Jumat, 08 Januari 2010

Syekh Yasin Padang: Pakar Hadis Abad Ini

Oleh: Jannatul Husna (S.ThI [Imam Bonjol], M.Us [Malaya])
Dosen Hadis dan Tafsir UISB Solok-Indonesia


Masyarakat muslim seantaro jagat patut berbangga hati karena mempunyai tokoh sehebat Syekh Yasin Padang, lebih-lebih penduduk Ranah Minang. Kebanggaan itu dapat ditandai dengan mengikuti jejak rekam keulamaan, atau sekurangnya dengan menapaktilas kepribadian, karya tulis dan nasihat beliau semasa hidup.


Dalam catatan banyak sejarawan (penulis) dunia, beliau disebut sebagai ulama fikh dan hadith abad modern yang cukup berpengaruh. Meskipun kiprahnya banyak terlihat di Tanah Suci Mekah, namun tempias keilmuannya turut memberi kesan yang dalam bagi murid-murid beliau yang berasal dari rantau Melayu-Indonesia.

Syekh Yasin Padang yang bernama lengkap Syekh Abu Muhammad wa Abu al-Fahd Muhammad Yasin bin Muhammad ‘Isa bin Udiq al-Fadani al-Indunisi al-Makki al-Shafi’i dilahirkan di Misfalah-Mekah pada hari Selasa, 27 Sha’ban 1337 H bersamaan 27 Maret 1919 M. Beliau wafat di Mekah pada hari Jum'at, 28 Dhu al-Hijjah 1410 H bersamaan 21 Juli 1990 M. Almarhum telah dilepas dengan penuh keharuan oleh jutaan murid dan umat Islam. Jasadnya di shalatkan di Masjid al-Haram sebelum jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Ma'la, Mekah.

Beliau lahir dan dibesarkan dalam lingkungan keluarga ulama yang mengutamakana kebahagian spritual serta mencintai ilmu pengetahuan. Ayahnya yang bernama Syekh Muhammad 'Isa al-Fadani merupakan seorang ulama. Pamannya, Syekh Mahmud 'Isa al-Fadani juga seorang ulama. Manakala ibunya, Maimunah binti 'Abdullah Fadan juga dikenal sebagai murabbiyah, pendidik utama (madrasah utama) bagi anak-anaknya. Ketiga-tiga pribadi tersebut merupakan guru terbaik bagi Syekh Yasin Padang kecil. Didikan awal itu sungguh memberi kesan yang amat dalam bagi perjalanan intelektual sang tokoh.

Pendidikan formal Syekh Yasin Padang dilalui untuk julung kalinya di Madrasah Sawlatiyah al-Hindiyyah di Mekah (1346 H/1927 M). Kemudian, atas satu peristiwa beliau pindah ke Madrasah Dar al-‘Ulum al-Diniyyah di Mekah (1353 H/1935 M). Madrasah yang turut diprakarsai oleh beliau pendiriannya, bersama Syekh Muhsin al-Musawi al-Falimbani, dan beberapa tokoh lain. Disamping belajar di sekolah, beliau juga aktif menuntut ilmu di Masjid al-Haram dan mengunjungi kediaman para ulama di sana. Di antara ulama yang turut mewarnai integritas moral dan kapabilitas-intelektual Syekh Yasin Padang muda ialah Sayyid ‘Alawi ‘Abbas al-Maliki (m. 1391 H/1971 M), Shaykh ‘Umar Hamdan (m. 1368 H/1949 M), Sayyid Muhsin al-Musawi (m. 1354 H/1935 M), Shaykh Hasan al-Mashat (m. 1399 H/1979 M), Shaykh Ibrahim Dawud al-Fatani (m. 1413 H/1993 M) dan lain sebagainya.

Adapun antara murid beliau yang pernah mendapatkan sentuhan langsung adalah Mufti Mesir, Shaykh ‘Ali Jum’ah Muhammad ‘Abd al-Wahhab (l. 1371 H/1952 M). Sementara tokoh Nusantara yang sempat berguru kepadanya ialah Ketua Umum MUI, K.H. Ahmad Sahal Mahfudh (l. 1356 H/1937 M), Presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Syekh 'Abd Halim 'Abd Kadir, Shaykh Muhammad Nur al-Din al-Banjari (l. 1380 H/1960 M), Ustadh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari (l. 1378 H/1959 M), Tuan Guru H. Sabran Asmawi (m. 1427 H/2007 M), Tok Guru Hj. Lah Lubok Tapah (m. 1429 H/2008 M) dan banyak lagi.

Bersambung....

Senin, 12 Oktober 2009

Setengah Hati

Belajar hingga ke pintu kematian! Begitulah prinsip religi yang pernah kita tahu. Namun tidak banyak orang yang peduli dengan prinsip tersebut. Dengan pelbagai alasan. Sebahagian orang tua melihat dunia kerja-uang lebih penting ketimbang anaknya harus masuk sekolah. Bersekolah justru bukan mendatangkan uang, malah menghabiskannya. Tidak heran, ketika anaknya mau berangkat sekolah-kuliah, minta uang buku dan sebagainya, orang tua mengerutkan dahi tanda tak rela. Sebahagian lain, yang bermasalah bukan orang tua. Malah anak, generasi muda yang kurang menginsyafi pentingnya menuntut ilmu pengetahuan. Mereka lebih memilih dunia glamour; motor, mobil, handphone, MP4 dan seterusnya yang serba baru dan wah! Tidak jarang, orang tuanya kesal lalu menyumpah: Bukan engkau yang minat sekolah, tetapi aku (bapakmu-ibumu)!

Kesenjangan itu terasa di pelupuk mata. Terkadang golongan kaya, punya banyak uang tetapi ahli keluarganya berotak buntu. Jelas tidak "bisa" sekolah. Sementara anak "miskin" berotak encer, mau sekolah, tetapi tidak cukup uang. Inilah keadilan. Dimana orang yang dilebihkan Tuhan dalam rezki menyekolahkan kaum yang lemah. Inilah bentuk kesyukuran bagi mereka. Orang yang diuji rezekinya dengan keterbatasan finansial diminta untuk bergandengan tangan dengan kelompok pertama. Inilah nilai kesabaran. Kedua-dua perkara tersebut sama baiknya.

Menyikapi dilema di atas sepatutnya pemerintah bersikap tegas dan komit. Di tanah air kita, yang kaya sumber daya, bahkan ada yang menyebutnya "sekeping tanah dari surga", tidak boleh lagi ada anak-anak putus sekolah. Riwayat Jepang, ketika negaranya dibumihanguskan pasukan Sekutu tahun 1945. Mereka bangkit melalui pendidikan, yang mereka bangun adalah sumber daya manusia unggul. Sementara kita, masih terus bergulat dalam tataran wacana dan gagasan. Tidakkah kita mahu mengikut Bapak Penjajah kita itu, yang sekarang memimpin peradaban Asia? Sederhananya, mereka tidak punya lahan pertanian layaknya negeri kita, sedangkan kita terhampar lahan yang luas, tetapi sayur kangkung masih tetap impor. Setidaknya dari pasar sebelah.

Di beberapa negara di Asia Tenggara, dialektika-wawasan kita mungkin masih terdepan. Tidak heran banyak anak ibu pertiwi melakoni banyak kejuaran ilmiah antar bangsa di Asia bahkan di dunia. Itu mutiara yang tumbuh di tengah kubangan lumpur. Kalau sekiranya pemerintah dan seluruh elemen anak bangsa bergandengan tangan untuk menciptakan pendidikan yang exelent, fasilitas-infrastruktur yang modern, perpustakaan yang accestable, beasiswa pendidikan yang layak-tidak sekedar untuk ditulis dalam buku anggaran belanja daerah-negara. Maka mutiara-mutiara itu akan banyak bermunculan. Melebihi apa yang kita duga selama ini. Tapi sayang, isyarat ke arah itu hanya baru setengah hati. Wallahu a'lam.

Rabu, 02 September 2009

Lama Tak Menyemai Ladang Kata

Rindu, rindu benar saya menyemai kata! Setelah lama meninggalkan kegiatan merangkai makna ini, karena kesibukan di rumah, sekarang saya ingin menaburnya kembali. Walau tidak memberi arti yang besar buat siapapun.

Menulis tentang kehidupan, kematian dan apa saja.

Semoga, ladang kata ini terus tersemaikan dengan baik, tidak terabaikan begitu rela. Sebab kata adalah jendela menuju hati dan makna terdalam dari kepribadian seseorang.

Minggu, 26 April 2009

PENGAJIAN TAFSIR DI NUSANTARA: PERANANNYA DALAM MENGHADAPI CABARAN GLOBALISASI

OLEH : JANNATUL ANUAR

PENDAHULUAN

Pengajian tafsir telah berlangsung sejak agama Islam bertapak di alam Nusantara. Pengajian tersebut menerusi pengajaran al-Quran, baik dari rumah ke rumah, surau (masjid) mahupun madrasah. Mengikut catatan sejarah, agama Islam telah muncul sedari kurun ke-12 Masihi lagi. Oleh itu, pengajaran al-Quran telah pun disebarkan, meskipun dalam bentuk yang amat sederhana, mengikut keperluan semasa ketika itu.

