victoria Lane, Singapura 198424. Dia termasuk kepada sekolah swasta yang tidak menerima perbelanjaan daripada kerajaan Singapura. Diantara keunikan sekolah ini ialah dengan tetap mempertahankan kebiasaan bersongkok atau memakai kopiah bagi kalangan pelajar lelaki dan baju baju kurung, bertudung serta handscarf untuk kalangan pelajar perempuan.

Madrasah Aljunied adalah sekolah Islam tertua setelah Madrasah Alsagoff (yang ditubuhkan tahun 1912). Madrasaah Aljunied diasaskan oleh Syed Abdul Rahman Aljunied. Pembangunan sekolah ini berlangsung tahun 1927 di sebuah tanah wakaf di Kampung Glam. Tanah terbabit merupakan pemberian daripada peniaga Arab yang berjaya dalam perdagangannya di rantau ini, Syed Omar Ali Aljunied. Saat ini pihak Madrasah Aljunied mengelola sekolah untuk bermacam-ragam tingkatan. Mulai daripada tingkatan rendah sehingga ke peringkat pra-universiti.

Pada tahap awal pengambilan pelajar, sekolah ini telah didatangi oleh anak-anak negeri daripada pelbagai belahan dunia Melayu, seperti Indonesia dan Brunei. Disamping itu tentunya pelajar-pelajar daripada Tanah Melayu sudah pun menuntut di tempat ini. Tahun 1936, Madrasah ini telah memulakan kursus pengajian lanjutan berupa tajuk tentang kepemimpinan. Tujuan daripada kursus ini adalah menciptakan pemimpin dan para pengajar professional. Nama kursus itu adalah Qism al-Takhassus fi al-Wa'z wa al-Irshad, yang diseliai oleh Syeikh Abdurrahim Ibrahim Assamnudi, beliau berasal daripada Mesir. Pada awal tahun 1941, sekolah ini kemudiannya dibangun semula (repaired) untuk penambahan ruangan pembelajaran.[35]


Peperangan yang terjadi setelah tahun 1941 menyebabkan banyak diantara pelajar dan para guru kembali ke kampungnya masing-masing. Hal ini demi mengelakkan peristiwa buruk terjadi. Setelah peperangan usai (sekitar tahun 1945) proses pengajian kembali dilanjutkan. Untuk memenuhi kepentingan semasa dan cabaran glogalisasi, tahun 1950-an dan tahun 1960-an, subjek-subjek baru mula dimasukkan ke dalam kurikulum pengajian Madrasah. Diantaranya ialah kursus kelas Matematik, Geografy, Sejarah dan Sains. Tahun 1991 rancangan pembangunan gedung Madrasah disokong oleh banyak pihak, termasak kelompok non-muslim. Selang pembangunan semula gedung baru selesai, aktiviti belajar telah dipindahkan ke Pusat Bahasa Kementrian Pelajaran di Jalan Winstedt, Singapura. Tempat itu harus dikongsikan dengan pelajar lain daripada Madrasah al-Irsyad yang kebetulan berhadapan dengan masalah yang sama. Kos perbaikan gedung Madrasah Aljunied itu menelan belanja sebanyak S$12 million.[36]

Majlis pembukaan gedung baru Sekolah Aljunied itu berlangsung pada 21hb April 2000. Sebanyak 28 ruangan kelas baru telah dibangunkan, ianya boleh menampung lebih ramai pelajar berbanding dengan keadaan ruangan sebelumnya. Kemudahan lain yang sedia ada seperti dua bangunan perpustakaan, satu makmal komputer, satu makmal sains, satu studio seni dan lain-lain lagi.

Madrasah Aljunied disebut sebagai institusi pengajian tafsir kerana ianya telah menghasilkan tokoh ulama terkemuka di Singapura dan terbilang di Rantau Nusantara. Diantara tokoh tersebut iaitu Syeikh Ahmad Sonhadji dan Ustaz Haji Usman bin Jantan.


Pertama, SYEIKH SONHADJI MOHAMAD


Syeikh Sonhadji adalah pengarang kepada kitab Tafsir 'Abr al-Athir (Singapura 1960) lengkap tiga puluh juzuk. Nama penuh Syeikh Sonhadji ialah Syeikh Ahmad Sonhadji bin Muhammad Millatu bin Haji Haromain bin Hai Othman bin Hasan Muharrar. Lahir dari rahim ibunya, Ummu Salamah, Jumaat 18 Ogos 1922 bertepatan dengan 24 Zulhijjah 1340 di Desa Pengging, Surakarta (Solo) Jawa Tengah Indonesia.[37]

Pada tahun 1927, ketika umurnya baru mencecah usia tujuh tahun telah berpindah ke Singapura mengikuti perpindahan sang ayah, Muhammad Millatu. Ini menjadi perjalanan pertama dalam kehidupan Syeikh Sonhadji. Di Singapura, Syeikh Sonhadji telah menempati kediaman komuniti (paguyuban) keluarga Solo (a group of the Solo community) di Jalan Sultan, yang ketika itu lebih dikenali sebagai Pasir Gembur.

Menurut Mohd Yaqub (2002), pendidikan awal Syeikh Sonhadji bermula dari ayah, ibu dan datoknya, Haji Muslim. Dia belajar agama seperti sejarah, akhlak Islami, bahasa Arab dan tradisi Jawa kepada ayahnya sendiri. Sementara ibunya, Ummu Salamah (m. 1977) telah membekalkan Syeikh Sonhadji dengan pelajaran membaca al-Quran dan kaligrafi Arab. Sepeninggal ibunya, Syeikh Sonhadji meneruskan pelajaran di Madrasah Salafiyah yang ditubuhkan oleh datoknya. Disini beliau mendalami subjek bahasa Arab, sejarah dan ilmu syaraf dari gurunya, Haji Muslim. Perjalanan keilmuan Syeikh Sonhadji kian rancak (1937) ketika gurunya, Haji Marzuki Shamsuddin membawa dirinya meninggalkan Riau untuk selanjutnya kembali ke Singapura. Di Negeri Singa ini, Syeikh Sonhadji meneruskan semula pengajiannya dengan memilih Madrasah Aljunied sebagai destinasi menuntut ilmu pengetahun. Selama lebih 6 tahun Sonhadji muda bertungkus lumus disini dalam pendidikan. Beliau menamatkan pengajian di Madrasah Aljunied tahun 1944, ketika tu Singapura ditaklukkan oleh penjajah Jepun.[38]

Pada 20 Mei 1945 Syeikh Sonhadji menikahi Hajah Nafsiah binti Haji Ibrahim. Perkahwinan itu berlangsung saat Syeikh Sonhadji menjejaki usia 23 tahun, sementara isterinya baru berumur 13 tahun. Aktiviti kerjaya, beliau mulakan sejak tahun 1945, dengan menjadi guru sesi pelajaran pagi di Madrasah Aljunied. Disamping itu dia juga membuka sekolah Islam "Madrasah Bustanul Arifin" dengan mengadopsi kurikulum sekolah rakyat. Untuk menaja keperluan hidup sekaligus untuk mengembangkan semangat penyebaran pendidikan Islam, beliau telah mengajar pula di Sekolah Kedua Arab Hassan al-Bolkiah (1966-1970).[39]

Karir pengajarannya semakin cemerlang. Tahun 1971 Syeikh Sonhadji menjadi guru kanan di Madrasah Aljunied. Kemudian tahun 1973 sampai tahun 1980, Syeikh Sonhadji menjawat jawatan pengetua Madrasah Aljunied. Tahun 1985, jawatan penasihat kepada pengetua Madrasah Aljunied pun disandangnya. Kiprah cemerlang Syeikh Sonhadji kian terserlah, bukan sahaja di peringkat sekolah Islam di Singapura bahkan di lain aspek. Justeru itu, beliau telah diamanahkan menjadi pemangku jawatan Imam Masjid Muhajirin Singapura. Meskipun jauh sebelum ini, (lebih sepuluh tahun) Syeikh Sonhadji telah pun mendedikasikan dirinya sebagai Imam Masjid al-Huda. Disamping kerja-kerja pengajaran, pengurusan Islam dan sebagainya, Syeikh Sonhadji turut berkecimpung dalam aktiviti-aktiviti sosial kemasyarakatan.

Walaupun Syeikh Sonhadji tidak pernah menuntut ke luar negara, seperti di Mekah, India ataupun Mesir, akan tetapi kemampuan intelektualnya sangat baik dan diakui. Pengaruh Syeikh Abdullah bin Hasan bin Husin al-Shatri (1908-1998) sangat besar ertinya bagi kelangsungan idealisme Syeikh Sonhadji. Begitu juga dengan impak yang ditularkan oleh guru-gurunya yang lain.[40] Kerana sistem pengajian Islam di Madrasah Aljunied berjalan dengan baik, maka Sonhadji kecil terdedah dengan semangat ilmiah. Kelangkaan karya-karya pengajian Islam di Singapura pula, membuat Syeikh Sonhadji bergiat untuk menghasilkan karya khususnya bidang tafsir al-Quran lengkap 30 juzuk.

Menurut keterangan Syeikh Sonhadji sendiri, karya Tafsir Abr al-Athir yang dihasilkannya itu dimulai penyebarannya sejak 12 Syakban 1379/19 Februari 1959. Karya itu awalnya bukanlah dalam bentuk tulisan (kitab), akan tetapi berupa syarahan yang disiarkan menerusi Radio Singapura. Kerana program itu mengambil masa yang amat ringkas, iaitu 25 minit setiap hari Jumaat, maka pentafsiran itu baru selesai disempurnakan dalam masa 25 tahun 2 bulan bertepatan dengan 24 Rajab 1404/26 April 1984.[41] Atas saranan sahabat Syeikh Sonhadji ketika melaksanakan umrah ke Mekah, karya Tafsir yang dihasilkannya itu akhirnya diterbitkan untuk pertama kalinya di Singapura tahun 1960.

Mengikut metode penghuraian dalam Tafsir 'Abr al-Athir, Syeikh Sonhadji telah menggunakan metode pentafsiran tahlili. Dengan menghuraikan ayat-ayat al-Quran berdasarkan turutan nuzulnya, dimulai dengan surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah al-Nas. Adapun bentuk pemaparan kitab tafsirnya, disebutkan: juzuknya, nama surah, ayat yang mau ditafsirkan, erti dari ayat berkenaan kemudian baru huraian sama ada dengan pendekatan tafsir al-Quran dengan al-Quran ataupun tafsir al-Quran dengan Hadith Nabi s.a.w..

Misalnya ketika Syeikh Sonhadji menjelaskan ayat-ayat dalam surah al-Fatihah. Beliau telah menyebutkannya dengan: Juz 1, al-Fatihah (pembukaan), surah ke-1, 1-7 ayat (jumlah ayat), lalu diterakan seluruh ayat surah al-Fatihah (seutuhnya), lalu diertikan "makna lafaz", lalu pentafsiran "hurain". Contoh pentafsiran Syeikh Sonhadji ketika menjelaskan "al-Rahman" dengan: yang memberi nikmat yang besar-besar seperti akal, sihat dan lain. Kata "al-Rahim" dengan: yang memberi nikmat yang halus-halus seperti lezat makan, manis, main dan lain-lain. Selain fakta-fakta diatas, pengarang ini juga menyebutkan realiti surah al-Fatihah sebagai mengandungi keimanan, didikan, pelajaran, peringatan dan pegangan hidup.[42]

Beberapa penjelasan Syeikh Sonhadji dianggap kurang memenuhi tuntutan ilmiah kerana beliau tidak menunjukkan sumber rujukan. Adakah perkara ini disengaja atau bukan? Misalnya ketika pengarang menjelaskan tentang: ...segala nikmat yang kita kecap hendaklah kita puji dan berterima kasih..., lalu pengarang mengutip Hadith Nabi s.a.w.,
مَنْ لَمْ يَشْكُرْ النَّاسَ لَمْ يَشْكُرْ اللَّهَ[43]

Kedua, USTAZ HAJI OSMAN BIN JANTAN


Tokoh yang akan penulis perkenalkan ini bernama lengkap Ustaz Haji Osman bin Jantan. Dilahirkan pada 26 November 1937 di Paya Rumput, Tangga Batu, Melaka.[44] Beliau mendapat pembelajaran pertama di Sekolah Melayu Ayer Molek, Melaka. Selepas menamatkan pengajian rendah di Air Molek, Haji Osman Jantan muda menyambung pengajiannya di Madrasah (Pondok) al-Nuriyah di Melaka.

Bagi memperkasakan pencapaian ilmiahnya, Madrasah Aljunied di Singapura menjadi destinasi beliau berikutnya. Setelah mendapatkan sijil dan menamatkan pengajian, putra kepada Jantan ini terus menuntut di Universiti Nasional Jakarta, dan berjaya mendapatkan sijil Sarjana Muda disana. Beliau juga sempat melanjutkan pendidikannya di Maktab Perguruan Singapura dan mengajar sebagai seorang guru untuk beberapa saat lamanya.

Selain dari jawatan guru, beliau juga adalah pendakwah, penulis, konsular, imam, khatib, hakim Mahkamah Syariah Singapura, Pegawai kebajikan Jemaah Haji, Pembimbing Kursus haji dan pengarang Majalah Fajar Islam. Dalam penghasilan karya beliau telah berjaya mencatatkan 23 buah buku dari buku madrasah, sekolah, cerita kanak-kanak dan kursus haji serta tajuk-tajuk keIslaman.

Diantara karya-karya keIslaman Ustaz Haji Osman Jantan ialah Pedoman Orang Mukmin,[45] Pedoman Orang Takwa,[46] Pedoman Haji: Umrah Ziarah,[47] Pedoman Tafsir (Juz Amma),[48] Pedoman Muamalat dan Munakahat,[49] Pedoman Ilmu Tauhid,[50] Islam Hari Ini dan Esok[51] dan ramai lagi.