Pengajian al-Quran ataupun pengajian tafsir mula menampakkan ghirahnya akhir kurun ke-16 dan awal kurun ke-17 Masihi. Dengan kemunculan bentuk baru dalam pengajian tafsir, iaitu penulisan kitab tafsir. Ketika itu lahirnya karya tafsir pertama di alam Nusantara, Tarjuman al-Mustafid, yang ditulis oleh Syeikh Abdul Rauf al-Fansuri al-Sinkili (w. 1695). Kemudian kitab ini disalin semula oleh muridnya, Syeikh Abdul Malik Abdullah (w. 1736). Ketiadaan karya tafsir sesudah karya kedua-dua Syeikh ini memberikan satu kenyataan bahawa penulisan kitab tafsir ”terputus” sehingga dekad ke-20 Masihi. Dengan kemunculan Muhammad Sa’id Umar (w. 1932) melalui karyanya, Tafsir Nur al-Ihsan, penulisan kitab tafsir kembali menemukan momentumnya.

Melihat kenyataan yang berlaku, bahawa dunia sekarang telah menjadi desa kecil (small village). Sikap mengasingkan diri dari arus global menyebabkan kita kian tersisih daripada pergaulan dunia. Meluasnya penggunaan teknologi mutakhir membuat umat Islam harus mengambil peluang, termasuk kepada peningkatan wawasan tafsir al-Quran. Kajian mengenai cawangan ilmu Islam yang satu ini sudah waktunya mengambil berat temuan saintifik moden.

Justeru dalam artikel ini akan disinggung secara ringkas mengenai bentuk pengajian tafsir di beberapa institusi di Nusantara. Disamping itu bakal dijelaskan cabaran-cabaran umat Islam dalam mendepani era globalisasi dan peranan pengajian tafsir dalam menghadapi alaf baru tersebut. Semoga Allah sentiasa membimbing penulis, amin.


PENGAJIAN TAFSIR DI NUSANTARA

Islam adalah agama yang bersifat universal ('alamiyah). Seperti ungkapan yang selalu disebut, salih li kull zaman wa makan, yang membawa maksud bahawa Islam dapat berlaku bagi semua orang di setiap waktu dan tempat. Pandangan ini sejalan dengan kenyataan bahawa Nabi s.a.w. diutus oleh Allah s.w.t. untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam (QS. [21]: 107), dan ayat lain yang menyatakan bahawa Islam sesuai dengan fitrah kemanusiaan (QS. [30]: 30) (M. Amin Abdullah, 1995: 29).

Memahami ajaran Islam menerusi tafsir al-Quran menjadi keperluan yang mustahak bagi kaum muslimin. Oleh kerana, di dalam al-Quran terhimpunnya pelabagai maklumat tentang agama dan beberapa isu kehidupan sosial lainnya. Terlebih bagi umat Islam yang jauh dari zaman kenabian dan bahasa al-Quran juga bukan pula bahasa ibunda mereka. Untuk kelompok yang satu ini perlu pendedahan fahaman Islam yang sebenar dan berterusan.

Kerana pentingnya pemahaman tersebut, ulama Islam di rantau Nusantara, sejak awal penyebaran agama wahyu di sini, telah pun mengajarkan fahaman al-Quran (keIslaman) mengikut keperluan zaman dan tempatan. Sistem pengajaran yang dibawa oleh ulama kita mengikut kebiasaan yang dikembangkan oleh Baginda di Hijaz semasa hidupnya. Walaupun tokoh-tokoh tersebut tidak pernah mendapatkan pendedahan secara langsung dari Rasulullah, namun tradisi itu diwarisi daripada generasi ulama muta’akhirin di Mekah dan Madinah, yang ketika beberapa dekade lalu telah menjadi tumpuan tempat belajar agama ulama Nusantara.

Pada masa awal Islam, pengajian al-Quran sekaligus tafsirnya, berlangsung di rumah Arqam bin Abi al-Arqam. Setelah umat Islam mulai berkembang dan menjadi sebuah kemuniti, pengajian tersebut kemudiannya dilangsungkan di masjid Nabi. Masjid adalah madrasah pertama dalam tamadun Islam. Masjid bukan sahaja menjadi tempat ibadah rasmi. Akan tetapi, sekaligus menjadi tempat belajarnya kaum muslimin. Di sini mereka belajar membaca, menulis, menghafaz dan menggali makna al-Quran. Disamping itu juga mereka turut mendalami ilmu fiqh-syariah, lughah-bahasa, mu’amalat-sosial ekonomi, strategi perang dan lainnya. Menurut al-Siba’i, ketika umat Islam awal belajar di masjid, mereka juga telah mendirikan kuttab (sekolah rendah) bersebelahan dengan masjid-masjid ketika itu. Kemudian mereka mendirikan madrasah (sekolah tingkat thanawiyah dan ’aliyah) bagi semua kalangan umat Islam; baik kaya mahupun miskin, anak peniaga mahupun anak tukang bangunan, dan sebagainya. Bahkan, pendidikan tersebut disediakan secara percuma, tanpa dipungut yuran pengajian seperti yang terjadi di institusi umat Islam hari ini (Mustafa al-Siba’i, 1999: 205-210).

Tradisi pengajian Hijaz yang turun temurun inilah yang kemudiannya diserap oleh ulama Melayu-Indonesia dekade 17-an sehingga kurun ke-20. Untuk konteks Indonesia, wujud institusi Surau di Sumatera Barat, Dayah atau Meunasah di Aceh serta Pondok Pesantren di beberapa daerah di pulau Jawa. Bagi kalangan masyarakat muslim di Singapura, kita jumpai adanya pengajian al-Quran di masjid-masjid, kemudian berkembang menjadi madrasah moden. Di tanah Semenanjung Melayu, ramai lahir pondok pengajian al-Quran, seperti Pondok Tok Kenali, Pondok Bukit Mertajam, Pondok Tok Pulau Manis, dan sebagainya.

Realiti sejarah pengajian al-Quran tersebut berlaku sejak sepanjang kurun ke-17 lagi. Meskipun sebahagian tradisi pengajaran ilmu-ilmu keIslaman itu masih ada yang dikekalkan. Namun, tidak sedikit pula yang berubah fungsi mengikut rentak zaman yang kian kompetitif dan moden. Tradisi Surau di Sumatera Barat misalnya, meskipun pejenamaan dan bangunannya masih lagi wujud, tetapi ianya bukan menjadi satu-satunya institusi penyebaran diskursus ilmu wahyu sekarang. Bahkan kekuatan Surau tempo dulu kian pudar ditelan zaman, kalau enggan menyebutnya telah roboh seperti istilah A.A. Nafis.

Justeru Surau hari ini tinggal nama, perannya telah berubah menjadi (hanya) tempat orang sembahyang. Padahal, jika ditinjau sejarah Surau, ditemui bahawa ia menjadi pusat pengajian Islam (termasuk tafsir al-Quran). Surau Jembatan Besi (1900) yang diasaskan oleh Syeikh Haji Abdullah Ahmad, yang kemudiannya ditukar dengan sistem moden (klasikal) oleh Syeikh Haji Abdul Karim Amrullah (1914) masih tetap menjaga tradisi keilmuan Islam (Mahmud Junus, 1960: 64). Semua ini menjadi bukti kegemilangan institusi pengajian Islam tradisional. Namun ia tidak bertahan lama, kerana mengikut keperluan semasa, Surau Jembatan Besi harus diubahsuai menjadi Madrasah Sumatera Tawalib (1921). Hala tuju dan kurikulum madrasah digubal mengikut kepentingan pekerjaan dan pemarkahan. Tidak lagi menekankan aspek penghayatan ilmu-ilmu al-Quran (Islam) dan pengamalannya. Namun pelajar-pelajar Madrasah Sumatera Tawalib, sejak penubuhannya, telah diajarkan pengajian tafsir menerusi kitab Tafsir al-Jalalayn, al-Khazin bahkan Tafsir al-Manar dan Tafsir al-Maraghi. Tradisi itu berkekalan sampai ke hari ini. Namun bila ditinjau peratusan kurikulumnya, 50 peratus mendedahkan subjek-subjek sekolah kerajaan. Selebihnya kurikulum madrasah dengan mengulas kitab-kitab turath Islam (kitab kuning).

Perkara yang tidak jauh berbeza berlaku di alam Melayu. Ketika pondok-pondok pengajian al-Quran terpaksa mengikut irama kehidupan moden, tidak sedikit pondok-pondok di Rantau ini yang terpaksa berubah wujud menjadi madrasah. Dimana sistem pengajaran dan kurikulumnya mengikut sistem dan kurikulum sekolah-sekolah kerajaan. Oleh kerana sistem dan kurikulum pengajian berubah, maka orientasi siswa berganti menjadi orientasi sijil dan angka-angka. Adapun pengembangan dan penanaman nilai-nilai luhur keIslaman tidak pelak, kerap terabaikan. Pengajian terhadap kitab-kitab tafsir karya ulama tempatan seperti kitab Tafsir Pimpinan al-Rahman, Nur al-Ihsan, Tafsir al-Quran al-Hakim, dan juga karya ulama islah Mesir, Tafsir al-Manar, sememangnya masih dipertahankan. Namun disamping itu, murid-murid juga berkewajiban menguasai subjek-subjek yang dibebankan kerajaan. Independensi (kemandirian) Pondok sudah mulai surut.

Penulis menyedari, pelbagai alasan perubahan status dan bentuk pengajaran tafsir al-Quran itu, tidak serta merta membawa kesan negatif sepenuhnya. Ianya masih mengandungi sebarang manfaat. Contohnya kelahiran institusi pengajian tinggi Islam, baik di Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunai dan Pattani Thailand. Kenyataan ini belum kita jumpai di abad ke-17 sehingga ke-19. Bagaimanapun institusi terbabit telah menyumbang banyak bakti terhadap wacana keIslaman di bumi pertiwi.

Kelahiran Institut Agama Islam Negeri (IAIN) pertama kali di Yogyakarta, Indonesia tahun 1960. Diikuti dengan penubuhan 13 IAIN lainnya di seluruh Indonesia. Kemudian beberapa diantaranya berubah status menjadi Universiti Islam Negeri (UIN). IAIN yang mengalami konversi statuta menjadi UIN ialah: UIN Syarif Hidayatullah Jakarta (2002), UIN Sunan Kalijaga Yogyakarta (2002), UIN Maulana Malik Ibrahim Malang (2004), UIN Sultan Syarif Kasim Pekanbaru (2005), UIN Alauddin Makasar (2005). Disamping itu kemunculan Sekolah Tinggi Islam Negeri (STAIN) di serata negeri di Indonesia. Keadaan ini selain mencabar, tentunya merancakkan penyebaran ilmu-ilmu keIslaman di Indonesia khususnya ilmu pengajian al-Quran (tafsir al-Quran).

Di Malaysia, kita melihat beberapa institusi pengajian tinggi milik kerajaan, yang melaksanakan program pengajian tafsir (ilmu al-Quran) diantaranya Kolej Islam Malaya (1955), kemudian berubah menjadi Jabatan Pengajian Islam Fakulti Sastra dan Sains Sosial Universiti Malaya tahun 1959 (Mustaffa Abdullah, 2009: 24). Bagi merancakkan suasana keilmuan, Jabatan al-Quran dan al-Hadith Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (JQHAPIUM) kemudiannya ditubuhkan 1996, dan beroperasi sehingga sekarang. JQHAPIUM telah menawarkan pengajian al-Quran dan al-Hadith bagi semua peringkat, baik diploma di Nilam Puri, sarjana muda, sarjana bahkan pengajian doktoral (Ph.D).

Dinamika perkembangan pengajian al-Quran kian menyebar (luas) di Malaysia, dengan diasaskannya Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (FPIUKM, 1970). Dibawah Fakulti Pengajian Islam inilah ditawarkan pengajian al-Quran dan al-Sunnah. Tidak ketinggalan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menubuhkan Departemen al-Quran dan al-Sunnah dibawah kendali Kulliyah Ilmu Wahyu dan Ilmu Kemanusiaan (KIRKHS). Dan yang terbaru adalah kemunculan Pengajian Quran dan Multimedia (2005) di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) Universiti Sains Islam Malaysia (dulu—Kolej Universiti Islam Malaysia). Bahkan rancangan yang bakal ditawarkan pada masa hadapan oleh pihak FPQS ialah Pengajian Quran dan Penyiaran dan Pengajian Quran dan Kewartawanan (http://www.usim.edu.my/). Semua perubahan ini menjadi pemangkin kejayaan umat Islam Nusantara di masa hadapan.

Bila kita menyeberang ke pulau sebelah, kerajaan Brunei. Kita menemukan Universiti Brunei Darussalam (UBD), yang melaksanakan pengajian tafsir al-Quran dibawah Institut Pengajian Islam Sultan Haji Omar Ali Saifuddien (IPISHOAS) yang diasaskan pada tahun 1999 (http://www.ubd.edu.bn/academic/faculty/index.html). Sementara di hujung pulau Semenanjung, Negara Singapura mula mengorak langkah dengan kemunculan program Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Warisan di Institut Pengajian Islam Pergas (2005). Ini adalah institusi pengajian Islam pertama di Negeri Singa itu, yang akan merancakkan perkembangan pengajian tafsir di Rantau ini (http://www.ipipergas.com/birkh_page.htm). Sedangkan di Selatan Thailand, kita melihat kemunculan Fakulti Pengajian Islam Universiti Islam Yala (http://www.yiu.ac.th/).

Demikianlah diantara institusi pengajian Islam yang menawarkan pengajian al-Quran (tafsir) secara formal dan informal yang berlaku di alam Nusantara. Sebagaimana disebutkan, pengajian Islam di peringkat surau, masjid dan madrasah tetap wujud. Namun pengajian tersebut tidak terkelola secara sistematik. Disamping itu, pengajian tradisional tidak banyak menjanjikan pekerjaan yang sepatutnya, sehingga institusi berkenaan bukan lagi menjadi pilihan tetapi tempat pelarian (setelah pilihan yang lain tidak tercapai).

Justeru di tengah kegalauan umat Islam dengan banyaknya cabaran terhadap pengajian tafsir al-Quran di institusi formal, seperti kaedah pentafsiran al-Quran yang sonsang dan tampak terbaratkan. Beberapa lembaga Islam, baik atas inisiatif peribadi ataupun kolektif, baik di Indonesia mahupun di Malaysia. Telah pun mengasaskan pengajian al-Quran (tafsir) di luar kewenangan kerajaan. Misalnya penubuhan Pusat Studi Quran (2003) di Jakarta oleh M. Quraish Shihab yang menyelenggarakan pengajian tafsir rutin mingguan, bulanan dan sebagainya (http://www.psq.or.id/). Dan lahirnya Darul Quran (1998) di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (http://darulquran.gov.my/) yang menyelenggarakan proses pembelajaran al-Quran; tilawah, tahfiz dan tafsirnya. Percambahan institusi ini tentu akan sangat membantu dalam mengembangkan kajian tafsir al-Quran di rantau Nusantara.


CABARAN GLOBALISASI

Globalisasi bererti dunia tanpa sempadan. Secara prinsipnya, ia lebih bersifat perdagangan dan perekonomian. Namun kesannya sangat menyeluruh: komunikasi, keilmuan, budaya, malah sistem-sistem nilai dan seumpamanya. (Mahmood Zuhdi, 2002: 10). Era globalisasi—sebagai disebut oleh Yusoff Muhammad—adalah dunia ledakan maklumat. Hal itu ditandai dengan meluasnya penggunaan teknologi informasi dan komunikasi (Informatioan and Communication Technology—ICT). Tersebarnya pemakaian internet, dimana peristiwa di belahan dunia lain dapat dicapai dalam waktu singkat hanya dengan hujung jari dan di depan terminal komputer (Yusoff bin Muhammad, 1999: 7).

Haidar Putra Daulay, menyebutkan karakteristik dunia globalisasi dengan: abad yang mengedepankan ilmu pengetahuan. Ditandai dengan lahirnya masyarakat belajar (learning society) atau masyarakat berpengetahuan (knowledge society); era dunia tanpa batas (borderless world), dimana sekat-sekat geografis mula terkikis habis; era kompetitif yang menuntut munculnya manusia unggul (Haidar Putra Daulay, 2002: 3-4).

Meskipun dunia sudah berubah menjadi desa kecil, dengan arus perdana kemajuan moden; kemudahan yang cepat dalam komunikasi-informasi serta kemajuan transportasi (pengangkutan), baik darat, laut mahupun udara (M. Amin Abdullah, 1995: 30), tidak bererti dampaknya kecil dan ringan buat umat Islam. Selain pergeseken budaya; bahasa, hilangnya sekat batas sempadan politik, geografis dan regional. Ia juga menjejaskan masa depan agama. Tidak jarang dijumpai di era globalisasi ini masyarakat pluralisme, yang memegang prinsip bahawa agama itu adalah sama. Padahal Islam telah menyatakan, tidak ada sama antara muwahhid (orang yang mengesakan Allah) dengan orang-orang paganis (penyembah berhala), politeis (banyak tuhan) dan ateis (tidak bertuhan). Menurut Fadhullah Jamil, salah satu ancaman (lagi) yang dihadapi umat Islam zaman moden ialah bahaya ajaran Qadiani (Fadhullah Jamil, 1997: 3).

Di tengah peradaban yang kian dahsyat dan kompetitif ini, keadaan umat Islam pada umumnya (malah) berada dalam kondisi yang lemah; lemah sumber produksi, modal dan teknologi. Umat Islam berada pada objek penderita, konsumen (pengguna) yang pasif atau menjadi buruh kasar (kelas bawah). Dalam politik, kita pun dalam posisi daya tawar yang rendah sehingga negara Islam di beberapa belahan bumi, bagaikan barang mainan puak barat dan sekutunya. Negara muslim umumnya berada dalam dunia ketiga (negara terkebelakang). Tidak mampu menangkal bahaya penetrasi budaya barat (westernisasi) yang semakin kuat (Ali Anwar Yusuf, 2006: 47-49; A. Qadir Audah, 1981).