Selain kegiatan-kegiatan diatas, beliau juga terlibat dalam beberapa persidangan seperti Persidangan Pendakwah Sedunia di Libya, Persidangan Islam Antarabangsa di Kuala Lumpur dan Persidangan Sedunia Jabatan Penerangan di Jakarta.



KESIMPULAN


Demikianlah huraian tentang pengajian tafsir di Singapura. Sebuah kajian terhadap institusi Islam yang mengajarkan subjek-subjek tafsir dan 'Ulum al-Quran. Institusi yang secara khas mengajarkan ataupun menubuhkan jabatan tafsir secara seratus peratus memanglah belum wujud di Negara Singapura. Namun kajian terhadap tafsir dan ilmu-ilmu yang melingkupinya, sememangnya telah berlaku baik yang terjadi di Madrasah Aljunied, Al-Sagoff mahupun Madrasah Al-'Arabiyah al-Islamiyah bahkan di Institut Pengajian Islam Pergas. Perbahasan tafsir dan ilmu-ilmu al-Quran itu dimasukkan dalam kursus tersendiri dan ada juga yang sekedar disinggung ketika para guru mengajarkan subjek fikah, akidah ibadah dan seterusnya.

Walaupun tidak serancak pengajian tafsir ditempat lain di alam Nusantara, namun ketiadaan rujukan tafsir berbahasa Melayu-Singapura telah menyemangati salah seorang tokoh agama Singapura untuk mencipta karya Tafsir iaitu Syeikh Sonhadji Mohamad dan generasi ulama setelahnya, Ustaz Osman Jantan. Perkara ini salah satu impak daripada kewujudan Madrasah Islam yang diasaskan di sana sejak sebelum kemerdekaan lagi.

Kertas kerja ini memanglah tidak luput daripada kekurangan. Hal itu berpunca dari kelemahan penulis. Tak ada ganting yang tak retak, kalau tak retak bukanlah gading namanya. Oleh itu, kritik konstruktif dan sumbangan membangun sangatlah diharapkan. Wallahu a'lam.



BIBLIOGRAFI

BUKU DAN LATIHAN ILMIAH


Ahmad Sonhadji Mohamad (1997), Tafsir al-Quran 'Abr al-Athir atau Tafsir al-Quran di Rasio. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Haji Osman bin Jantan (1965), Islam Hari Ini dan Esok. Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd.
_____ (1982), Pedoman Haji: Umrah Ziarah. Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd.
_____ (1986), Pedoman Ilmu Tauhid. Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd.
­­­­­_____ (2001), Pedoman Muamalat dan Munakahat. Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd.
_____ (2005), Pedoman Tafsir (Juz Amma). Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd.
Imam Ghazali (2000), Pedoman Orang Mukmin (terj. Haji Osman bin Jantan). Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd.
_____ (2002), Pedoman Orang Takwa (terj. Haji Osman bin Jantan). cet. 2. Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd.
John L. Esposito (ed. Kepala) (2001), Ensiklopedi Oxford®: Dunia Islam Modern. Eva Y.N., et.al. (terj.), jil. 5. Bandung: Mizan
John N. Miksic dan Cheryl-Ann Low Mei Gek (ed.,) (2004), Early Singapore: 1300s-1819. Singapore: Singapore History Museum
Lesley Layton (1993), Budaya Serata Dunia Singapura. (judul asal Cultures of the World Singapore). Malaysia: Times Book International
Mahmud Junus (1960), Sedjarah Pendidikan Islam di Indonesia. Djakarta: Pustaka Mahmudiah
Michel D. Barr (2000), Lee Kuan Yew: the Beliefs Behind the Man. Richmond, Surrey: Curzon Press
Mohammad Guntor Sadali dan Jamilah Mohd Hassan (ed.) (2001), Kisah Singapura: Memoir Lee Kuan Yew. Singapura: Times Media Private Limited
Mohd Yaqub @ Zulkifli Mohd Yusoff (2002), A Study of Tafsir 'Abr al-Athir and Sonhadji's Metodology in Tafsir al-Quran. Singapore: Ahmad Sonhadji Muhammad
Peter G. Ridell (2001), Islam and the Malay-Indonesian World: Transmission and Responses. Singapore: Horizon Books
Richard O. Winstedt (1982), A History of Malaya. Kuala Lumpur dan Singapore: Marican and Sons Sdn. Bhd.
Salbiah binti Zainal (1993), ”Madrasah al-Sagoff al-Arabiah Singapura: Sejarah dan Perkembangannya” (Latihan Ilmiah, Fakulti Usuluddin Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya)
Tan Ding Eing (1977), Sejarah Malaysia dan Singapura. Shahabuddin Shafie (terj.), cet. 4. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Zainal Abidin Ahmad dan Mazlan Zulkifly (2006), Pengajian Malaysia. cet. 2. Malaysia: Pearson Prentice Hall dan Open University Malaysia



LAMAN WEB

http://archive.wn.com/2008/12/11/1400/bulletinmalaysia/, 14 April 2009
http://article.wn.com/view/2008/11/28/singapura_bakal_lahirkan_graduan_agama_sendiri/, 2 Mac 2009
http://id.wikipedia.org/wiki/Singapura, 1 Mac 2009
http://www.madrasah.edu.sg/alsagoff.html, 10 Mac 2009
http://www.mai-edu.net/joomla/index.php/about-us-mainmenu-30/13-history--vision--mission--educational-path/17-history, 2 Mac 2009
http://ms.wikipedia.org/wiki/Raja_Temenggung_Tun_Daeng_Ibrahim, 3 Mac 2009
http://www.muis.gov.sg/cms/aboutus/default.aspx, 5 Mac 2009
http://www.pergas.org.sg/AboutUs.htm, 1 Mac 2009
http://web.mac.com/pustakanasional/Penulis_Kami/Osman_Bin_Jantan.html, 15 April 2009

NOTA KAKI

[1] Mahmud Junus (1960), Sedjarah Pendidikan Islam di Indonesia. Djakarta: Pustaka Mahmudiah, h. 12-14.
[2] Salbiah binti Zainal (1993), ”Madrasah al-Sagoff al-Arabiah Singapura: Sejarah dan Perkembangannya” (Latihan Ilmiah, Fakulti Usuluddin Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya), h. 2.
[3] Lengkapnya lihat di laman web Republik Singapura, http://id.wikipedia.org/wiki/Singapura, 1 Mac 2009.
[4] Tan Ding Eing (1977), Sejarah Malaysia dan Singapura. Shahabuddin Shafie (terj.), cet. 4. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd., h. 53. Dalam tulisan Tan ini telah disebutkan diantara nama orang Cina yang menuturkan sejarah awal Temasik, iaitu Wang Ta Yuan. Namun tidak diketahui siapa orang Jawa yang beliau maksudkan dalam konteks ini. Lihat juga tulisan tentang “Tumasik or Old Singapura” dalam Richard O. Winstedt (1982), A History of Malaya. Kuala Lumpur dan Singapore: Marican and Sons Sdn. Bhd., h. 40-43.
[5] Sejak kurun ke-13 sampai akhir kurun yang ke-14, Singapura dikuasai oleh pengaruh kerajaan Majapahit. Setelah kekuatan Majapahit mulai merosot, pengaruh kerajaan Thai (Siam) telah menyerangnya. Lihat Tan Ding Eing.(1977), loc.cit.
[6] Lesley Layton (1993), Budaya Serata Dunia Singapura. (judul asal Cultures of the World Singapore). Malaysia: Times Book International, h. 15. Baca juga ulasan lengkap tentang “From Temasek to Singapura: Locating a Global City-State in the Cycles of Melaka History” dalam John N. Miksic dan Cheryl-Ann Low Mei Gek (ed.,) (2004), Early Singapore: 1300s-1819. Singapore: Singapore History Museum, h. 124-126.
[7] Pada mulanya Tunku Abdul Rahman Putera al-Hajj berangan-angan menjadikan Singapura sebagai “The New York of Malaysia” tetapi bimbang sebelum itu, melihat kenyataan “The Cinese State” dalam “The Malay World”. Gagasan yang dicadangkan oleh YAB Perdana Menteri iaitu Pembentukan Malaysia pada 27 Mei 1961 awalnya telah disetujui dan disambut baik oleh tokoh Parti Tindakan Rakyat Singapura (PAP). Namun gagasan menyertai persekutuan (negara federasi) itu menimbulkan reaksi yang bercanggah dengan yang semula berlaku. Parti Sosialis serpihan PAP iaitu United People’s Party telah menantang hebat terhadap penyertaan Singapura ke dalam penubuhan Negara Malaysia. Dia berhasrat membawa Negeri Republik Parlementer itu merdeka melalui cara dan ideologi yang lain. Berpunca daripada perubahan arah politik inilah perpecahan itu kian tumbun dan berkembang. Kemenangan Lee Kuan Yew—yang semula menerima penggabungan wilayah ujung Semenanjung Melayu itu—pada kempen politik (1964) semakin memperburuk suasana persefahaman dengan Tunku Abdul Rahman. Lebih-lebih isu dan sentiman perkauman gencar disebutkan. Lihat Zainal Abidin Ahmad dan Mazlan Zulkifly (2006), Pengajian Malaysia. cet. 2. Malaysia: Pearson Prentice Hall dan Open University Malaysia, h. 32-36.
[8] Lee Kuan Yew disebut sebagai “Father of the Nation” bagi Singapura. Baca Michel D. Barr (2000), Lee Kuan Yew: the Beliefs Behind the Man. Richmond, Surrey: Curzon Press, h. 7. Nama lengkapnya Harry Lee Kuan Yew, dilahirkan di Singapura 16 September 1923 di sebuah banglo dua tingkat yang besar di 92 Kampong Java Road. Lihat selengkapnya Mohammad Guntor Sadali dan Jamilah Mohd Hassan (ed.) (2001), Kisah Singapura: Memoir Lee Kuan Yew. Singapura: Times Media Private Limited, h. 15-19.
[9] John L. Esposito (ed. Kepala) (2001), Ensiklopedi Oxford®: Dunia Islam Modern. Eva Y.N., et.al. (terj.), jil. 5. Bandung: Mizan, h. 175.
[10] Beliau dilahirkan di Pulau Bulan, Kepulauan Riau pada 8hb Disember 1810 dan mangkat pada 1hb Februari 1862 di Teluk Belanga, Singapura. Dimakamkan ditanah perkuburan Makam Temenggong, Masjid Teluk Belanga. Lihat selengkapnya Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim, http://ms.wikipedia.org/wiki/Raja_Temenggung_Tun_Daeng_Ibrahim/, 1 Mac 2009.
[11] Salbiah binti Zainal, Loc.cit.
[12] Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim, Loc.cit..
[13]Ibid.
[14] Hal ini boleh jadi berbentuk, belajar secara langsung (directly) iaitu dengan pergi terus ke daerah Timur Tengah, Makkah-Madinah ataupun Mesir dan boleh jadi berbentuk tidak langsung (indirectly) iaitu dengan pembacaan terhadap karya-karya ulama Timur Tengah ataupun mendapatkan pengajaran daripada alumni Timur Tengah yang kembali pulang ke tanah air.
[15] Lihat Mahmud Junus, op.cit., h. 69. Baca juga Peter G. Ridell (2001), Islam and the Malay-Indonesian World: Transmission and Responses. Singapore: Horizon Books, h. 208 dan 210.
[16] Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dikenal juga sebagai the Islamic Religious Council of Singapore, ditubuhkan pada tahun 1968. MUIS sebagai lembaga pertubuhan yang bertanggung jawab dalam masalah-masalah umat Islam di Singapura. Selain dakwah Islam ia juga mengawasi persoalan sosial, pendidikan, ekonomi dan aktiviti-aktiviti budaya lainnya sesuai dengan prinsip-prinsip dalam al-Quran dan Sunnah. Lihat Laman Web Rasmi Majlis Ugama Islam Singapura, http://www.muis.gov.sg/cms/aboutus/default.aspx/, 3 Mac 2009.
[17] Pergas merupakan singkatan kepada Persatuan Ulamak dan Guru-Guru Agama Islam Singapura atau dalam bahasa Inggrisnya the Singapore Islamic Scholars and Religious Teachers Association yang ditubuhkan pada bulan Februari tahun 1957. Lihat Laman Web Rasmi Pergas http://www.pergas.org.sg/AboutUs.htm/, 2 Mac 2009.
[18] Lihat Laman Web Rasmi MAI, http://www.mai-edu.net/joomla/index.php/about-us-mainmenu-30/13-history--vision--mission--educational-path/17-history, 2 Mac 2009.
[19] Lihat Laman Web Rasmi Madrasah Alsagoff, http://www.madrasah.edu.sg/alsagoff.html, 5 Mac 2009.
[20] Salbiah binti Zainal, op.cit., h. 55.
[21] Salbiah binti Zainal, Ibid., h. 87-90.
[22] Ibid., h. 95.
[23] Ibid., h. 105.
[24] Lihat selengkapnya di Laman Web Rasmi Institut Pengajian Islam Pergas Singapura, http://www.ipipergas.com/ipip_page.htm/, 1 Mac 2009.
[25] Lihat http://www.ipipergas.com/programme_page.htm, 14 April 2009.
[26]Lihat http://archive.wn.com/2008/12/11/1400/bulletinmalaysia/ dan Berita Jumaat, 20 Februari 2009 dalam http://article.wn.com/view/2008/11/28/singapura_bakal_lahirkan_graduan_agama_sendiri/, 2 Mac 2009.
[27] Ibid. Yang akan menjadi titik tekan perbahasan penulis dalam artikel ini adalah Program Pengajian Islam.
[28] Program ini telah direka untuk memenuhi keperluan para penuntut dewasa yang tidak mempunyai atau melalui pembelajaran pengajian secara formal. Program ini akan memuatkan cara pembelajaran yang bersifat praktikal dan mengetengahkan pendekatan amalan yang digalakkan (recommended practices) dalam melaksanakan ibadat harian. Diantara sinopsis modul wajib pengajiannya iaitu: Pengenalan Kepada Islam; Asas Agama Islam 1; Asas Agama Islam 2 dan Bacaan al-Quran 2; serta dua kursus pilihan: Bacaan al-Quran 1; Salat Pengenalan dan Pelaksanaan. Selengkapnya lihat http://www.ipipergas.com/takrifislam_page.htm, 14 April 2009.
[29] Program ini sangat sesuai untuk mereka yang ini meningkatkan pengetahuan dalam Islam tetapi tidak mahu melalui beban peperiksaan. Adapun senarai modul yang ditawarkan meliputi bidang akidah, akhlak fikah ibadah, fikah dakwah, hadith akhlak, hadith ahkam, ‘ulum al-Hadith, ‘ulum al-Quran, sejarah, sistem-sistem Islam, faraid, tafsir 1-5, tasawur Islam, tajwid, tamadun Islam dan tarikh tasyri’. Lihat http://www.ipipergas.com/ilmu2islam_page.htm, 14 April 2009.
[30] Diantara subjek yang diajarkan iaitu: aqidah, akhlak, fikah dakwah, fikah ibadah, hadith, sirah Nabawiyah, Tajwid, Tasawwur Islam, Tamadun Islam, Tafsir dan ‘ulum al-Quran.
Pendedahan kursus Tafsir disini dimaksudkan untuk mengupas maksud, hukum-hakam, kisah-kisah & pengajaran daripada surah-surah pilihan. Pembelajaran akan menyentuh surah-surah Makkiyah dan Madaniyah yang masa setiap daripada surah-surah mempunyai pendekatan tertentu dalam membahasakan hukum-hakam.
Sementara matlamat subjek ‘ulum al-Quran mengenalkan pelajar kepada aspek pengkajian Al-Quran dari segi sejarah penurunan, pembukuan, pembahagian dan penyusunan surah dan ayat. Ia juga akan menyentuh kajian yang berkaitan dengan Al-Quran selain daripada Tafsir. Tajuk-tajuk perbahasan adalah seperti: pengertian wahyu, surah/ayat Makki-Madani, pertama dan akhir yang turun, Asbab An-Nuzul dan lain lain. Lihat http://www.ipipergas.com/spi_page.htm, 14 April 2009.
[31] Program Eksekutif Pengajian Islam ialah program yang dibentuk khas untuk golongan yang telah mempunyai dasar yang baik dalam pengajian Islam dan ingin mengetahui dengan lebih mendalam lagi tentang ilmu-ilmu Islam. Program ini menawarkan pengajian dan kupasan secara mendalam (in depth) pada topik-topik perbincangan yang diajukannya. Lihat http://www.ipipergas.com/programexec_page.htm, 14 April 2009.
[32] Lihat http://www.ipipergas.com/birkh_page.htm, 14 April 2009.
[33] Satu lagi institusi pengajian Islam di Singapura. Untuk mengenangkan khidmat cemerlang K.H. Ahmad Zuhri Mutammim (1905-1985) yang berjasa besar bagi perkembangan Islam di Singapura, maka diasaskanlah institusi ini. Bahkan, semasa hidupnya beliaulah pengasas kepada berdirinya Pergas (19 Mei 1956). Lihat http://zuhri.com.sg/index.php?option=com_content&task=view&id=20&Itemid=26, 14 April 2009.
[34] Lihat http://infopedia.nl.sg/articles/sip/436/2005-02-02.html, 3 Mac 2009.
[35] Ibid.
[36] Ibid.
[37] Ahmad Sonhadji Mohamad (1997), Tafsir al-Quran 'Abr al-Athir atau Tafsir al-Quran di Rasio. Juz. 1. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd., h. 11. Baca juga Mohd Yaqub @ Zulkifli Mohd Yusoff (2002), A Study of Tafsir 'Abr al-Athir and Sonhadji's Metodology in Tafsir al-Quran. Singapore: Ahmad Sonhadji Muhammad, h. 26-28.
[38] Mohd Yaqub, ibid., h. 51-53.
[39] Mohd Yaqub, ibid., h. 28 dan 63. Lihat juga Ahmad Sonhadji, op.cit., h. 12.
[40] Diantara gurunya yang lain itu ialah Syeikh Abu Bakar bin Taha bin Abd al-Kadir al-Sagoff (1302 H-1375 H), Syeikh Abdullah bin Syeikh bin Muhammad Balfaqih (1895-1962). Lihat Mohd Yaqub, op.cit., h. 63.
[41] Ahmad Sonhadji, op.cit., h. 13.
[42] Ibid., h. 47-50.
[43] Imam al-Tirmidhi, Sunan al-Tirmidhi, No. Hadith 1878, Kitab al-Birr wa al-Silah, Bab Ma Ja'a fi al-Shukr li man Ahsana Ilayk.
[44] Lihat http://web.mac.com/pustakanasional/Penulis_Kami/Osman_Bin_Jantan.html, 15 April 2009.
[45] Buku ini merupakan hasil karya terjemahan Ustaz Osman Jantan kepada karya Imam al-Ghazali (1058-1111). Lihat Imam Ghazali (2000), Pedoman Orang Mukmin (terj. Haji Osman Bin Jantan). Singapura: Pustaka Nasional.
[46] Karya ini juga merupakan hasil pengalihbahasaan karya Imam Ghazali oleh Ustaz Haji Osman Jantan. Dicetak untuk pertama kalinya tahun 1998. Lihat Imam Ghazali (2002), Pedoman Orang Takwa (terj. Haji Osman Bin Jantan). cet. 2. Singapura: Pustaka Nasional.
[47] Lihat Haji Osman Jantan (1982), Pedoman Haji: Umrah Ziarah. Singapura: Pustaka Nasional.
[48] Diantara sinopsis karya ini, ia merupakan terjemahan dan tafsir ayat demi ayat. Penulis menjelaskan sebab-sebab turunnya dan persesuaian surahnya dengan surah yang sebelumnya. Penulis juga lengkapkan sekali dengan pengetahuan tentang surah Makkah dan Madinah dan di akhir setiap surah disajikan pula tafsir keseluruhannya. Naskhah ini merupakan kumpulan kuliah-kuliah Subuh, Duha dan Maghrib yang diberi penulis di masjid-masjid di Singapura. Lihat Haji Osman Jantan (2005), Pedoman Tafsir (Juz Amma). Singapura: Pustaka Nasional.
[49] Lihat Haji Osman Jantan (2001), Pedoman Muamalat dan Munakahat. Singapura: Pustaka Nasional.
[50] Lihat Haji Osman Jantan (1986), Pedoman Ilmu Tauhid. Singapura: Pustaka Nasional.
[51] Lihat Haji Osman Jantan (1965), Islam Hari Ini dan Esok. Singapura: Pustaka Nasional.

Selasa, 14 April 2009

PROF. DR. SYUHUDI ISMAIL: TOKOH HADITH KEBANGGAAN INDONESIA

Dr. Muhammad Syuhudi Ismail dilahirkan di Lumajang, Jawa Timur, pada tanggal 23 April 1943. Setelah menamatkan Sekolah Rakyat Negeri di Sidorejo, Lumajang, Jawa Timur (1955), ia meneruskan pendidikannya ke Pendidikan Guru Agama Negeri (PGAN) 4 tahun di Malang (tamat 1959); Pendidikan Hakim Islam Negeri (PHIN) di Yogyakarta (tamat 1961); Fakultas Syari'ah, Institut Agama Islam Negeri (IAIN) "Sunan Kalijaga" Yogyakarta, Cabang Makassar (kemudian menjadi IAIN "Alauddin" Makassar), berijazah Sarjana Muda (1965); Fakultas Syari'ah IAIN "Alauddin" Ujungpandang (tamat 1973); Studi Purna Sarjana (SPS) di Yogyakarta (Tahun Akademi 1978/1979), dan Program Studi S2 pada Fakultas Pascasarjana IAIN "Syarif Hidayatullah" Jakarta (tamat 1985).

Mengenai riwayat pekerjaannya, ia pernah menjadi pegawai Pengadilan Agama Tinggi (Mahkamah Syar'iyyah Propinsi) di Ujungpandang (1962-1970); Kepala Bagian Kemahasiswaan dan Alumni IAIN "Alauddin" Ujungpandang (1973-1978); Sekretaris KOPERTAIS Wilayah VIII Sulawesi (1974-1982), dan Sekretaris Al-Jami'ah IAIN "Alauddin" Ujungpandang (1979-1982). Dalam pada itu, ia aktif pula berkecimpung di bidang pendidikan, terutama dalam kegiatannya sebagai staf pengajar di berbagai perguruan tinggi Islam di Ujungpandang, antara lain pada Fakultas Syari' ah IAIN "Alauddin" Ujungpandang (sejak 1967); Fakultas Tarbiyah UNISMUH Makassar di Ujungpandang dan Enrekang (1974-1979); Fakultas Ushuluddin dan Syari'ah, Universitas Muslim Indonesia (UMI) Ujungpandang (1976-1982), dan pada Pesantren IMMIM Tamalanrea, Ujungpandang (1973-1978).

Di samping tugas-tugasnya sebagai pegawai dan pengajar, penulis giat pula dalam membuat karya-karya tulis dalam bentuk makalah, penelitian, bahan pidato, artikel, maupun diktat, baik untuk kepentingan kalangan IAIN "Alauddin" sendiri, atau untuk forum ilmiah lainnya, juga untuk dimuat dalam majalah atau suratkabar yang terbit di Ujungpandang atau di Jakarta. Bahkan telah ada pula karya tulisnya yang telah diterbitkan sebagai buku teks, seperti Pengantar Ilmu Hadis dan Menentukan Arah Kiblat dan Waktu Salat (keduanya diterbitkan di Bandung, 1987). Buku Kaedah Kesahihan Sanad Hadis: Telaah Kritis dan Tinjauan dengan Pendekatan llmu Sejarah yang sedang anda hadapi ini berasal dari disertasi penulis untuk meraih gelar Doktor dalam bidang Ilmu Hadis pada Fakultas Pascasarjana IAIN "Syarif Hidayatullah" Jakarta (Program Studi S3, tamat 1987).


Sementara itu, banyak pula makalah-makalah yang telah penulis susun, baik yang ditulis selama ia mengikuti Studi Purna Sarjana di Yogyakarta maupun ketika ia mengikuti program-program S2 dan S3 di Jakarta. Ia juga turut menyumbangkan 13 judul entry untuk Ensiklopedi Islam (Proyek Peningkatan Prasarana dan Sarana Perguruan Tinggi Agama/IAIN, Direktorat Jenderal Pembinaan Kelembagaan Agama Islam, Departemen Agama RI, Jakarta, 1987/1988).
Tugas formal penulis dewasa ini adalah sebagai staf pengajar (Pembina/Lektor) pada Fakultas Syari'ah IAIN "Alauddin" Ujungpandang.

Beliau meninggal dunia tahun 1995. Semoga Allah menempatkan arwahnya bersama para Nabi, Salihin dan Siddiqin, amin!

Dikutip dari Biografi Buku KAEDAH KESAHIHAN SANAD HADIS:
Telaah Kritis dan Tinjauan dengan Pendekatan Ilmu Sejarah
oleh Prof. Dr. H.M. Syuhudi Ismail
Cetakan Kedua, 1415 Hijriyah/1995
ISBN 979-418-134-X
Hak Cipta (c) M. Syuhudi Ismail
Diterbitkan oleh PT. Bulan Bintang
Jalan Kramat Kwitang I No.8 Jakarta 10420

PENGAJIAN HADITH DI IAIN IMAM BONJOL PADANG:
SEBUAH PENGANTAR

Oleh: Jannatul Husna*


PENDAHULUAN

Padang merupakan daerah bandar sekaligus menjadi ibu negeri kepada provinsi (wilayah) Sumatera Barat, Indonesia (1975). Tidak banyak maklumat yang menceritakan tentang sejarah awal kewujudan kota ini. Namun, pada abad ke-14 Kota Padang telah dikenali sebagai kampung nelayan dengan sebutan Kampung Batung. Sistem pemerintahan yang diguna tatkala itu ialah sistem pemerintahan Nagari, yang diperintah oleh Penghulu Delapan Suku. Pada tahun 1667 Belanda mendapatkan izin untuk mendirikan daerah pelabuhan pertama di sini, melalui kesefahaman dengan penghulu terkemuka "Orang Kayo Kaciak". Sungai Batang Arau yang terdapat disini menjadi titik awal pertumbuhan kota Padang sebagai kota pelabuhan dan perdagangan. Pelabuhan tersebut terkenal dengan nama Pelabuhan Muaro.[1]

Selama berabad-abad (hingga dekad ke-16) Kota ini dikuasai oleh Kerajaan Pagaruyung yang berpusat di Luhak Tanah Datar. Setelah itu, kekuasaan beralih kepada Kerajaan Aceh. Seabad berikutnya (kurun ke-17), Kompeni Belanda menemukan daerah ini. Melihat posisinya yang strategik untuk residen dan perhubungan, maka kalangan imperialis itu meyakinkan pemuka Bandar tempatan untuk membebaskan diri daripada pengaruh Kerajaan Aceh. Semua taktik licik itu terbaca akhirnya oleh masyarakat, sehingga pecahlah pemberontakan melawan penjajah Belanda (7 Ogos 1669). Tarikh tersebut akhirnya menjadi tonggak awal kelahiran Kota Padang.[2]

Ketika ini, Kota Padang telah tumbuh dan berkembang sebagai bandar perniagaan, lokasi pelancongan, pusat pentadbiran dan lembah ilmu pengetahuan. Sebagaimana layaknya kota-kota besar lainnya di Indonesia, rona kemajuan yang memberangsangkan itu didukung sepenuhnya oleh kemudahan-kemudahan awam yang wujud di Ranah Bundo ini.[3] Seperti wujudnya pelabuhan kapal laut di Teluk Bayur dan Bandar Udara Antarabangsa Minangkabau (BIM). Hal ini tentu turut memberikan impak yang besar bagi kemajuan pendidikan di daerah ini.