Setelah kehidupan sosial, politik dan ekonomi, umat Islam juga tengah menghadapi cabaran perang pemikiran (ghazw al-fikr). Fahaman-fahaman menyimpang telah mula merasuki sebahagian umat dan ”ulama”. Terkadang fahaman itu melampaui batas etika pemikiran yang biasa. Ajaran sesat dengan formulasinya yang baru, gerakan anti Hadith, fahaman sekular-liberal betul-betul sedang melanda masyarakat bahkan tokoh-tokoh agama ini. Padahal tokoh agama seharusnya mampu menjadi benteng pertahanan umat. Tokoh-tokoh yang terpesong oleh pengaruh orientalis itu tengah mengalami penyakit (sindrom) yang akut. Mereka telah menjadi pengikut setia tanpa mengembangkan budaya kritikal mereka terhadap keilmuan barat. Masyarakat Islam bukan sahaja mendapat tempias dari gaya berfikirnya barat, bahkan menjadi penyebar fahaman barat di ranah (daerah) sendiri. Inilah diantara agenda terbesar umat Islam, mengembalikan jati diri (keyakinan) dan kebanggaan terhadap hadarah Islamiyah. Kita tidak ingin kembali ke masa lalu, namun kita perlu mengambil pelajaran berharga dari pengalaman ketika itu untuk menatap masa hadapan yang lebih gemilang. Berabad-abad umat Islam mengalami saat-saat kejayaan, bahkan barat pun pernah belajar dari Islam, untuk selanjutnya mereka bangkit. Apa yang baik dari barat, umat Islam mesti mengambil berat perkara itu, tapi jangan sampai merubah warna keIslaman kita.

Ditengah carut marut ekonomi moden, sebahagian umat Islam tengah dihinggapi kebiasaan hidup yang hedonistik, materialistik dan individualistik. Tiga sikap yang lebih mementingkan kemewahan, kepuasaan terhadap harta benda dan barang kemas. Islam tidak melarang umatnya dalam mencari harta kekayaan duniawi. Kerana semua nikmat dunia ini telah diperuntukkan kepada manusia [makhluk khalifah] (Q.S. [2]: 29). Namun, disamping keperluan peribadi dan keluarga, kita juga mempunyai kewajiban moral dan tanggungjawab sosial terhadap sesama. Buat apa berhempas pulas memenuhi hajat nafsu kebendaan yang tiada tepi dan tidak berkesudahan ini? Sementara jiran tetangga, saudara mara hampir meninggal kerana terpaksa menahan lapar dan sebagainya. Masyarakat Islam yang bagus ibadah ritualnya, setiap tahun menunaikan haji ke Baitullah, tetapi ibadah sosialnya pincang, maka boleh dipastikan, dialah orang pertama yang akan memasuki neraka.

Impian kemewahan hidup telah melupakan manusia akan dirinya sendiri, lupa berterima kasih dan tidak ingat bersyukur. Timbul arogansi kebendaan sehingga hidup semaunya layaknya Fir’aun dan Qarun. Islam mengajarkan keseimbangan antara kehidupan dunia dan cadangan untuk kesediaan akhirat (Q.S. [28]: 77)

Kemudian tantangan terhebat dunia sekarang ialah rapuhnya ikatan keluarga. Ibu bapa masyarakat moden terlalu sibuk dengan dunia kerjaya, sementara anak karut marut dengan pergaulan bebas, akrab dengan dadah dan aktiviti anti sosial yang mendangkalkan nilai keimanan dan moral lainnya. Padahal ibu bapa sangat penting dalam membentuk kejiwaan seseorang anak. Bukankah yang berkewajiban mewarnai anak adalah orang tuanya sendiri? Sebagaimana dalam Hadith Nabi disebutkan, kedua ibu bapalah yang menjadikan anaknya Yahudi, Nasrani ataupun Majusi.


PERANAN PENGAJIAN TAFSIR DALAM MENDEPANI CABARAN GLOBALISASI

Pengajian tafsir al-Quran atau lazimnya pengajian Islam lainnya mempunyai peranan yang amat besar dalam mendepani cabaran di era moden ini. Era dimana umat Islam berada dalam keadaan lemah yang berlipat ganda. Bukan sahaja sektor ekonomi, sosial dan politik. Akan tetapi masyarakat Islam tengah menghadapi keadaan yang kritikal di bidang pendidikan dan pemahaman Islam yang sebenar. Pemahaman umat yang salah kaprah dalam menghayati ajaran Islam, ketika Islam hanya diyakini sebatas ibadah ritual dan setakat hubungan transenden (kasalehan) antara peribadi dengan Sang Pencipta. Maka ketika itulah umat Islam telah mengabaikan dimensi lain yang tidak kalah pentingnya.

Pemahaman al-Quran yang benar dapat melerai sikap hidup sekular—pemisahan antara agama dan urusan dunia; sikap hidup yang materialistik dan individualistik; perang pemikiran; dan sikap dualisme ilmu pengetahuan (dikhotomi); serta krisis jati diri. Sikap dikhotomi ilmu pengetahuan juga kian memperburuk citra umat Islam diantara entitas lain di persada jagat ini. Umat Islam mengabaikan kewujudan sains dan teknologi baru dunia. Kesedaran itu terkadang wujud di sebahagian kalangan umat Islam. Maka tidak jarang kita jumpai adagium ”kenapa umat Islam terkebelakang sedangkan orang di luar Islam maju pesat; limadha ta’akhkhara al-muslimun wa taqaddama ghayruhum”. Disamping kita jumpai (pula) kelompok yang mendukung tersebarnya fahaman sonsang itu, yang diwar-warkan barat ke dalam kehidupan kaum muslimin.

Krisis identiti yang menimpa umat Islam; menerima bulat-bulat apa yang dari barat tanpa kritikal, dan (malah) melecehkan pencapaian yang didapat oleh ulama silam. Misalnya menerima metode pentafsiran Bibel (hermeneutika) menggantikan metode tafsir yang muktabar dalam Islam. dengan mengatakan bahawa metode pentafsiran ulama klasik tidak relevan dengan kekinian. Dan juga—menurut mereka—tidak mampu membumikan ajaran Islam yang sebenar. Padahal manhaj tafsir ulama tempo dulu berasaskan kepada nilai-nilai kontekstual (membumi) dan melihat aspek maslahah. Bukankah asbab al-nuzul dalam ilmu tafsir dan asbab al-wurud dalam ilmu Hadith demi memenuhi dimensi kekinian dan kedisinian itu?

Menjawab cabaran itu, al-Farmawi telah pun menyusun kaedah-kaedah pentafsiran baru, Tafsir al-Mawdu’i. Suatu kaedah yang cuba mengetahui penyelesaian al-Quran terhadap sesuatu masalah yang dibahaskan secara komprehensif (Abd al-Hayy al-Farmawi, 1977; Yahya Jusof, 2005: 8). Kesemua usaha itu dalam rangka menyahut soalan sebahagian masyarakat Islam yang mengatakan bahawa al-Quran itu belum (lagi) membumi dan jauh daripada konteks memasyarakat hari ini. Usaha ulama Nusantara dalam bidang ini, kita jumpai tokoh tafsir terkehadapan Indonesia, Muhammad Quraish Shihab yang mengulas tentang ”Membumikan al-Quran” (cet. 31, 1997). Kenyataan bahawa perlunya kerangka kontekstual tidak ditampik oleh Rusjdi Ali Muhammad: penyelidikan terhadap ilmu-ilmu keIslaman sangat terbatas kepada kerangka fikir tekstual, maka perlu menggunakan kerangka fikir kontekstual dengan pendekatan analisis sosial (Rusjdi Ali, 2002: 12).

Diantara cabaran umat Islam (juga) sekarang ini adalah hilangnya jati diri (Mohd Radhi Ibrahim, 2006: 31, 42). Kesan utama yang terhasil dari sifat ini ialah kaum muslimin secara sedar atau tidak telah terikut-ikut dengan budaya asing yang negatif merusak Islam. Kita bukan antipati terhadap barat, namun kita mesti mengembangkan budaya kritikal terhadap tradisi mereka. Lebih-lebih golongan ilmuan, dimana mereka bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjelaskan Islam terhadap orang lain dengan fahaman yang menyeluruh (komprehensif), jelas dan tepat. Bahkan mereka berkewajiban mempertahankan kesucian ajaran Islam dari pencemar, baik dari kalangan dalaman Islam mahupun luaran. Merekonstruksi pemahaman al-Quran (re-interpretasi) al-Quran boleh sahaja dilakukan, selama pintu ijtihad itu masih terbuka. Namun, bukan setiap orang mampu melakoninya. Anggapan bahawa selama ini pentafsiran agama terkesan ekslusif dan tidak fleksibel adalah anggapan yang mengada-ada dan terlalu dipaksakan. Islam selalu membuka ruang bagi kalangan ilmuan untuk ajarannya diterokai dan dikemaskini, sesuai dengan kaedah-kaedah yang muktabar (Suyuthi Pulungan, 2002: 34).

Dalam menghadapi cabaran moden, pengajian tafsir perlu mempertingkatkan kualiti sistem dan relevansi kurikulumnya dengan keperluan semasa (Sidek Baba, 2002: 2). Penubuhan beberapa institusi pengajian tinggi di alam Nusantara ini semakin memberi nafas baru bagi pemahaman al-Quran. Lebih-lebih dengan diasaskannya program pengajian al-Quran yang dipadu padankan dengan teknologi maklumat. Apa yang dilakukan oleh Universiti Sains Islam Malaysia itu perlu menjadi bahan pertimbangan sekaligus percontohan bagi institusi lain, sama ada di Indonesia mahupun institusi lain di rantau ini. Para orang tua masih memiliki harapan supaya anak-anak mereka boleh mendalami ilmu-ilmu al-Quran di institusi pengajian tinggi. Namun mereka juga melihat realiti yang kurang berkesan terhadap alumni pengajian al-Quran, dimana mereka tidak berkebolehpasaran (competitiveness). Lapangan pekerjaan sangat sukar didapati oleh lulusan pengajian tafsir al-Quran.

Pendidikan tafsir al-Quran juga turut berperanan dalam melahirkan insan kamil; utuh secara jasmani dan rohani. Oleh itu, orang-orang yang terlibat dalam pengajian tafsir semestinya menunjukkan akuntabiliti dan profesionalisme disamping keteladanan. Ada yang melihat bahawa, pendidikan kita umumnya (baik di tingkat keluarga mahupun di beberapa lembaga) telah gagal memberikan keteladanan, penghayatan dan nilai-nilai aplikatif. Pendidikan kita berhenti setakat pemindahan (transfer) ilmu pengetahuan (knowledge) dari seorang guru kepada murid dan hanya sekadar pencapaian markah dan sijil. Akibatnya boleh ditebak, lahirnya manusia berilmu tetapi kehilangan nilai kemanusiaan (dehuman), suburnya keserakahan. Akhirnya Allah s.w.t. menyesatkan mereka dengan ilmunya sendiri (Q.S. [45]: 23). Pengajian tafsir al-Quran yang berkualiti, baik di institusi formal mahupun non-formal, diharap mampu mendepani cabaran ini. Sehingga kejatuhan maruah rumah tangga boleh dielakkan sedapat mungkin. Dan degradasi moral generasi muda, mampu diselesaikan dengan bijak dan santun.

PENUTUP

Menyedari beratnya tantangan ketika ini; kemerosotan ekonomi, kekalutan politik antarabangsa, pudarnya jati diri muslim dan maruah, umat Islam perlu kembali kepada sandaran asal, al-Quran dan Sunnah Rasulullah. Kembali kepada al-Quran bukan bermakna umat Islam cukup membaca matan yang ada di dalamnya, lalu berhenti. Justeru umat Islam perlu belajar memahami, menghayati dan mengkaji semula petunjuk-petunjuk yang terkandung di dalam kitab wahyu Allah tersebut. Oleh itu, kewujudan institusi pemahaman (pentafsiran) al-Quran perlu dipertingkatkan kualiti dan khidmat baktinya kepada masyarakat. Meskipun kegemilangan institusi pengajian mampu mencetak generasi yang Qurani, peran keluarga masih tetap diharapkan. Kerana melalui keluargalah bermula langkah generasi ini. Keluarga perlu menganjurkan nilai-nilai uswah (keteladanan).

Diantara usaha mempertingkatkan kualiti pengajian di institusi tafsir ialah dengan melaksanakan kurikulum yang berpaksikan teknologi moden dan bernilai ekonomis. Disamping mereka dituntut untuk menguasai kitab-kitab turath, juga mereka perlu didedahkan dengan pengajian maklumat tafsir menerusi internet dan sebagainya. Selepas mereka menamatkan pengajian, dunia kerjaya pun telah menanti dengan peluang terbuka. Pilihan diserahkan sepenuhnya, apakah mereka akan melanjutkan tradisi pengajian tafsir secara tradisional, atau mereka (malah) akan mengembangkan teknologi maklumat. Sehingga ketakutan orang tua dan generasi mendatang pun dapat terselesaikan dengan mudah. Hal ini selaras dengan intipati ajaran Islam yang menyeru umatnya, untuk tidak meninggalkan generasi mendatang dalam keadaan lemah; agama, ekonomi, pendidikan, karakter peribadi dan seterusnya.

Pengajian tafsir al-Quran di sebarang institusi juga diharap mampu mempertahankan jati diri muslim. Umat Islam harus menjadi entitas yang kuat dan berkarakter. Jangan terus dalam kungkungan ideologi tertentu, termasuk barat. Mereka mesti mengambil posisi sebagai mujtahid yang menghasilkan sesuatu yang berharga bagi Islam. Bukan menjadi muqallid satu peradaban dan pemikiran, ataupun pak turut. Semoga!


DAFTAR BACAAN

Abd al-Hayy al-Farmawi (1977), al-Bidayah fi al-Tafsir al-Mawdu’i. cet. 2. Mesir: Matba’ah al-Hadarah al-Gharbiyah
Ali Anwar Yusuf (2006), Islam dan Sains Modern: Sentuhan Islam Terhadap Berbagai Disiplin Ilmu. Bandung: Pustaka Setia
A. Qadir Audah (1981), Islam Diantara Kebodohan Umat dan Kelemahan Ulama. Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Islam
Haidar Putra Daulay (2002), “Globalisasi Pendidikan dan Cabaran Kurikulum Pengajian Tinggi Islam Serantau” (Prosiding Seminar Serantau Pengajian Tinggi Islam di Rantau Asean: Cabaran dan Arah Masa Depan). Pattani Thailand: Kolej Islam Yala
J. Suyuthi Pulungan (2002), Universalisme Islam. cet. 2. Jakarta: Moyo Segoro Agung
Mahmood Zuhdi bin Hj Ab Majid (2002), “Pengajian Islam di Nusantara: Cabaran dan Arah Masa Depan” (Prosiding Seminar Serantau Pengajian Tinggi Islam di Rantau Asean: Cabaran dan Arah Masa Depan). Pattani Thailand: Kolej Islam Yala
Mahmud Junus (1990), Sedjarah Pendidikan Islam di Indonesia. Djakarat: Pustaka Mahmudiah
M. Amin Abdullah (1995), Falsafah Kalam di Era Postmodernisme. Yogyakarta: Pustaka Pelajar
Mohd Radhi Ibrahim (2006), Akidah dan Pembangunan Tamadun. Bandar Baru Nilai: Kolej Universiti Islam Malaysia
Mustaffa Abdullah (2009), Khazanah Tafsir di Malaysia. Kuala Lumpur: APIUM
Mustafa al-Siba’i (1999), Min Rawa’i’ Hadaratina. Al-Riyad: Dar al-Warraq
Rusjdi Ali Muhammad (2002), “Penyelidikan Ilmu-ilmu Agama Islam: Tantangan dan Arah Masa Depan” (Prosiding Seminar Serantau Pengajian Tinggi Islam di Rantau Asean: Cabaran dan Arah Masa Depan). Pattani Thailand: Kolej Islam Yala
Sidek Baba (2002), “Gagasan Kerjasama IPT Islam di Nusantara” (Prosiding Seminar Serantau Pengajian Tinggi Islam di Rantau Asean: Cabaran dan Arah Masa Depan). Pattani Thailand: Kolej Islam Yala
Yusoff bin Muhammad (1999), Cabaran Umat Islam Dalam Mendepani Alaf Baru. Kuala Terengganu: Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd.

Rabu, 22 April 2009

“Be a Long Life Learner!”
Ditulis oleh Komaruddin Hidayat
Jumat, 06 Maret 2009 14:51
Dikutip dari http://uinjkt.ac.id/

SEJAK masih belajar mengaji di masjid kampung dahulu, saya sudah dengar dan bahkan hafal bahwa Nabi Muhammad mewajibkan umatnya untuk senantiasa belajar sejak masih dalam gendongan sang ibu sampai mendekati liang lahat.

Setelah jadi sarjana dan berkecimpung dalam dunia pendidikan, saya bertemu dengan pesan serupa dalam bahasa Inggris, ”Be a long life learner!” Jadilah pembelajar seumur hidup. Ketika usia semakin bertambah dan secara formal-administratif sekarang berhak menyandang gelar profesor, menginjak usia di atas angka lima ini pesan tadi justru terasa semakin dalam dan mengena maknanya.

Bahwa hidup itu rangkaian pembelajaran.Belajar apa saja, di mana saja, dari siapa saja, sepanjang mendatangkan kebaikan untuk meningkatkan kualitas dan makna hidup. Coba bayangkan. Ketika kecil kita belajar merangkak. Bahkan sebelum itu kita belajar beradaptasi dengan lingkungan baru, begitu terlahir dari kandungan sang ibu.

Dari minggu ke minggu, bulan ke bulan, dan tahun ke tahun,kehidupan ini menuntut kita untuk selalu belajar.Panggung hidup itu sendiri merupakan universitas, rangkaian pembelajaran dan ujian.Begitu seseorang tamat perguruan tinggi, dia mesti belajar mencari kerja yang cocok. Setelah diterima, mesti belajar dengan lingkungan baru dan pekerjaan baru.

Ketika seseorang memasuki rumah tangga, ada agenda belajar yang sangat berat. Lebih berat ketimbang ujian di kampus.Ketika istri hamil, suami-istri belajar bagaimana merawat kehamilan dengan segala perilaku istri yang mungkin aneh-aneh. Setelah anak lahir, mereka belajar jadi orangtua.