Meskipun destinasi pendidikan anak-anak Nusantara tidak tertuju lagi ke tempat ini. Sebagaimana era Haji Abdul Karim Amrullah, Syeikh Abdullah Ahmad, Prof. Dr. Hamka, M. Natsir dan beberapa generasi setelahnya—yang menjadikan Ranah Minang secara amnya sebagai pilihan tempat menuntut. Namun, percambahan Institusi pendidikan tetaplah ada, baik milik kerajaan mahupun swasta, dari peringkat dasar sehingga kepada peringkat Ijazah Tingi (Universiti). Untuk Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ada empat Institusi iaitu Universiti Andalas (UNAND), Sekolah Tinggi Ilmu Kesehatan (STIKES), Universiti Negeri Padang (UNP—dulu Institut Keguruan dan Ilmu Pendidikan—IKIP) dan IAIN Imam Bonjol.

Dalam artikel ini akan diulas beberapa persoalan mengenai Institusi yang disebutkan terakhir diatas. Diantaranya mengenai sejarah penubuhan IAIN Imam Bonjol: Selayang Pandang, pelaksanaan Tri Darma Perguruan Tinggi (Matlamat IAIN Imam Bonjol) dan Pengajian Hadith di IAIN Imam Bonjol.

IAIN IMAM BONJOL: SELAYANG PANDANG

IAIN adalah singkatan kepada Institut Agama Islam Negeri (the State Islamic Institute). Sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Awam yang mengkhususkan kajiannya kepada pengembangan dan pendalaman subjek-subjek keIslaman. Melaksanakan tugas pengajarannya mulai daripada peringkat Ijazah Dasar (S1-Sarjana Muda) sehingga kepada peringkat Ijazah Lanjutan (S3-Kedoktoran). Institusi kebanggaan umat Islam Sumatera Barat ini dipimpin oleh seorang rektor dengan dibantu oleh beberapa orang timbalannya. Sementara unsur-unsur pelaksana teknikal dan pengajaran, terdiri daripada pejabat Fakulti (Dekan dan para pembantunya), pusat penyelidikan dan lembaga pengabdian masyarakat.

Sebelum dikenali sebagai IAIN, ianya sering disebut dengan perkataan Arab iaitu al-Jami’ah al-Islamiyah al-Hukumiyah. Tetapi tradisi itu tidak berkekalan sampai ke hari ini. Penyebutan kata Imam Bonjol diakhir nama Institusi tersebut, dimaksudkan sebagai penghargaan kepada pejuang kemerdekaan Indonesia, Tuanku Imam Bonjol.[4] Hal ini lumrah berlaku dalam penyebutan nama setiap Institusi Islam di Indonesia. Dengan mengekalkan nama pejuang Islam daerah tempat Sekolah Tinggi itu ditubuhkan, kecuali IAIN Sumatera Utara.[5]

Penubuhan IAIN Imam Bonjol Padang tidak terlepas daripada perkembangan Islam di Ranah Minang yang kian rancak. Tokoh-tokoh masyarakat tempatan—sebagaimana juga di daerah lain—menginginkan adanya Institusi Pengajian Tinggi Islam awam yang melaksanakan pendidikan berterusan di ranah sendiri. Kewujudan IAIN Sunan Kalijaga di Yogyakarta (1960) dan IAIN Syarif Hidayatullah di Jakarta (1963) terasa kurang menyahut aspirasi masyarakat Sumatera Barat khasnya. Selain tempatnya yang jauh, tentulah akan memunculkan kesukaran baru bagi para penuntut daerah di luar Jawa.

Oleh itu, melalui Keputusan Menteri Agama Republik Indonesia Nombor 77 tahun 1966, IAIN Imam Bonjol Padang secara rasmi diasaskan sebagai Institusi Pengajian Tinggi Islam Awam (tertanggal 29 November 1966).[6] Pada peringkat awal, pusat pentadbiran dan pengajaran IAIN Imam Bonjol dilangsungkan di Jalan Sudirman No. 15 Padang (sekarang menjadi kampus Pasca Siswazah bagi program master dan Ijazah Kedoktoran). Bila bangunan baru selesai dikerjakan, maka proses pengajaran dipindahkan ke Jalan Prof. Mahmud Yunus No. 1, Lubuk Lintah, Padang 25153 Sumatera Barat. Kerana kawasan kampus ini cukup besar dan boleh menampung ramai pelajar, maka pendidikan S1-Sarjana Muda, diadakan di sini.

Dengan Surat Keputusan Menteri Agama, kala itu IAIN Imam Bojol masih lagi mempunyai empat Fakulti: Fakuli Tarbiyah di Padang, Fakulti Usuluddin di Padang Panjang, Fakuli Syari'ah di Bukit Tinggi, dan Fakulti Adab di Payakumbuh.Dalam beberapa tahun kemudian, IAIN Imam Bonjol Padang semakin bertambah jumlah Fakultinya, iaitu dengan ditubuhkannya Fakulti Dakwah di Solok (1968), dan Fakulti Tarbiyah di Batusangkar (1971). Pada 1973 kedua Fakulti cabang di Padang Sidempuan bergabung dengan IAIN Sumatera Utara. Sejak tahun 1976, lima Fakulti (Adab, Dakwah, Syari'ah, Tarbiyah, dan Usuluddin) sudah dipusatkan di Padang. Tapi keberadaan Fakulti Syari’ah di Bukit Tinggi dan Fakulti Tarbiyah di Batusangkar masih dipertahankan sebagai dua Fakulti cabang. Pada 1997, Pemerintah melepaskan semua Fakulti-fakulti cabang dari IAIN tersebut, dan meresmikan berdirinya 33 STAIN di Indonesia. Sementara itu, IAIN Imam Bonjol Padang --salah satu dari 14 IAIN di Indonesia-- sudah memiliki lima Fakulti di Kota Padang.[7]

Sampai tahun 2002, IAIN Imam Bonjol telah melahirkan seramai 17. 634 graduan. Baik untuk peringkat diploma (D3), Sarjana Muda (S1), mahupun Ijazah Sarjana (S2). Bagaimanapun pelaksanaan pengajian lanjutan di IAIN Imam Bonjol sampai waktu berkenaan telah dikendalikan oleh para pensyarah yang berkelayakan dibidangnya. Meskipun masih ramai diantara mereka yang berijazah Sarjana Muda Lengkap (Doktorandus), namun tidak sedikit juga yang lepasan Sarjana dan Kedoktoran mengajar di kampus dengan keluasan 95.335 m² ini. Sebanyak 116 orang berkelulusan Sarjana Muda Lengkap, 117 orang berkelulusan Sarjana dan 25 orang lepasan program Ph.D.[8]

Saat ini (2009) IAIN Imam Bonjol Imam Padang diterajui oleh kepemimpinan Rektor, Prof. Dr. Hj. Sirajuddin Zar, MA.[9] (pakar bidang Falsafah dan Pemikiran Islam). Dia dibantu oleh beberapa orang timbalannya, iaitu Prof. Dr. Hj. Salmadanis, M.Ag.[10] (pakar bidang Dakwah dan Ilmu-ilmu Sosial--Purek 3), Dr. Hj. Buchari M. M.Ag.[11] (pakar dalam bidang Hadith dan ‘Ulum al-Hadith--Purek 2), serta Prof. Dr. Hj. Syafruddin Nurdin, M.Pd.[12] (pakar dalam bidang Pendidikan--Purek 1).

MATLAMAT IAIN IMAM BONJOL

Sebagaimana Institusi Pengajian Tinggi lain di Indonesia, IAIN Imam Bonjol mempunyai matlamat yang sama iaitu melaksanakan Tri Darma Perguruan Tinggi. Aspek-aspek tersebut ialah melaksanakan proses pendidikan dan pengajaran, penyelidikan serta pengabdian terhadap masyarakat.[13] Proses pendidikan dan pengajaran dilakukan dalam bentuk kuliah semester (6 bulan), dengan bilangan (pengambilan) subjek yang telah diatur oleh pihak rektorat-canselori (iaitu SKS-Sistem Kredit Semester). Adapun aspek penyelidikan dilaksanakan dengan ketentuan, membuat tugas akhir ilmiah. Bagi pelajar Sarjana Muda (S1) dikenali sebagai skripsi, sedangkan bagi peringkat master (S2) dan Ijazah Kedoktoran (S3) disebut sebagai tesis dan disertasi.

Sementara untuk aspek pengabdian masyarakat, IAIN Imam Bonjol mewajibkan setiap pelajarnya untuk melakukan dakwah Islam, organisasi, aktiviti sosial dan kegiatan ilmiah lainnya. Perkara ini harus dibuktikan dalam bentuk sijil, surat keputusan (surat akuan) daripada pihak-pihak berkaitan. Kalau tidak boleh menunjukkan sertifikat tersebut, maka SKEK (Surat Keterangan Ekstra Kurikuler) dianggap tidak melayakkan pelajar terbabit untuk ke sidang munaqashah tugas akhir ilmih atau majlis konvokesyen. Lebih dari itu adalah pengabdian terhadap masyarakat dijalankan dengan subjek Kuliah Kerja Nyata (KKN). Subjek lapangan ini dilaksanakan selama tiap-tiap bulan Ramadan tiba, di kampung-kampung terpinggir, dimana dakwah Islam dan perkembangan ilmu pengetahuan belum begitu hebat. Kegiatan itu masih terus lagi dikekalkan hingga ke hari ini. Memandangkan manfaatnya yang amat besar bagi keelokan pemahaman masyarakat terhadap nilai-nilai Islam.

Azyumardi Azra pernah menulis bahawa sejak ditubuhkannya, IAIN (secara amnya) mempunyai dua tanggungjawab iaitu tanggungjawab akademik-intelektual dan sosial terhadap lingkungannya. Pengarah Sekolah Pasca Siswazah UIN Syarif Hidayatullah itu mengulas,

Thus, the IAIN since its establishment has shouldered two fundamental responsibilities: the advancement of Islamic intellectual discourse and betterment of the Muslims’ understanding of their own religious practices. In other words, the IAIN has undertaken both an academic role (as an educational institution aiming to improve the quality of Muslim intellectual discourse) and a social role (as a religious institution for da’wah).[14]

Ertinya: Dengan demikian, IAIN sejak penubuhannya telah menjalankan dua tanggung jawab pokok: peningkatan wacana (diskursus) intelektual Islam dan perbaikan kearah kepahaman orang-orang Islam terhadap amalan-amalan agama mereka sendiri. Dengan kata lain, IAIN telah melakukan keduanya sekaligus iaitu peranan akademik (sebagai sebuah Institusi pendidikan yang bertujuan untuk menggalakkan kualiti diskursus intelektual Muslim) dan peranan sosial (sebagai sebuah insitusi agama bagi pengembangan dakwah).

Dalam keterangan Azra diatas, sama sekali tidak disentuh secara jelas peranan IAIN sebagai organisasi penyelidikan ilmu pengetahuan. Namun, bukan bererti tanggung jawab itu luput sama sekali. Menurut hemat penulis, kategori itu sengaja tidak disebutkan oleh Putra Lubuk Alung itu, kerana peranannya yang terlalu kecil dalam bidang berkenaan. Apatahlagi kampus-kampus Islam di Indonesia belum ada yang dinaik taraf menjadi Universiti Penyelidikan (Research University). Situasi ini semakin songsang dan bertindih (overlapping), kerana wujudnya Lembaga Penelitian dan Pengembangan (Litbang), baik tingkat Nasional sehingga ke daerah-daerah. Akibatnya, pertembungan aktiviti penyelidikan tidak dapat dielakkan bagi dunia kampus. Lagipun peruntukan budget (anggaran belanjawan) daripada pihak kerajaan dan NGO-NGO tidak begitu memberangsangkan ilmuan Islam untuk menjalankan kerjaya ilmiahnya.

Sekiranya tugas penyelidikan itu diserahkan utuh kepada komuniti kampus, maka masalah keagamaan dan sosial lainnya—yang beredar di persekitaran—boleh diredakan. Fungsi penyelidikan inilah yang sering muram di kalangan Sarjana Islam Indonesia amnya, IAIN Imam Bonjol Padang khasnya. Alasannya bukan kerana tidak berminat, tetapi kesukaran financial (kewangan). Termasuk untuk perbelanjaan pembuatan tesis dan dissertasi.[15]

Dalam catatan Adian Husaini—sebagaimana beliau mengutip pandangan Menteri Agama K.H. M. Dahlan (1968)—menyebutkan tujuan awal penubuhan IAIN: membasmi tachajjul dan churafat jang telah ditimbulkan oleh kelalaian kita akan adjaran Allah dan kurangnya pengertian generasi baru kita terhadap tudjuan Islam jang sutji murni.[16]

Penggalan kalimat terakhir diatas menunjukkan kepada kita, bahawa matlamat IAIN secara keseluruhan adalah untuk menjaga kemurnian ajaran Islam yang sahih dari sebarang bentuk penyelewengan pihak-pihak tertentu. Kekhawatiran akan penyelewengan itu, sedianya telah muncul bahkan tumbuh subur sekarang di ranah Institusi yang berlabelkan agama itu. Seperti wacana Sejarah Kritis Teks al-Quran oleh Taufik Adnan Amal dan Syamsu Rizal Panggabean (1989) dalam bukunya Tafsir Kontekstual al-Quran, Koreksi Terhadap Otentisitas Hadith, Hermeneutika Mazhab Yogya oleh Shahiron Shamsuddin dan kawan-kawan serta wacana lain yang terus dikembangkan oleh Komunitas Utan Kayu (Jaringan Islam Liberal) dan yang seumpama dengannya.[17]

Kelalaian umat Islam tersebut bukan berpunca daripada ajaran-ajaran khurafat dan takhayul semata-mata, akan tetapi kelalaian tersebut, disebabkan oleh ekoran umat Islam terlalu mengikut Barat dan orientalis secara serta merta, tanpa kritikal. Akibatnya dapat dipastikan, timbulnya pentafsiran sonsang dan mengelirukan masyarakat muslim. Kelompok-kelompok pro-Barat tersebut tidak lagi berpaksikan ajaran al-Quran yang sahih, bahkan mengabaikan landasan Sunnah Rasulullah s.a.w..


PENGAJIAN HADITH DI IAIN IMAM BONJOL


Kajian ini akan memfokuskan kepada subjek 'Ulum al-Hadith dan Hadith yang diajarkan tahun akademik 2000-2006, di Jabatan al-Quran dan al-Hadith (dikenali sebagai Jurusan Tafsir Hadith) Fakulti Usuluddin, IAIN Imam Bonjol Padang. Penyelidikan ini juga lebih menumpukan kajiannya kepada metode pengajaran yang diberlakukan terhadap pelajar Tafsir Hadith peringkat Sarjana Muda sahaja. Diluar perbahasan dan ruang lingkup tersebut akan diabaikan.

Dari sepuluh IAIN dan lima UIN di seluruh Indonesia, prestasi IAIN Imam Bonjol masih cukup membanggakan untuk wilayah Sumatera dan sekitarnya.[18] Penekanan kepada beberapa aspek atau penonjolan salah satu diantara cawangan-cawangan keilmuan yang ditawarkan, sedianya berlaku di sini walaupun tidak begitu ketara. Untuk konteks IAIN Ar-Raniri, misalnya—sebagai IAIN tertua (1964) di Sumatera—lebih menitikberatkan kepada kajian-kajian Hukum Islam. Hal ini dapat dimaklumi, kerana kepentingan masyarakat dan pihak Kerajaan Negeri Aceh yang sedang giatnya menyusun perundangan otonomi khasnya (pemberlakuan Syari’at Islam). Untuk IAIN lain di Sumatera, belum tampak penonjolan yang bererti termasuklah IAIN Imam Bonjol.

Penekanan kajian bagi IAIN Imam Bonjol terlihat pada Fakulti Tarbiyah dan Syari’ah. Banyaknya pelajar yang memilih kedua-dua bidang ini, disebabkan oleh beberapa alasan. Termasuk kerana wilayah kerja dua cawangan ilmu ini lebih luas dibandingkan dengan kepakaran bidang Usuluddin, Adab dan Dakwah Islam.[19] Selain itu, pakar-pakar (Profesor-Guru Besar) bidang Pendidikan Islam dan Syari’ah lebih banyak jika dibandingkan dengan bidang selainnya. Kerana itu, IAIN Imam Bonjol telah membuka dua cawangan ilmu ini sampai ke peringkat Ijazah Kedoktoran.

Meskipun penekanan terhadap pengajian Hadith di Kampus Lubuk Lintah dan Jalan Sudirman ini tidak begitu terserlah. Akan tetapi Institusi ini memiliki ciri khas tersendiri dalam pengajian Hadith. Diantaranya ialah wujudnya praktikal Takhrij Hadith selama beberapa semester pengajian (Subjek Takhrij al-Hadith dan Praktikum Tafsir dan Hadith). Maklumat Hadith yang akan ditakhrij itu, didapatkan di seberang masjid dan majlis-majlis pengajiian keIslaman. Setelah Hadith-hadith didapatkan dari berbagai tempat tersebut, maka dibuatlah kajian kepustakaan dengan meneliti kitab rijal, aspek ketersambungan sanad, 'adalat al-sahabah bahkan sampai kepada kritik matan dia sekali.

Peneraju kepada subjek-subjek Hadith dan ‘Ulum al-Hadith diatas adalah Prof. Dr. Edi Safri[20] (menulis tesis Ph.D-nya di IAIN Syarif Hidayatullah Jakarta tentang Metode Imam al-Shafi’i dalam Melerai Hadith-hadith Bercanggah (Mukhtalif al-Hadith)) dan Dr. Hj. Buchari M. M.Ag.[21] (menulis tesis Ph.D-nya di UIN Syarif Hidayatullah Jakarta [2002], tentang Metode Kritik Matan dalam Hadith). Disamping itu masih ada pensyarah-pensyarah lain, seperti Encik Adriansyah N.Z., MA. (yang menulis Disertasi Masternya tentang Metode Ibn Khuzaimah dalam Kitab Sahihnya), Encik Faizin MA., Encik Maizuddin M.Ag. dan Puan Dra. Sri Chalida M.Ag..

Mengenai kurikulum yang diajarkan di Jabatan al-Quran dan al-Hadith IAIN Imam Bonjol hampir sama dengan IAIN lain, kerana silabus kuliah itu merata (berlaku) secara Nasional. Untuk Jabatan Tafsir Hadith diajarkan pertama kali subjek Hadith dan 'Ulum al-Hadith pada semester ke-tiga tahun kedua pengajian. Iainya menerusi kursus USH 31103 'Ulum al-Hadith I. Begitulah seterusnya sehingga ke semester ketujuh; Semester keempat ditawarkan subjek USH 41109 Hadith I dan II serta subjek THU 41112 'Ulum al-Hadith II. Sementara untuk semester lima, pelajar didedahkan dengan kursus THU 51104 Hadith III, THU 51102 'Ulum al-Hadith III dan IV dan THU 51215 Membahas Kitab Hadith (MKH). Bagi semester enam pula, mahasiswa diajarkan maddah THU 61104 Hadith IV dan yang paling mencabar subjek THU 63201 Takhrij al-Hadith.[22] Untuk semester pengajian yang ketujuh, pelajar Jabatan Tafsir Hadith kembali didedahkan dengan tiga subjek hadith iaitu THU 73202 Studi Naskah (Hadith), THU 74205 Praktikal Tafsir dan Hadith serta THU 71104 Hadith V.[23] Adapun untuk semester pertama dan kedua pengajian, sengaja belum dibebankan dengan pengajian Hadith ataupun ilmunya. Oleh kerana, setiap pelajar disiapkan untuk menguasai ilmu-ilmu alat. Pada ketika ini pelajar mengambil kursus seperti INS 13103 Bahasa Arab I (secara intensif, kelas petang), INS 23103 Bahasa Arab II (secara intensif, kelas petang). Sementara untuk semester pamungkas (semester kedelapan), dimana pelajar hampir menamatkan masa belajarnya. Justru, waktu ini sengaja tidak dibebankan tajuk-tajuk kursus, kerana memandangkan masa pelajar banyak dihabiskan untuk penulisan skripsi (latihan ilmiah).

Sementara untuk kitab-kitab muktabar yang digunakan dalam pengajian Hadith dan ’Ulum al-Hadith Jabatan Tafsir Hadith, diantaranya ialah: ‘Ulum al-Hadith oleh Muhammad ‘Ajjaj al-Khatib; Taysir Mustalah al-Hadith Mahmud al-Tahhan; al-Hadith wa al-Muhaddithun Muhammad Abu Zahw; Kutub al-Sittah oleh Imam-imam Hadith: Bukhari, Muslim, Abu Dawud, al-Tirmidhi, al-Nasa’i dan Ibn Majah; Fath al-Bari Sharh Sahih al-Bukhari oleh Ibn Hajar al-‘Asqalani; Tuhfat al-Ahwadhi bi Sharh Jami’ al-Tirmidhi oleh Muhammad Abd al-Rahman al-Mubarakfuri, dan masih banyak lagi. Meskipun pengajian di Jabatan Tafsir Hadith membahas berbagai-bagai kitab Hadith seperti telah disebutkan, akan tetapi tidak sampai mengkhatamkan seluruh perbahasan yang ada di dalam kitab tersebut secara total. Hal ini kerana mengingat peruntukan masa yang amat terhad disamping banyaknya subjek lain yang mesti diajarkan.

Mengenai metode penyampaian subjek-subjek kuliah, berlaku seperti tradisi pengajian di kampus-kampus lain di Indonesia. Metode diskusi dan perdebatan di dalam kelas, pembentangan kertas kerja (makalah), dimana para pelajar mendapatkan kesempatan yang besar untuk mengemukakan gagasan dan ideanya dalam bentuk soal-jawab. Sementara pensyarah hanya sekedar memberikan pandangan dan penambahbaikan terhadap masalah yang tengah dipaparkan pemakalah dan anggota sidang kuliah. Selain itu, metode membaca kitab-kitab turath dari kulit ke kulit dalam sesuatu tajuk atau isu yang dikehendaki oleh kurikulum pengajian turut diadakan. Perkara ini dimaksudkan bagi menguji kelayakan dan meninjau sejauh mana kemampuan pelajar menguasai kitab-kitab gundul (tidak berbaris). Kebiasaanya, bila permulaan semester dan masa terakhir kuliah, pensyarah bakal menggunakan metode ceramah, dimana para pelajar menerima pandangan dan matlamat selama pengajian berlangsung. Berikutnya, pensyarah akan membuka sesi soalan untuk menampung permasalahan yang diajukan oleh pelajar, baik berkaitan dengan subjek pengajian mahupun perkara lain yang tidak berkait langsung dengan wawasan kursus berkenaan. Dari sekian banyak metode di atas, yang mampu memberi impak sangat besar bagi perkembangan dinamisasi pemikiran mahasiwa adalah metode diskusi dan perdebatan bahkan dengan pensyarah sekalipun.

Semua perjalanan kuliah bukan tidak mempunyai tantangan. Diantara tantangan yang hebat dan terkini ialah penguasaan terhadap kajian Hadith berpaksikan ICT dikalangan pelajar bahkan pensyarah. Para pelajar Jabatan Tafsir Hadith IAIN Imam Bonjol belum begitu familiar (akrab) dengan teknologi maklumat yang satu ini. Disamping kemampuan finansial (kewangan) kampus sebagai punca kepada berlakunya kes terbabit. Oleh itu, perkembangan metode pengajian Hadith versi e-e-learning, adec perlu ditubuhkan bagi menghadapi cabaran globalisasi moden.[24] Diakui bahawa koneksi internet yang mesra sebagaimana dijumpai di Universiti Malaya dan ramai Universiti di Malaysia belumlah didapati di Institusi kebanggaan Ranah Minang tersebut.


KESIMPULAN


Padang sebagai bahagian wilayah Minangkabau sememangnya telah menjadi pusat pengajian Islam serantau. Kecemerlangan daerah ini dalam menerajui dakwah dan pendidikan Islam terserlah sampai ke seantaro dunia. Tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan Indonesia dan Ulama tempatan boleh membuat generasi hadapan di Ranah ini berdecak kagum. Meskipun tantangan yang mereka warisi tidaklah ringan. Buya Hamka, M. Natsir adalah diantara contoh Tokoh lokal yang hadir di sini. Dengan karya, mereka telah mampu menerangi dunia. Pertanyaannya sekarang, siapakah penerus cita-cita tersebut yang masih tersisa?

IAIN Imam Bonjol sebagai Institusi Islam diharapkan mampu menjawab tantangan itu. Tidak perlulah mengejar pengiktirafan sebagai Universiti Islam Negeri (UIN) sepertimana IAIN lain di Indonesia. Kerana yang demikian malah akan melunturkan semangat (khittah) awal penubuhan IAIN itu sendiri. Peningkatan kualiti perlu terus diperhatikan, baik dari penjaringan pelajar, peningkatan kualiti pensyarah, pihak-pihak pegawai pengurusan dan pentadbiran. Disamping itu, semua pimpinan IAIN Imam Bonjol di setiap levelnya (mulai dari pihak Rektor sehingga ke Ketua Jabatan) mesti berani membuat kebijakan dan mempunyai jaringan global (antarbangsa).

Pengajian Hadith walaupun tidak menjadi icon pengajian Islam di IAIN Imam Bonjol Padang. Namun ianya memiliki beberapa keunikan metode yang tidak ditemui dalam perbahasan subjek lain bahkan di beberapa Institusi Islam di Indonesia. Semisal metode Takhrij al-Hadith dan Metodologi Penyelidikan Hadith. Namun pengajian terhadap Warisan Nabawi tersebut masih perlu dipertingkatkan lagi, diantaranya melalui pengajian Hadith dengan pengurusan maklumat (ICT). Seperti yang justru kita temui di Universiti Malaya dengan versi e-learningnya dan yang terbaru, di Universiti Sains Islam Malaysia dengan penubuhan satu Jabatan khas, iaitu Jabatan Pengajian Sunnah dengan Pengurusan Maklumat. Pengajian dengan Pengurusan Teknologi Maklumat ini tentu, bukan sahaja didedahkan kepada pihak pelajar, akan tetapi perlu juga diperkenalkan kepada para pensyarah. Demikian, wallahu a’lam.