Demikianlah proses ini tak akan pernah berhenti. Bahkan ketika sakit di hari tua, kita mesti juga belajar bagaimana menyikapinya sampai kita juga mesti belajar menghadapi saat-saat ajal akan tiba.

Belajar, Mengajar, dan Beramal

Dalam bahasa Arab, kata alam, ilmu, dan amal terdiri atas tiga huruf yang sama, hanya letak susunannya berbeda. Namun sesungguhnya ketiganya memiliki korelasi fungsional yang berkaitan. Pertama, alam, adalah sumber dan objek kajian untuk digali informasinya karena alam bekerja berlandaskan hukum-hukumnya yang pasti.

Alam seisinya juga mengandung berbagai rahasia yang masih terpendam untuk dimanfaatkan oleh manusia. Mereka yang berhasil menggali dan menginterogasi rahasia alam akan memperoleh ilmudan orang yang berilmu disebut alim. Jadi mereka yang pantas disebut sebagai orang alim adalah yang menguasai ilmu tentang alam yang dalam istilah Inggris disebut scientist.

Dalam masyarakat kita,sebutan orang alim biasanya ditujukan kepada mereka yang ahli dalam bidang keagamaan. Itu tidak sepenuhnya salah, tapi kurang tepat mengingat sumber utama agama yang mereka pelajari lebih banyak merujuk pada kitab suci,bukan kitab semesta. Kata kunci ketiga adalah amal.

Bahwa hasil pengembaraan seseorang ilmuwan setelah meneliti fenomena alam hendaknya dilanjutkan dengan karya nyata berupa amal. Jadi, alam, ilmu, dan amal di dalam ajaran Islam merupakan tiga pilar dan tiga serangkai untuk membangun peradaban. Dengan merenungkan keagungan alam, seorang ilmuwan akan sampai pada pertanyaan, siapa desainer dan pencipta semua ini?

Maka di sinilah muncul peristiwa syahadat atau kesaksian. Kesaksian atau syahadat yang benar terhadap Tuhan sebagai Sang Pencipta yang pantas dikagumi dan disembah adalah kesaksian yang didasari ilmu pengetahuan, bukan sekadar ucapan formal. Dengan demikian kalau saya sendiri ditanya, syahadat yang manakah yang menandai iman saya dan yang diakui oleh Tuhan, saya tidak bisa menjawabnya.

Tentu saja sejak kecil saya dan kita telah diajari mengucapkan kalimat kesaksian. Namun itu tak ubahnya anak kecil menyanyikan lagu Indonesia Raya atau hafal kalimat Sumpah Pemuda, tapi tidak paham dan tidak menghayatinya. Berulang kali saya mengamati upacara peringatan kemerdekaan 17 Agustus, di antara mereka ada yang kelihatannya menghayati perjuangan kemerdekaan, tetapi ada pula yang tampaknya asal hadir ikut upacara. Demikianlah kira-kira yang juga terjadi dalam sikap keberagamaan. Ada yang menjalani dengan penghayatan dan pemahaman akan makna yang dikandungnya, ada pula yang tidak. Jadi, ketika kita berhenti belajar, sebuah kemandekan, stagnasi, kejumudan akan menutupi ruang pertumbuhan hidup kita.

Hakikat belajar bukan sekadar tahu, melainkan dengan belajar seseorang menjadi tumbuh dan berubah. To learn is to grow and change. Tidak sekadar belajar lalu berubah, tetapi juga mengubah keadaan. Ketika ilmu itu diamalkan, diharapkan seseorang berpartisipasi dalam mengubah diri dan lingkungannya.

Oleh karenanya, dengan senantiasa belajar dan mengajar, pertanyaannya adalah seberapa jauh kita turut serta membuat orang lain pintar dan terdorong membuat perubahan? Inilah yang juga terkandung dalam kalimat bijak, harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading, orang mati meninggalkan warisan ilmu dan amal saleh.

Korelasi dan keseimbangan antara belajar, mengajar, dan beramal telah diajarkan oleh metabolisme dan kinerja tubuh kita sendiri. Agar senantiasa sehat, tubuh memerlukan makanan, lalu keluar keringat dengan cara beraktivitas. Kalau tidak, pasti akan terserang penyakit karena tidak adanya keseimbangan antara input, aktivitas, dan output.

Di antara penyakit yang menghantui adalah kolesterol dan stroke. Ini terjadi karena seseorang hanya senang mengonsumsi, tetapi enggan berproduksi. Dalam ranah sosial ekonomi juga berlaku hukum ini.

Ketika banyak orang kaya senang menghimpun harta, tetapi enggan membelanjakannya untuk mendukung sektor pertumbuhan ekonomi rakyat, maka sebuah bangsa pasti akan terkena ”kolesterol dan stroke” sehingga lumpuh. Masyarakat tidak memiliki kekuatan daya beli.

Fenomena ini sudah lama terjadi di Indonesia. Jadi sunnatullah atau hukum alam itu berlaku pada ranah sosial, alam semesta, dan diri manusia sendiri. Siapa yang melawan hukum alam pasti akan kalah dan menghancurkan dirinya sendiri. Bahwa kita mesti dengan rendah hati harus selalu belajar agar bisa bersahabat, berguru, dan berdamai dengan kehidupan.

Lalu berbagi pada sesama, baik dalam bentuk pengetahuan maupun karya nyata sehingga gerak spiral umat manusia senantiasa naik dan berkembang. Janganlah beperilaku seperti anak kecil yang asyik membuat istana di atas pasir di tepian pantai, lalu bangunannya tiba-tiba hancur terempas air ombak.

Lebih parah lagi kalau bangunan yang kita buat itu hancur terbakar karena kebodohan kita sendiri. Atau jauh lebih parah lagi kalau hancur karena kita memang senang saling menghancurkan. Kalau demikian, berarti kita tidak lagi mau belajar, mengajar, dan beramal dan berarti pula kita stagnan tidak mampu menerima mandat dan jabatan mulia sebagai mandataris Tuhan di muka bumi. (*)

Tulisan ini pernah dimuat di Seputar Indonesia, 6 Februari 2009

Selasa, 21 April 2009

PRO DAN KONTRA I'JAZ AL-'ADADI (MUKJIZAT NUMERIK)
OLEH: JANNATUL HUSNA BIN ALI NUAR
IGB080008

PENDAHULUAN

Perbahasan mengenai I'jaz al-'Adadi (Mukjizat Numerik) dalam kajian 'Ulum al-Quran adalah perbahasan yang termasuk baru. Oleh itu, banyak timbul pro dan kontra dalam menentukan kebolehan dan manfaat cawangan ilmu kontemporari ini. Hal tersebut dianggap wajar, selama tidak menjatuhkan umat Islam ke dalam kesesatan dan perbalahan yang tidak produktif. Sesuatu gagasan yang asing memang sukar diterima secara langsung. Sejarah awal Islam telah membuktikan, ketika 'Umar bin al-Khattab mengusulkan kepada Khalifah Abu Bakar al-Siddiq untuk mengumpulkan al-Quran yang tercerai berai dalam berbagai-bagai tempat. Keraguan itu bercelaru dalam hati Sang Khalifah antara menerima atau menolak usulan sahabatnya itu, sehinggalah akhirnya, hati Abu Bakar menjadi tenang setelah melihat berbagai maslahah yang wujud dalam pengumpulan Mushaf al-Quran tersebut. Pertentangan berikutnnya timbul dalam masyarakat Islam, sesaat Abu al-Aswad al-Duwali diperintah oleh Khalifah Ali bin Abu Talib untuk memberikan noktah terhadap huruf-huruf al-Quran dan syakal tiap satunya.

Begitupun dengan perbahasan Mukjizat Numerik al-Quran ini. Bagi sesetengah kalangan, kajian terbabit wajar didedahkan mengingat manfaatnya yang cukup besar bagi membuktikan kewujudan mukjizat al-Quran, selain mukjizat perkhabaran, tasyri'iyyah, bayani dan 'ilmiyah yang sedia ada. Serta mampu menunjukkan ketinggian bahasa al-Quran. Namun bagi kelompok yang menganggap perbahasan ini tidak mengandungi faedah, katanya malah dapat memesong umat Islam dengan angka-angka. Padahal menurut mereka, al-Quran bukanlah kitab angka-angka seperti ilmu Matematik.


PRO DAN KONTRA I'JAZ AL-'ADADI DALAM AL-QURAN
Artikel ini coba untuk memaparkan mengenai perbezaan pandangan yang terjadi diantara kalangan ulama dan cendekiawan Islam, mengenai I'jaz al-'Adadi dalam al-Quran. Disedari bahawa perkataan "'adad", sememangnya telah diterakan Allah dalam kitabNya; QS. Al-Jin: 28, QS. Al-Isra': 12, dan seterusnya. Dari beberapa ayat tersebut inilah muncul semangat sekelompok ilmuan Islam untuk menggali kemukjizatan al-Quran. Apatahlagi al-Quran seringkali menceritakan tentang sesuatu peristiwa, sama ada kejadian bumi, langit, surga, neraka dan beberapa tajuk lain, dengan menyebutnya menggunakan angka-angka. Maka bermuculanlah teori-teori Mukjizat Numerik, diantaranya; hisab al-jumal, misteri angka 19 dan angka 7.