BIBLIOGRAFI

BUKU DAN PROSIDING SEMINAR

Adian Husaini (2005), Wajah Peradaban Barat: Dari Hegemoni Kristen ke Dominasi Sekular-Liberal. Jakarta: Gema Insani Press

____________ (2006), Hegemoni Kristen-Barat dalam Studi Islam di Perguruan Tinggi. Jakarta: Gema Insani Press

Adnin Armas dan Arif Anggoro (2003), Pengaruh Kristen-Orientalis Terhadap Islam Liberal: Dialog Interaktif dengan Jaringan Islam Liberal. Jakarta: Gema Insani Press

Azyumardi Azra (2004), “The Making of Islamic Studies in Indonesia”, dalam Abd. Samat Musa (eds.), Islamic Studies in World Institutions of Higher Learnig: Issues and Challenges in the Era of Globalization. Kuala Lumpur: Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM)

Kafrawi Ridwan (eds.) (1999). Ensiklopedi Islam. jil. 2. cet. 5. Jakarta: PT. Ichtiar Baru Van Hoeve

Mahmud Junus (1379H/1960), Sedjarah Pendidikan Islam di Indonesia. Djakarta: Pustaka Mahmudijah

Mohd Zohdi Mohd Amin (et.al.) (2007), “Pengajian Hadith di IPTA: Cabaran di Era Globalisasi”, dalam Robiatul Adawiyah Mohd @ Amat (eds.), Prosiding Seminar Warisan Nabawi “Sunnah Aplikasi dan Cabaran Semasa”. Bandar Baru Nilai: Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)


LAMAN WEB

Adian Husaini (27 Juli 2007), Tujuan Didirikannya IAIN, http://hidayatullah.com/,
5 Mac 2009

Dr. H. Buchari M. M.Ag., http://www.pasca-iainib.ac.id/index.php/Dr.-H.-Buchari-M.-M.-Ag.html, 10 Mac 2009

Imam Bonjol, http://id.wikipedia.org/wiki/Imam_Bonjol/, 5 Mac 2009

Laman Web Rasmi Ditpertais, http://ditpertais.net/regulasi/domlit/02.asp/, 5 Mac 2009

Laman Web Rasmi Insist,
http://insisnet.com/index.php?option=com_content&task=view&id=28&Itemid=26/ 13 Februari 2009

Laman Web Rasmi Kota Padang, http://www.padang.go.id/v2/content/view/5/70/,
5 Mac 2009

Prof. Dr. Edi Safri, http://www.pasca-iainib.ac.id/index.php/Prof.-Dr.-Edi-Safri.html,
10 Mac 2009

Prof. Dr. H. Sirajuddin Zar, MA., http://www.pasca-iainib.ac.id/index.php/Prof.-Dr.-H.-Sirajuddin-Zar-MA.html, 11 April 2009

Prof. Dr. H. Salmadanis, M.Ag., http://www.pasca-iainib.ac.id/index.php/Prof.-Dr.-H.-Salmadanis-M.-Ag.html, 11 April 2009

Prof. Dr. H. Syafruddin Nurdin, M.Pd., http://www.pasca-iainib.ac.id/index.php/Prof.-Dr.-H.-Syafruddin-Nurdin-M.Pd.html, 11 April 2009

Profil IAIN Padang, http://www.minangforum.com/showthread.php?p=19304,
10 April 2009

Program yang Ditawarkan,
http://www.usim.edu.my/v7/index.php?option=com_content&view=article&id=110&Itemid=174, 11 April 2009


NOTA KAKI

[1] Lihat profil lengkapnya dalam laman web rasmi http://www.padang.go.id/v2/content/view/5/70/, 5 Mac 2009.
[2] Ibid.
[3] Ranah Bundo adalah diantara sebutan lain bagi Ranah Minangkabau. Perkataan itu diharapkan mampu mengingatkan peran perempuan di tempat itu, sebagai pelaku sejarah adat resam dan pelaku sejarah sosial.
[4] Tuanku Imam Bonjol (Muhammad Shahab) lahir di Bonjol, Pasaman Sumatera Barat tahun 1772 dan wafat di Pineleng, Minahasa pada 6 November 1864. Lihat laman web http://id.wikipedia.org/wiki/Imam_Bonjol, 5 Mac 2009.
[5] Kafrawi Ridwan (eds.) (1999). Ensiklopedi Islam. jil. 2. cet. 5. Jakarta: PT. Ichtiar Baru Van Hoeve, h. 230.
[6] IAIN Imam Bonjol bukanlah Sekolah Tinggi Islam pertama di Sumatera Barat. Kerana jauh sebelum itu (1940), Persatuan Guru Agama Islam (PGAI) pimpinan Abdullah Ahmad telah pun mengasaskan penubuhan Sekolah Tinggi Islam (STI) di Padang. Lihat Kafrawi Ridwan, ibid., h. 232.

Menurut catatan Mahmud Yunus, sebagai pengendali sekolah terbabit, lembaga itu bernama Sekolah Islam Tinggi. Didirikan pada 9 Disember 1940, dengan dua Fakulti: pertama, Fakulti Syari’ah; kedua, Fakulti Pendidikan dan Bahasa Arab. Menurut Tokoh pendidikan Indonesia itu pula, sekolah tersebut merupakan Perguruan Islam Tinggi terulung di Minangkabau bahkan di seluruh Indonesia. Ekoran pendudukan dan penjajahan Jepun yang kian menyudutkan posisi penyebaran serta pendidikan Islam di Indonesia, maka Sekolah Tinggi Islam berkenaan terpaksa ditutup pada bulan Mac 1942.

Setelah STI terkubur dan tidak lagi meneruskan kiprahnya, maka tahun 1953/27 Rajab 1373 diasaskanlah Universiti Islam Darul Hikmah di Bukit Tinggi yang dikenali juga dengan Perguruan Islam Tinggi Darul Hikmah. Diawal penubuhannya (1953), Sekolah Tinggi Islam ini hanya terdiri dari satu Fakulti sahaja iaitu Fakulti Hukum Islam. Presiden Universiti Islam Darul Hikmah iaitu Syeikh Ibrahim Musa, dibantu oleh dua orang timbalannya, Syeikh Abdul Hamid Hakim dan Nasruddin Thaha. Pembukaan Universiti Islam tersebut dirasmikan oleh Menteri Agama Republik Indonesia saat itu, KH. Ilyas pada 12 Oktober 1957.

Yang menarik dari Institusi ini adalah, ianya bukan sahaja melaksanakan pendidikan peringkat Sarjana Muda (Bachelor) akan tetapi sampai ke peringkat Sarjana (Master). Pada tahun 1957, Institusi berkaitan telah membuka empat Fakulti baru; Fakulti Usuluddin di Padang Panjang, al-Da’wah wa al-Irsyad di Payakumbuh, al-Fiqh wa al-Usul di Solok, Lughat al-’Arabiyyah wa al-Tarbiyah di Padang, selain Fakulti asalnya, Fakulti Hukum Islam di Bukit Tinggi.

Graduan yang menamatkan pengajian Syahadah ’Aliyah di Fakulti Hukum Islam berhak memperolehi gelar Bachelor of Islamic Law (B.I.L.). Sementara bagi sesiapa yang dapat menyelesaikan pengajian Syahadah ’Alimiyah, berhak memperolehi gelar Master of Islamic Law (M.I.L.). Bagi Fakulti Usuluddin pula, hanya ada pengajian peringkat Bachelor of Islamic Theology (B.I.T.), sedangkan Fakulti al-Da’wah wa al-Irsyad, ada pengajian Sarjana Muda dengan gelaran Bachelor of Islamic Missionary (B.I.M.) dan peringkat Sarjana, dengan gelaran Master of Islamic Missionary (M.I.M.). Di Fakulti al-Fiqh wa al-Usul ada pengajian Bachelor of Islamic Jurisprudence (B.I.J.) dan Master of Islamic Jurisprudence (M.I.J.). Sementara di Fakulti Lughat al-’Arabiyyah wa al-Tarbiyah hanya wujud peringkat pengajian Bachelor of Educatian. Lihat Mahmud Junus (1379H/1960), Sedjarah Pendidikan Islam di Indonesia. Djakarta: Pustaka Mahmudijah, h. 103-107 dan 121-123.
[7] Profil IAIN Padang, http://www.minangforum.com/showthread.php?p=19304, 10 April 2009.
[8] Ibid.
[9] Tokoh Falsafah Pemikiran Islam Sumatera Barat ini lahir di Balai Selasa Pesisir Selatan, 3 September 1953. Menyelesaikan pendidikan terakhirnya (Ph.D) bidang Falsafah Islam di IAIN Syarif Hidayatullah Jakarta tahun 1994. Sebelum menjadi Rektor (2007), beliau adalah Pengarah Program Pasca Siswazah IAIN Imam Bonjol Padang. Aktif mengajar di peringkat Sarjana dan Kedoktoran di Kampus Pasca Siswazah, Jalan Sudirman No. 15 Padang. Bidang kajian (subjek) yang beliau ajar adalah meliputi Sejarah Pemikiran dalam Islam, Falsafah Islam Moden dan Metodologi Penelitian Falsafah Islam. Lihat Prof. Dr. H. Sirajuddin Zar, MA., http://www.pasca-iainib.ac.id/index.php/Prof.-Dr.-H.-Sirajuddin-Zar-MA.html, 11 April 2009.
[10] Pakar Dakwah, bekas Dekan Fakulti Adab (2007) ini, diputerakan 24 Oktober 1959 di Tabek Patah, Batu Sangkar. Menyelesaikan pendidikan S3 (Ph.D) di UIN Syarif Hidayatullah Jakarta tahun 2002. Bidang kepakarannya adalah Ilmu Dakwah, selain itu beliau juga mengajar subjek Dakwah dalam Perspektif Quran dan Hadith. Lihat Prof. Dr. H. Salmadanis, M.Ag., http://www.pasca-iainib.ac.id/index.php/Prof.-Dr.-H.-Salmadanis-M.-Ag.html, 11 April 2009.
[11] Akan dijelaskan pada bahagian “Pengajian Hadith” berikutnya.
[12] Anak jati Padang, kelahiran 7 November 1951, tinggal di Jalan Ampang Kampung Jambak RT. 2 RW. 5 No. 13C Padang. Menyelesaikan pendidikan Doktornya (Ph.D) di Universiti Putra Indonesia (UPI) Bandung, Jawa Barat tahun 2001 dan memegang jawatan Dekan Fakulti Tarbiyah (2003-2007). Mengajar subjek Pengembangan Kurikulum. Selain itu, beliau juga mengajar Metodologi Penyelidikan Pendidikan Islam untuk peringkat Sarjana dan Ph.D. Lihat Prof. Dr. H. Syafruddin Nurdin, M.Pd., http://www.pasca-iainib.ac.id/index.php/Prof.-Dr.-H.-Syafruddin-Nurdin-M.Pd.html, 11 April 2009.
[13] Lihat laman web http://ditpertais.net/regulasi/domlit/02.asp/, 5 Mac 2009. Baca lebih lanjut tentang Tujuan Didirikannya IAIN oleh Adian Husaini (27 Juli 2007) di http://hidayatullah.com/ atau layari laman web http://insisnet.com/index.php?option=com_content&task=view&id=28&Itemid=26/, 13 Februari 2009.
[14] Azyumardi Azra (2004), “The Making of Islamic Studies in Indonesia”, dalam Abd. Samat Musa (eds.), Islamic Studies in World Institutions of Higher Learnig: Issues and Challenges in the Era of Globalization. Kuala Lumpur: Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), h. 31.
[15] Istilah Tesis digunakan di serata tempat Perguruan Tinggi di Indonesia, baik milik kerajaan mahupun swasta untuk peringkat Sarjana. Sedangkan Dissertasi merupakan satu istilah bagi karya ilmiah peringkat Ijazah Kedoktoran (Ph.D). Berbeza dengan tradisi keilmuan di Malaysia, yang menggunakan istilah tersebut dengan sebaliknya.
[16] Adian Husaini, loc.cit.
[17] Lihat Adian Husaini (2005), Wajah Peradaban Barat: Dari Hegemoni Kristen ke Dominasi Sekular-Liberal. Jakarta: Gema Insani Press dan buku Adian Husaini yang kedua (2006), Hegemoni Kristen-Barat dalam Studi Islam di Perguruan Tinggi. Jakarta: Gema Insani Press. Lihat juga Adnin Armas dan Arif Anggoro (2003), Pengaruh Kristen-Orientalis Terhadap Islam Liberal: Dialog Interaktif dengan Jaringan Islam Liberal. Jakarta: Gema Insani Press, h. 54.
[18] Sepuluh IAIN yang dimaksudkan itu ialah IAIN Sunan Ampel Surabaya (1965), IAIN Sunan Gunung Djati Bandung (1966), IAIN Walisongo Semarang (1970), IAIN Ar-Raniri Aceh (1964), IAIN Imam Bonjol Padang (1966), IAIN Sultan Thaha Syaifuddin Jambi (1967), IAIN Raden Fatah Palembang (1964), IAIN Raden Intan Bandar Lampung (1968), IAIN Antasari Banjarmasin (1964), IAIN Sumatera Utara (1973). Lima Universiti Islam Negeri (UIN) iaitu UIN Syarif Hidayatullah, UIN Sunan Kalijaga Yogyakarta, UIN Alauddin Ujung Pandang, UIN Sultan Syarif Kasim Pekanbaru, UIN Malang. Yang terakhir ini adalah pengembangan daripada Sekolah Tinggi Agama Islam Negeri Malang (STAIN).
[19] Hal serupa juga berlaku bagi kebanyakan pengajian sains sosial (termasuk takhassus hadith) di beberapa Universiti di Tanah Melayu. Mohd Zohdi dalam kertas kerjanya menulis,
“kerana bidang sastra dan sains sosial adalah mencentuskan masalah pengangguran, maka IPT perlu memikirkan graduan yang punya nilai “marketable” atau “keboleh pasaran”…jadi, bukan sahaja diharapkan mereka yang kesesuaian pengetahuan kepada dunia akademik, tetapi juga kepentingannya dalam dunia kerjaya”.
Lihat Mohd Zohdi Mohd Amin (et.al.) (2007), “Pengajian Hadith di IPTA: Cabaran di Era Globalisasi”, dalam Robiatul Adawiyah Mohd @ Amat (eds.), Prosiding Seminar Warisan Nabawi “Sunnah Aplikasi dan Cabaran Semasa”. Bandar Baru Nilai: Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), h. 183.

[20] Pakar Hadith Sumatera Barat yang satu ini, dilahirkan di Bukittinggi 18 September 1955. Menyelesaikan pendidikan terakhirnya (Ph.D) di IAIN Syarif Hidayatullah Jakarta tahun 1991 dibawah seliaan Tokoh Hadith Indonesia, Prof. Dr. Shuhudi Ismail. Bertempat tinggal di Wisma Indah 3 Blok C/2 Tabing Padang. Sekarang, selain menjadi Dekan Fakulti Usuluddin, beliau masih aktif mengajar di peringkat Sarjana Muda sehingga Ijazah Kedoktoran. Bidang kajian beliau adalah ‘Ulum al-Hadith dan Manhaj al-Muhaddithin. Lihat Prof. Dr. Edi Safri, http://www.pasca-iainib.ac.id/index.php/Prof.-Dr.-Edi-Safri.html, 10 Mac 2009.
[21] Dr. Buchari bin Mukhtar atau yang dikenali dengan Dr. Haji Buchari M. M.Ag. adalah Tokoh kelahiran Tanjung Jabung Jambi, 14 Februari 1972. Sekarang beliau tinggal di Jalan Tarandam IV/3B Padang. Bidang keahlian dan subjek pengajian yang beliau ajar di IAIN Imam Bonjol ketika ini, baik untuk peringkat Sarjana Muda mahupun kelas Ijazah Tinggi adalah ‘Ulum al-Hadith dan Metode Kritik Hadith. Lihat Dr. H. Buchari M. M.Ag., http://www.pasca-iainib.ac.id/index.php/Dr.-H.-Buchari-M.-M.-Ag.html, 10 Mac 2009.
[22] Subjek Takhrij al-Hadith merupakan subjek yang unik dan istimewa di Jabatan Tafsir Hadith IAIN Imam Bonjol Padang. Kerana ianya dilakukan di lapangan (field study), dengan menyelidiki Hadith-hadith yang digunapakai oleh para penceramah, pendidik, baik di masjid, surau ataupun madrasah-madrasah. Kemudian Hadith-hadith tersebut ditakhrij secara lengkap, baik transmisi periwayat (jalur sanad) mahupun kritik terhadap matannya sekali, dengan panduan kitab-kitab Hadith muktabar (library research).
[23] Lihat Transkrip Nilai Program Strata Satu (S1) Jabatan Tafsir Hadis Fakulti Usuluddin IAIN Imam Bonjol Padang (20 Mei 2006).
[24] Cabaran ini telah disahut oleh beberapa Universiti di Semenanjung Malaysia, diantara yang terbaru adalah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. Dengan ditubuhkannya Jabatan Pengajian Sunnah dengan Pengurusan Maklumat, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS). Lihat http://www.usim.edu.my/v7/index.php?option=com_content&view=article&id=110&Itemid=174, 11 April 2009.

* Pelajar Master al-Quran dan al-Sunnah

Akademi Pengajian Islam

Universiti Malaya Kuala Lumpur

Minggu, 29 Maret 2009

Ketika Dia Mulai Belajar Jalan

Ayah, anak kita telah mulai belajar jalan! Kadang terpeleset, jatuh dan naik lagi. Begitulah kondisi dia sekarang. Demikian, berita dari istriku tersayang beberapa hari ke belakangan ini. Senang, walau bercampur sedih, karena tak dapat menyaksikan langsung perkembangannya. Yang pasti, Aku mesti menggantinya dengan sesuatu yang jauh lebih baik dari ketiaadan itu. Catatan ini mirip dengan catatan orang kebanyakan. Menceritakan tentang siklus kehidupan.

Pagi ini, aku terima lagi berita yang mengejutkan. Dia makan sabun mandi, yah! Duuch anakku!
Untung sabun yang dimaksud masih dibungkus pembalutnya. Jadi tak terlalu memberi kesan.

Hmmmh...

Sabtu, 21 Maret 2009

Maafkan Ayah, Nak!

Luruh! Hatiku berkecai, gundah mendengar berita istri tersayang. Anak kita sedang sakit, yah! Berita sedih itu kuterima seawal pagi ini. Sebagai ayah, aku bolak-balik menghubungi mereka nun jauh di pulau sana. Menanyakan perkembagan terbaru tentang kondisi sakitnya. Hanya itu yang bisa kulakukan, disamping memberi semangat dan doa, semoga anak kita lekas sembuh, ya bunda! Sekiranya berada disampingmu, tentulah aku segera mencari penawar biar beban panas itu segera hilang. Maafkan Ayah, Nak!

Tidak biasanya kamu sakit tanpa sebab, nak? Lagian ibumu kan seorang ahli kesehatan. Dia pasti menjaga kamu melebihi penjagaan terhadap dirinya sendiri. Kenapa hari ini tiba-tiba kamu diserang demam panas? Adakah kamu sangat rindu pada kebersamaan kita, timangan ayah...

Ayah sangat tidak kuat mendengar tangismu yang manja itu. Ayah sengaja menyuruh ibumu mematikan handphone, karena ayah tak tega mendengar kamu merintih dalam sakit tanpa ayah bisa tolong lebih banyak. Mungkin kamu pantas marah, tapi kepergian ayah demi masa depan kita, lebih-lebih masa depan kamu kelak. Sungguh!

Ayah tidak mau kamu susah sepertimana ayah susah menyusuri jalan ilmu yang panjang ini. Ayah dan bunda mau kamu lebih sejahtera menapaki cita-citamu kelak. Karena itu, ayah selalu menunjukkan kecintaan dengan sungguh-sungguh dalam belajar dan bekerja. Terkadang ayah harus berhadapan dengan cibiran orang lain, yang mengatakan bahwa ayah tidak sayangkan kamu dan ibumu. Padahal Ayah sangat mencintai kamu berdua, bahkan keluarga besar kita.

Ayah berdoa untuk kesembuhan kamu: Allahumma ashfihi Anta al-shafi la shifa'a illa shifa'uka, shifa'an la yughadir saqama. Ya Allah sembuhkanlah dia, karena Engkaulah Maha Penyembuh segala penyakit...

Amin!

Sabtu, 21 Mac 2009
Kuala Lumpur

Jumat, 06 Maret 2009

How To Be A Smart Writer

Afra menulis, tentang keinginanya untuk menjadi penulis berawal dari cita-cita yang sederhana. Diantaranya:

1. Ingin Menjadi Pintar

Afra mengatakan, ilmu itu ibarat kambing-kambing yang tercerai berai berkeliaran kesana kemari. Untuk mengumpulkannya kita perlu mengikatnya. Demikian juga dengan ilmu yang masih tercerai berai dalam otak kita, maka untuk mengumpulkannya kita harus mengungkapkannya secara sistematis, sehingga menulis merupakan cara terbaik untuk melakukannya.

Hemat saya, menulis bebas ataupun sistematis harus diawali dengan membaca. Karena tidak mungkin orang dapat menulis dengan benar, kalau sekiranya tidak ada sedikit informasi di dalam kepalanya. Jauh sebelum ini, ahli hikmah pernah berkata, al-'ilm ka al-sayd qayyid suyudaka bi al-habl al-wathiqah. Ilmu itu ibarat binatang buruan (liar), maka ikatlah ilmu pengetahuan itu dengan tulisan. Sebagaimana mengikat kambing (seperti ditulis Afra) dengan tali-temali yang kuat.

2. Berdakwah Dengan Pena

Menulis sederhana lalu menempelkannya di tempat yang mudah dibaca. Bila kita menulis hal baik, maka nilai ibadah kita akan mengalir setiap kali ada orang yang membaca, apalagi bila pembaca kemudian mengamalkanya.

Hemat saya, banyak mediasi yang boleh kita manfaatkan bagi mengembangkan kreasi tulis. Dulu, orang tidak pernah berkenalan dengan dunia internet. Bahkan, untuk menulis pun terpaksa di kulit-kulit binatang, pelepah kurma (kayu) kemudian meningkat menjadi pena, lalu muncul mesin tik. Hari ini, komputer bukan lagi menjadi barang yang mewah. Karena itu, sewajarnya kalangan mutaakhkhirin lebih produktif, kreatif dalam melakar karya-karya ilmiah.

Disamping ini semua, dakwah bi al-kitabah (tulisan) akan mampu dijalankan. Jangan mengira bahwa seruan Islam itu hanya berlangsung di mimbar-mimbar khutbah. Sungguh, menulis itu adalah dakwah dan dapat merubah dunia.

Nabi s.a.w. dalam riwayat Imam al-Tirmidhi pernah bersabda, inna al-dal 'ala al-khayr ka fa'ilih (siapa yang menunjukkan (orang lain) suatu kebaikan, maka seakan-akan ia sendiri yang berbuat kebaikan (itu). (Lihat Sunan al-Tirmidhi kitab 'al-ilm 'an Rasulillah bab ma ja'a al-dal 'ala al-khayr ka fa'ilih No. Hadith 2594)

Kalau tidak mampu untuk berdakwah dengan kekuasaan (al-yad) dan kata-kata (lisan), kenapa tidak mencoba untuk menulis? Relakah kita menjadi orang yang paling rugi se-dunia?

3. Berpikir Lebih Sistematis

Saat menulis, kita memiliki kesempatan untuk mengeditnya berkali-kali sampai tulisan itu menjadi rapi. Semakin banyak kita menulis, kian baik kemampuan merangkai kata-kata. Perlu disadari, kecerdasan seseorang tampak dari kemampuannya menyusun kata-kata (kalimat).

Hemat saya, menulis bermula dari hal yang kecil, sederhana. Ketika seseorang berucap tentang satu masalah. Dia membeberkannya tanpa noktah, tanpa koma dan tiada henti. Lalu mengulang tema itu kembali, yang pertama kali disebut, diulas lagi. Begitu seterusnya. Bagaimana pendapat anda tentang orang ini?

Menulis mendidik kita supaya pandai menata itu semua!

4. Memperoleh Kepuasan Batin

Menulis merupakan cara menumpahkan semua masalah yang ada dalam kepala. Mengekspresikan kepenatan ke dalam tulisan merupakan cara efektif untuk menenangkan fikiran. Bila kita berhasil mengungkapkan perasaan melalui tulisan, maka pikiran dan hati kita akan menjadi lebih nyaman.

Hemat saya, tulisan yang cerdas berangkat dari cuplikan (pengalaman) hidup. Karena hidup adalah fakta, bukan karangan semata-mata. Maka, lihatlah mereka menulis tentang lingkungannya. Seorang suami menulis tentang istrinya yang lagi ngidam. Seorang ayah menulis tentang anaknya yang mulai pintar berkilah dan ber-ulah. Buya Hamka (sebagai anak) mencatat perjalanan hidup ayahnya sendiri.

Terus, kenapa kita tidak mau merangkai kata seperti mereka? Berkisah tentang kolam ikan di belakang rumah, pincuran tempat mandi, lapangan bola tempat bermain dikala sore, dan sarat lagi yang harus ditulis.

Terakhir, kenapa kita tidak mau mencoba?

Keempat alasan di atas hanyalah sedikit dari apa yang diceritakan Afra di dalam bukunya (How To Be A Smart Writer, 2008). Selain itu terdapat pula trik-trik membangkitkan kemampuan menulis kita.

So, baca bukunya Afifah Afra dan gapailah cita-citamu menjadi smart writer!

dikutip dari http://id.shvoong.com/books/1794606-smart-writer/ setelah mengalami beberapa perubahan bahasa dan penambahan di beberapa titik.


JANNATUL HUSNA
MASTER OF ART
AL_QURAN DAN AL_HADITH
UNIVERSITI MALAYA
KUALA LUMPUR

Minggu, 01 Maret 2009

Penulisan ilmu hadis oleh ulama Asia Tenggara

RAMAI memperkatakan bahawa penulisan ilmu-ilmu keislaman yang dilakukan oleh ulama Asia Tenggara zaman silam hanya berkisar pada ilmu-ilmu tasawuf, fiqh dan tauhid sahaja. Tuduhan begitu sangat menyedihkan, tanpa membuat suatu kajian yang saksama dan teliti, bahkan juga ada yang berpendapat bahawa ulama-ulama silam Asia Tenggara tidak mengenali ilmu hadis.

Pendapat demikian adalah satu kekeliruan besar, kerana apabila kita kaji dengan teliti, bahawa penulisan ilmu-ilmu keislaman yang dilakukan oleh ulama-ulama tradisional Asia Tenggara adalah lengkap dalam berbagai-bagai ilmu pengetahuan keislaman, termasuk ilmu-ilmu hadis.

Bahkan ilmu-ilmu lain juga, seperti ilmu hisab, ilmu falak, ilmu perubatan dan lain-lain. Rentetan itu, pada ruangan kali ini penulis bicarakan pula perkembangan penulisan hadis ulama-ulama di Asia Tenggara.