KALANGAN PRO I'JAZ AL-'ADADI

Adapun kalangan yang dijangka telah memulakan kajian Mukjizat Numerik ini ialah Rasyad Khalifa (1935-1990). Pakar Biocemistry tersebut menggunakan kaedah angka 19 dalam menganalisis kajiannya terhadap ayat-ayat al-Quran. Dia sangat berpegang kepada angka ini, bahkan—menurutnya—ayat-ayat al-Quran tersusun daripada angka 19 tersebut (wa i'tabara anna al-Quran kullahu munazzam 'ala hadha al-raqam). (lihat Abd al-Da'im al-Kahil, al-I'jaz al-'Adadi: ma lahu wa ma 'alayh, dalam http:// http://www.55a.net/firas/arabic/?page=show_det&id=221&select_page=17, 25 Mac 2009). Yang lebih mengejutkan daripada hasil kajian ini adalah ketika Rasyad Khalifa menjangka berlakunya Hari Kiamat pada tahun 1710 H bersamaan dengan 2280 M. Hal ini kerana kedua angka tersebut merupakan kelipatan daripada angka 19. (lihat Mohammad Noor Shafie, Menentang Ajaran Sesat, dalam http://geocities.com/pilgm/antihadis.htm/, 6 April 2009).

Dalam penjelasan al-Kahil, ketika Rasyad Khalifa menyebarkan fahaman Mukjizat Angka 19 tersebut, jauh sebelumnya, Ibn al-'Arabi telah pun menggunapakai kaedah Hisab al-Jumal dalam meneroka kemukjizatan al-Quran daripada perspektif angka-angka. (lihat al-Kahil, loc.cit.). Namun penulis tidak dapat mempastikan kebenaran informasi tersebut.

Teori angka 19 yang dikemukakan oleh Rasyad khalifah ini, kemudiannya diteruskan penyebarannya oleh Kassim Ahmad (lahir 1933, penulis buku kontroversi Hadith: A Re-Evaluation [1986]). Menurutnya, kandungan al-Quran dapat dibuktikan dengan misteri angka 19, bahawa dianya benar-benar berasal daripada Allah s.w.t. dan bukannya rekaan manusia.
Tidak tanggung-tanggung, impak daripada teori angka 19 Rasyad Khalifa melanda ilmuan besar Afrika Selatan kelahiran Gujarat-India, Ahmad Deedat (1918-2005). Dalam bukunya Al-Quran: The Ultimate Miracle telah membahas penjang lebar perbahasan mengenai mukjizat angka 19 dalam al-Quran (Ahmad Deedat: 27-68). Berpandukan QS. Al-Muddathir: 30 yang menyatakan "'alayha tis'ah 'ashar", Deedat telah mula menghitung huruf yang terdapat dalam kalimat al-basmalah yang berjumlah 19 angka. Beliau juga mencoba rumusan tersebut kepada ayat-ayat al-Quran lainnya, seperti alif lam mim, ha mim, alif lam mim ra, dan ramai lagi.

Selanjutnya, usaha penyebaran ilmu mukjizat angka 19 dalam al-Quran diteruskan oleh Bassam Jarrar. Melalui Markaz Noon Center for Quran Researches and Studies, Bassam mengembangkan pengajian ke atas ayat-ayat al-Quran berpaksikan angka-angka. Dalam berbagai buku dan penyelidikannya, Bassam terus coba mengembangkan dan menyusun metode yang benar. Diantara karyanya yang menghurai perkara ini adalah Irhasat al-I'jaz al-'Adadi, al-Muqtataf min Bayyinat al-I'jaz al-'Adadi, al-I'jaz al-'Adadi bayna al-Haqiqah wa al-Waham, al-I'jaz al-'Adadi bayna al-Hadir wa al-Madi, dan masih banyak lagi (lihat http://www.islamnoon.com/ijazresearches.htm, 6 April 2009).

Kajian ini turut dibahas oleh Ahmad Sa'd al-Din (1990) dalam kitabnya Í'jaz Raqam 19 fi al-Quran al-Karim. (lihat http://ub.arabsgate.com, 25 Mac 2009). Adnan al-Rifa'i dalam karyanya Ihda al-Kubar. Abd al-Razzaq Naufal dalam bukunya I'jaz al-'Adadi fi al-Quran al-Karim.
Tokoh berikutnya yang menceburi diri dalam kajian Numerik al-Quran iaitu Abd al-Da'im al-Kahil. Dalam bukunya Mukjizat al-Quran fi al-'Asr al-Ma'lumiyat (2002) dan Afaq al-I'jaz al-Raqm fi al-Quran al-Karim (2006), pengarang telah mendedahkan perlunya kajian terhadap angka-angka dalam al-Quran khasnya kepada angka tujuh. Angka tersebut dianggap istimewa memandangkan ianya seringkali disebut dalam al-Quran dan al-Hadith. Misalnya tujuh lapis langit, tujuh lapis bumi, tujuh pintu neraka Jahannam (QS. Al-Hijr: 44), tujuh lautan bagi mengira keluasaan nikmat Allah (QS. Luqman: 27), penderma satu biji tanaman akan diganjar dengan 7 tangkai dan seterusnya. Dalam hadith dijelaskan pula; jauhilah 7 dosa yang menghinakan, sujud dengan tujuh tulang dan sebagainya.


KALANGAN YANG KONTRA DALAM I'JAZ AL-'ADADI

Penulis dapat menyebutkan beberapa nama yang mempastikan diri mereka sebagai kelompok yang tidak menerima kewujudan Mukjizat Numerik dalam al-Quran yang berbentuk hisab al-jumal, diantaranya ialah Ibn Hajar al-'Asqalani, Jalaluddin al-Suyuti, Subhi al-Salih dan ramail lagi (lihat Jalaluddin al-Suyuti, 1985: 26-27). Dalam pendapat mereka dinyatakan, wa hadha batil la ya'tamid 'alayh—ini adalah perkara yang batil tidak boleh berpegang dengannya dan ungkapan, la asl lahu fi al-shari'ah—tidak ada asasnya dalam syariah (Islam).

Sebahagian kalangan lain beranggapan, bahawa perbahasan tersebut tidak memberikan faedah, baik untuk peningkatan kualiti ibadah ritual, kehidupan sosial dan sebagainya.
فالبعض يعتقد أن لا فائدة من دراسة الأرقام القرآنية باعتبار أن القرآن الكريم كتاب هداية وتشريع وليس كتاب رياضيات وأرقام (http://www.55a.net/)

Sebahagian lain berkata bahawa kajian tersebut tidak memberi kepuasan ('adam al-iqtina') dan tidak jarang pula kajian terbabit menyimpang daripada kaedah-kaedah ilmiah serta dijumpai banyak kesilapan,
لوجدنا الكثير من الأخطأ والتأويلات البعيدة عن المنطق العلمي (Ibid.)

Bantahan berikutnya tertuju kepada Rasyad Khalifa, yang manyatakan bahawa kata-kata "Allah" terulang sebanyak 2698 kali dalam al-Quran (boleh dibagi dengan angka 19). Penghitungan itu dinilai tidak cermat, kerana (yang benar) adalah kata-kata "Allah" disebutkan sebanyak 2699 kali (ini jelas tidak habis dibagi dengan angka 19).

Kelompok ini juga kurang bersetuju dengan sistem penilaian dalam hisab al-jumal, kenapa huruf ba' dinilai dengan 2 bukannya 3, sementara huruf jim dikira dengan 3 bukannya 5. Apa yang menjadi asas ilmiah dalam penentuan nilai-nilai huruf berkenaan. Pada akhirnya, golongan ini menyeru umat Islam mengambil berat perkara-perkara lain yang jauh lebih berguna daripada bertungkus lumus, menghabiskan masa dan tenaga dalam bidang ini. Kata mereka,
أن هناك علوما قرآنية كالفقه والعبادات والأحكام والقصص والتفسير جديرة بالإهتمام أكثر (Ibid.)

Bilangan angka-angka dalam al-Quran memang terkesan unik dan menakjubkan. Ungkapan kata "al-dunya" selari banyaknya dengan kata "al-akhirah", sebanyak 115 kali. Kata-kata "al-hayah" sama banyaknya dengan "al-mawt", diulang sebanyak 145 kali. Kata-kata "al-yawm" dalam bentuk tunggal (mufrad) disebut sebanyak 365 kali, sesuai dengan banyaknya hari dalam hitungan satu tahun. Kata-kata "shahr" yang bererti bulan diulang sebanyak 12 kali dalam al-Quran, sama dengan jumlah bulan dalam satu tahun. Begitu juga jumlah "al-yawm" dalam bentuk muthanna dan jamak, disebut sebanyak 30 kali, selari dengan banyaknya hari dalam satu bulan. Kata-kata "al-Barr" yang bererti daratan disebut sebanyak 13 kali dalam al-Quran, sedangkan kata "al-Bahr" yang bererti lautan disebut sebanyak 32 kali dalam al-Quran. Fakta ini sesuai dengan temuan saintifik, bahawa keluasan samudera mencecah 2/3 mengungguli keluasaan daratan. (lihat http://www.miraclesofthequran.com/mathematical_01.html). Realiti angka-angka ini semua (dan masih ramai lagi), tidak ditampik oleh kelompok kontra Mukjizat Numerik dalam al-Quran. Yang mereka ketepikan adalah teori sebahagian kalangan—yang seakan—mengherek-herek atau memaksa (memperkosa) al-Quran supaya tunduk dalam kaedah angka-angka mereka.

Menengahi kedua aliran ini sebaiknya kita tidak bersikap apriori ataupun cepat mengambil kesimpulan. Menurut penulis, kedua kalangan Islam tersebut sama-sama berazam menjaga al-Quran. Kelompok Numerik mahukan ayat-ayat al-Quran itu diyakini kebenarannya melalui mukjizat angka-angka yang terkandung di dalamnya. Sementara kelompok kedua, inginkan al-Quran selalu terpelihara daripada kesilapan orang-orang "dungu" yang menjelaskan al-Quran jauh daripada kaedah-kaedah pentafsiran muktabar dan serampangan.

Kerana perbahasan Mukjizat Numerik al-Quran masih terbilang muda dan baru, maka sepatutnya kita bersikap; meneruskan penyelidikan dan penerokaan dalam bidang ini. Sehinggalah, pada akhirnya terlahir satu kaedah dan metodologi yang baik, terbebas daripada sebarang kesilapan. Kalaupun ijtihad itu tidak boleh terlepas daripada kesalahan, mudah-mudahan penerokaan itu tetap dinilai sebagai satu kebaikan. Wallahu a'lam.
KITAB PEDOMAN SOLAT OLEH PROF. DR. T.M. HASBI ASH-SHIDDIEQY: SATU PENGENALAN DAN ULASAN TERHADAP HADITH
OLEH: JANNATUL HUSNA
IGB 080008


PENDAHULUAN

Karya yang akan kita perkenalkan kali ini adalah diantara sumbangan tokoh prolifik[1] Indonesia, kitab Pedoman Solat. Kitab ini buah karya T.M. Hasbi Ash-Shiddieqy,[2] ulama Nanggroe Aceh Dar al-Salam, Indonesia. Tokoh kita yang satu ini sungguh amat produktif dalam menulis karya. Tulisannya tidak sahaja terhad kepada satu aspek keilmuan, akan tetapi meliputi pelbagai bidang khazanah Islam. Karyanya yang terbesar ialah di bidang Tafsir al-Quran, dengan terhasilnya kitab Tafsir al-Nur (1956) dan Tafsir al-Bayan (1971). Namun, karyanya di bidang lain tidak kalah besarnya juga, diantaranya ialah bidang Fiqh, Ibadah, 'Ulum al-Quran, Tafsir dan Hadith. Dalam bidang Ibadah, beliau telah menulis kitab Risalah Ash-Shalah atau yang dikenali disini sebagai Pedoman Solat.[3]


Berikut ini akan penulis paparkan tentang beberapa aspek berkaitan dengan kitab Pedoman Solat tersebut; pengenalan kitab, kandungan dan analisis terhadap Hadith-hadith Nabi yang digunakan didalamnya.


PENGENALAN KITAB


Kitab Pedoman Solat yang ditulis oleh T.M. Hasbi Ash-Shiddieqy dicetak untuk kali pertama tahun 1950 di bawah penerbit PT. Bulan Bintang, Jakarta. Kerana manfaatnya yang tampak memberangsangkan bagi kefahaman ibadah ritual umat Islam di Indonesia, kitab ini telah diulang cetak untuk beberapa kali. Cetakan ke-2 tahun 1954, cetakan ke-3 tahun 1956, cetakan ke-4 tahun 1959, cetakan ke-5 tahun 1963, cetakan ke-6 tahun 1965, cetakan ke-7 tahun 1971 dan cetakan ke-8 tahun 1974.[4] Masing-masing edisi percetakan itu sentiasa dikemas kini (direvisi) sesuai keperluan semasa dan permintaan khalayak pembaca. Fakta ini dinyatakan langsung oleh penulis dalam setiap kata pengantar bukunya. Sepanjang pengamatan penulis ketika menuntut di IAIN Imam Bonjol (2002-2006), buku Pedoman Solat karangan Prof. Dr. Hasbi ini juga telah dicetak oleh Rizki Putra Semarang.


Adapun untuk versi bahasa Malaysia, kitab ini justru telah mendapatkan kebenaran (keizinan) daripada PT. Bulan Bintang untuk diterbit dan diedarkan oleh Thinker’s Library Sdn. Bhd. sejak tahun 1986 lagi. Ianya dicetak dengan ISBN 967-69-0076-1.[5] Penerbit ini beralamat di No. 123, Jalan Jasa Tiga, Taman Jasa Sungai Tua, 68100 Batu Caves Selangor Darul Ehsan. Sampai tahun 1996, kitab ini telah menjejaki fase cetakan ke-6, dengan 590 halaman dan mengandungi 27 bab perbahasan. Ini memberikan kesan bahawa, kajian yang didedahkan oleh pengarang dalam buku tersebut menemukan tempat yang bererti dalam hati masyarakat Alam Nusantara.[6]


Meskipun telah mengalami pengubahsuaian bahasa, bagaimanapun penerbit berkenaan masih lagi mengekalkan sebahagian daripada keaslian rasa (zuq) bahasa kitab Pedoman Solat. Salah satu contoh yang boleh kita lihat ialah, ketika pengarang menyebutkan objektif penulisannya:
”...Maka oleh karena shalat adalah sebesar-besar ibadat yang mendekatkan diri pada ’abid dengan ma’budnya, maka perlulah para penuntun untuk memberi nidham yang benar kepada saudara-saudara kita yang mengerjakan shalat...untuk menunaikan sebahagian kewajiban seorang muslim terhadap umat Islam, saya susunlah Risalah ”Ash-Shalah” (Pedoman Shalat) ini. Mudah-mudahan dengan inayat Allah, bermanfaatlah kiranya risalah ini untuk diriku, anak-anakku, keluargaku dan segala saudara yang menghajatinya....”.[7]


Diantara kandungan buku Pedoman Solat tersebut ialah, dimulakan dengan Kalimat Tashdier; yang mengandungi ucapan basmalah, puji-pujian terhadap Allah (tahmid), selawat kepada Rasulullah s.a.w. serta orang-orang yang mengikutinya. Adapun objektif penulisan telah diketahui sepertimana diatas, iaitu untuk mendedahkan tuntunan beribadah bagi khalayak yang memerlukannya. Oleh itu, dimensi pendalilan yang wujud disini tidak begitu terserlah pada awalnya. Pengutipan ayat dan matan hadith pun tidak dipaparkan secara jelas. Derajat-derajat hadith tidak diterakan, akan tetapi pengarang telah menyebutkan dengan mujmal (global) sumber pengambilannya. Agar para guru lebih mudah merujuk kepada sumber yang telah dinyatakan itu.


Pada cetakan ke-3 (1956), pengarang mengakui bahawa perubahan yang besar telah terjadi atas percetakan ketika itu. Dimana telah diterakannya ayat-ayat al-Quran dan Hadith-hadith Nabi s.a.w. Perkara terbabit belum ada sebelumnya. Hal ini memandangkan aspirasi khalayak yang mendapati kesukaran, ketika mereka mau merujuk semula sumber tersebut.


Bagaimanapun—menurut pengamatan penulis—kandungan kitab ini lebih difokuskan kepada perbahasan empirikal-praktis sembahyang. Hematnya, pengarang ingin menyampaikan pesan kepada khalayak pembaca, agar mencapai kesempurnaan sembahyang secara praktikal. Kerana itu, pada percetakan awal, pengarang tidak merasa perlu untuk menyinggung perbahasan yang berhubungkait dengan rukun, sunnah dan syarat-syarat sembahyang secara normatif-teoritikal. Nabi s.a.w. pun tidak mengajarkan tentang; ini rukun, ini sunnah dan seterusnya. Akan tetapi Baginda hanya menyeru umat Islam untuk sembahyang mengikut cara yang diajarkan sebagaimana dalam Sunnahnya. Sabda Rasulullah s.a.w.,
...وَصَلُّوا كَمَا رَأَيْتُمُونِي أُصَلِّي...[8]
"…dan sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat saya sembahyang…" (HR. Bukhari).
Tetapi metode yang digunakan pengarang mendapat sanggahan daripada masyarakat pembaca. Mereka menginginkan juga, supaya pengarang menandaskan hal-hal berkenaan dengan perkara rukun, syarat, sunat, makruh, mubah dan yang seumpamanya. Banyaknya permintaan pembaca, membuat pengarang harus mengambil berat masalah berkenaan. Pada penerbitan kedua pengarang telah menambahkan perkara yang menjadi tuntutan khalayak pembaca tersebut.[9]


Pada bab pendahuluan, sebelum masuk kepada kaifiyah sembahyang, pengarang sudahpun mendedahkan beberapa isu yang berkembang di dalam kehidupan umat Islam. Isu dimaksud ialah berasaskan kepada kebiasaan umat Islam terhadap sembahyang. Meskipun sembahyang adalah ibadah utama dalam Islam, namun umat Islam sebahagiannya menganggap remeh dan ringan. Kerana itu pengarang menulis tiga golongan umat