Perbicaraan ini pernah dibentangkan oleh penulis atas pilihan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Seminar Antarabangsa Pengajian Islam di Asia Tenggara, Universiti Brunei Darussalam. Pilihan judul kertas kerja yang diamanahkan kepada penulis, iaitu Perkembangan Penulisan Hadis di Asia Tenggara dilihat adalah tepat. Namun judul tersebut kemudian terjadi sedikit perubahan dan ditukar kepada Perkembangan Penulisan Hadis Ulama di Asia Tenggara.

Pilihan judul tersebut penulis katakan tepat kerana beberapa perkara, iaitu: Pertama, sesuai dengan perkembangan zaman, iaitu zaman dunia Asia Tenggara dilanda oleh berbagai-bagai aliran termasuk aliran ingkar sunah/anti hadis.

Kedua, merupakan pembelaan dan menyerlahkan nama ulama-ulama silam kita dalam ilmu hadis. Dan ketiga, sekali gus merupakan jawapan atas anggapan segelintir orang yang memandang sinis terhadap ulama-ulama silam Asia Tenggara seperti yang telah disebutkan di atas.

Kertas kerja tersebut mengutamakan pengenalan terhadap ulama-ulama Asia Tenggara dan karya-karya mereka mengenai hadis, yang dimulai abad ke 16-17 hingga abad ke 19-20 saja, iaitu ulama-ulama Asia Tenggara yang menggunakan tulisan Melayu/Jawi.

Adapun ulama-ulama Asia Tenggara yang terlibat penulisan hadis yang menggunakan tulisan Latin/Rumi tidak diperkenalkan. Sebelum memperkenalkan pengkaryaan hadis oleh ulama-ulama silam tersebut, terlebih dulu penulis sentuh sepintas lalu mengenai isnad hadis kerana mengenai isnad adalah termasuk perkara yang sangat penting dalam perbicaraan ilmu hadis.


Catatan mengenai Isnad Ulama Asia Tenggara


Hampir semua ulama Asia Tenggara yang menghasilkan karya memandang penting "salasilah" apabila mereka mengamalkan sesuatu thariqah shufiyah, demikian juga ilmu-ilmu lainnya. Budaya mencatat salasilah dimulai penulisan awal Asia Tenggara seumpama karya Sheikh Nuruddin ar-Raniri, Sheikh Abdur Rauf al-Fansuri, dan lain-lain dapat kita jumpa dalam berbagai-bagai judul karya mereka.

Tradisi demikian dilanjutkan oleh ulama-ulama Asia Tenggara abad ke 18-19, dapat kita temui dalam karya-karya Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani, Sheikh Daud al-Fathani dan lain-lain.

Berlanjutan terus, termasuk ulama-ulama yang muncul abad ke 19-20, seumpama Sheikh Ahmad al-Fathani, Sheikh Mukhtar Bogor, Sheikh Muhammad Mahfuz at-Tarmasi dan lain-lain. Jika dalam ilmu thariqah shufiyah lebih dikenali dengan istilah "salasilah", maka dalam ilmu hadis pula lebih dikenal dengan istilah "isnad" atau "sanad."

Ruangan ini sangat terbatas untuk membahas perkara "salasilah" dan "isnad", namun sebagai maklumat perlu disebut dengan ringkas saja. Sheikh Nuruddin ar-Raniri menulis "salasilah"nya dalam Jawahirul 'Ulum, Sheikh Abdur Rauf al-Fansuri dalam Kifayatul Muhtajin dan 'Umdatul Muhtajin, Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani dalam Siyarus Salikin dan al-'Urwatul Wutsqa, Sheikh Daud al-Fathani dalam Kaifiyat Khatam Quran dan ramai lagi.

Untuk mengetahui "isnad hadis", beberapa orang ulama di antaranya Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani dapat dirujuk kepada al-'Iqdul Jawahir karya Sheikh Muhammad Yasin bin Isa al-Fadani (Padang).

Di dalam karya tersebut, Sheikh Yasin Padang menyebut setiap satu "sanad hadis" yang dinisbahkan kepada Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani, misalnya, bahawa ulama Palembang itu "sanad musalsal" kepada ulama-ulama yang terkenal. Apabila beliau belajar Kitab Shahih Bukhari, sanadnya musalsal sampai Imam Bukhari, demikian kitab-kitab lainnya. Semua Kitab as-Sittah, Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani sanadnya musalsal sampai kepada pengarang-pengarang kitab tersebut.

Ilmu hadis

Ulama-ulama Asia Tenggara abad ke 19-20, sebahagian besar sanad hadis mereka diterima dari Saiyid Muhammad Ali bin Saiyid Zahir al-Watri al-Hanafi, Saiyid Husein bin Saiyid Muhammad al-Habsyi, Saiyid Abu Bakar Syatha, Saiyid Ahmad Zaini Dahlan dan lain-lain.

Seumpama: Sheikh Ahmad al-Fathani juga belajar ilmu hadis kepada ulama Madinah itu, sanad hadis ulama yang berasal dari Patani itu di antaranya ialah: Saiyid Muhammad Ali bin Saiyid Zahir al-Watri al-Hanafi. Sanad hadis yang lain ialah: beliau belajar kepada Sheikh Abdul Qadir as-Syibli at-Tarablusi.

Kedua-dua sanad hadis Sheikh Ahmad al-Fathani itu musalsal hingga kepada pengarang kitab-kitab hadis yang terkenal dan muktabar. Selain itu ada lagi sanad hadis Syeikh Ahmad al-Fathani yang beliau terima dari Saiyid Husein al-Habsyi. Tidak dapat dinafikan bahawa Sheikh Ahmad al-Fathani pernah belajar kepada Sheikh Nawawi al-Bantani.

Sheikh Nawawi al-Bantani melalui Sheikh Zainuddin Aceh bersambung sanad kepada Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Sheikh Nawawi al-Bantani juga ada sanad hadis kepada Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani. Sheikh Muhammad Mahfuz at-Tarmasi (Termas) termasuk peringkat murid kepada Sheikh Ahmad al-Fathani, beliau belajar ilmu hadis kepada beberapa orang, di antaranya kepada Saiyid Husein al-Habsyi dan Saiyid Abu Bakar Syatha.

Juga tidak dapat dinafikan beliau juga pernah belajar kepada Sheikh Ahmad al-Fathani, Sheikh Nawawi Banten, dan lain-lain.

Maklumat tersebut di atas hanyalah sebagai contoh saja, belum dapat dihuraikan panjang lebar dalam ruangan yang terbatas ini. Dalam kajian, penulis menemui bahawa sangat ramai ulama Asia Tenggara yang faham benar mengenai hadis, yang sah ilmu hadis mereka, kerana mempunyai sanad musalsal.

Kitab-kitab hadis Melayu peringkat awal

Penulisan hadis abad ke-17 terdapat dua buah, sebuah karya Sheikh Nuruddin ar-Raniri dan sebuah lagi karya Sheikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri. Hingga kertas kerja tersebut ditulis, penulis belum menemui kitab hadis yang lebih awal dihasilkan oleh ulama Asia Tenggara lainnya.

Kedua kitab hadis tersebut ialah: Al-Fawaidul Bahiyah fil Ahadithin Nabawiyah, disingkat Al-Fawaidul Bahiyah sahaja, atau dinamakan juga dengan Hidayatul Habib fit Targhib wat Tarhib, disingkat kepada Hidayatul Habib sahaja, karya Sheikh Nuruddin ar-Raniri. Sebuah lagi ialah: Syarh Lathif 'ala Arba'ina Haditsan lil Imam Nawawi, disingkat Hadits Arba'in sahaja, karya Sheikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri.

Pengenalan data yang sangat ringkas kedua-dua kitab hadis tersebut, penulis telah muatkan dalam buku Khazanah Karya Pusaka Asia Tenggara, jilid 1-2, namun di sini perlu juga disinggung sebagai pelengkap perbicaraan ini.

Penulis dahulukan mengenai Al-Fawaidul Bahiyah fil Ahaditsin Nabawiyah, kitab hadis ini diselesaikan pada hari Jumaat, Syawal 1045 H/1635 M. Di dalamnya terkumpul sebanyak 831 hadis terdiri daripada 46 Bab. Setiap periwayat hadis disingkat dengan huruf kod, misalnya huruf Kha untuk Imam Bukhari, huruf Mim untuk Imam Muslim, dan lain-lain Imam hadis.

Jumlah semua yang digunakan kod seramai 22 orang. Semua hadis dalam karya Sheikh Nuruddin ar-Raniri tersebut ditulis teks dalam bahasa Arabnya, sesudah itu diterjemahkan dalam bahasa Melayu.

Sheikh Nuruddin ar-Raniri memulakan kitab hadisnya dengan Bab Menggemari Niat, diiringi dengan Bab Menggemari Islam, Iman Dan Ihsan dan berakhir dengan Bab Menggemari Sentiasa Menyebut Mati, Mentalkinkan Mayat, Berjalan Serta Jenazah Dan Menakutkan Meratap-ratap. Manuskrip karya Sheikh Nuruddin ar-Raniri tersebut terdapat sebuah dalam simpanan Pusat Manuskrip Melayu Perpustakaan Negara Malaysia (PMM-PNM) dengan nombor kelas MS 1042 menggunakan judul Hidayatul Habib fit Targhib wat Tarhib.

Cetakan awal kitab ini ditashih dan diusahakan oleh Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani, dicetak di bahagian tepi kitab Jam'ul Fawaid karya Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Cetakan demikian masih kekal hingga cetakan-cetakan akhir kitab Jam'ul Fawaid itu sampai sekarang.

Mengenai Syarh Lathif 'ala Arba'ina Haditsan lil Imam Nawawi karya Sheikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri setakat ini baru dijumpai dua buah manuskrip yang tersimpan di PMM-PNM. Manuskrip yang pertama tidak lengkap, nombor kelas MS 1314, yang sebahagiannya telah ditransliterasi oleh penulis dan sebuah lagi lengkap belum diberi bernombor kelas.

Pada halaman akhir manuskrip yang baru dijumpai itu terdapat tanggal diselesaikan kitab hadis itu, ialah "Tamat karangan al-faqir Sheikh Abdur Rauf bin Ali Bandar Aceh Darus Salam, hari Selasa, bulan Safar sanah 1091 H". Kitab hadis karya Sheikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri ini adalah merupakan terjemahan dan tafsir Hadits Arba'in Imam Nawawi yang pertama sekali dalam bahasa Melayu, dan merupakan kitab hadis dalam bahasa Melayu yang kedua sesudah karya Sheikh Nuruddin ar-Raniri tadi.

Corak syarah agak berbeza dengan semua syarah hadis itu, kerana Sheikh Abdur Rauf al-Fansuri mensyarah/ mentafsirnya adalah berdasarkan ilmu tasawuf. Dalam pengetahuan penulis sendiri, bahawa karya Sheikh Abdur Rauf al-Fansuri mengenai hadis empat puluh tersebut belum pernah diterbitkan berupa cetakan.

Apabila kita membicarakan hadis empat puluh, maka kita akan menemui berjenis-jenis hadis empat puluh itu dalam bahasa Melayu. Jauh sesudah Sheikh Abdur Rauf al-Fansuri, pada tahun 1272 H/1856 M terdapat lagi sebuah terjemah beserta syarah Hadits Arba'in Imam Nawawi itu yang diberi judul Fathul Mubin karya Sheikh Muhammad Shalih bin Muhammad Murid Rawa.

Disyarah menurut ilmu fiqh, jadi jauh berbeza dengan syarah Sheikh Abdur Rauf al-Fansuri yang disyarah bercorak sufisme itu.

Syarah Hadits Arba'in yang kedua ini pernah dicetak di Mekah. Penulis difahamkan oleh Ustaz Abdul Halim Sa'ad (bekas Imam Masjid Negara) bahawa di tangan Tuan Guru Haji Umar Pondok Lanai, Kedah juga terdapat sebuah syarah hadis yang sama, dan disyarah menurut ilmu nahu dan saraf.

Selain itu Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani pernah menyusun Hadits Arba'in yang bukan merupakan terjemahan Hadits Arba'in Imam Nawawi yang terkenal itu.

Hadits Arba'in susunan serta terjemahan Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani pernah beliau muat dalam karyanya Hidayatul Muta'allim. Hadits Arba'in susunan Sheikh Khatib al-Munziri, bukan Imam Nawawi, pernah diterjemahkan oleh Sheikh Wan Hasan bin Wan Ishaq al-Fatani (domisil di Besut, Terengganu). Terjemahan tersebut diberi judul Hidayatul Mukhtar.


Penutup


Melalui penyelidikan penulis, terdapat beberapa ulama-ulama Asia Tenggara yang terlibat dalam penulisan hadis, iaitu: Sheikh Abdullah Bin Abdul Mubin al-Fathani, Sheikh Daud Bin Abdullah al-Fathani, Sheikh Nawawi al-Bantani, Sheikh Wan Ali Kutan Kelantan, Sheikh Ahmad al-Fathani, Sheikh Ahmad Yunus Lingga, Sheikh Utsman Syihabuddin Pontianak, Sheikh Muhammad Mahfuz at-Tarmisi, Sheikh Husein Kedah, Sheikh Utsman Jalaluddin al-Kalantani, dan Sheikh Idris al-Marbawi. Keterangan maklumat mengenai ulama-ulama tersebut akan dilanjutkan perbicaraannya pada ruangan seterusnya.

Hanya demikian saja ulama-ulama Asia Tenggara yang terlibat secara langsung dalam penulisan hadis yang dapat diperkenalkan. Bagaimanapun kajian yang berterusan perlu dijalankan untuk menyelidik berkemungkinan masih ada ulama-ulama yang belum diperkenalkan, sama ada dalam bidang hadis mahupun bidang-bidang lainnya.

dirilis dari http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0223&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm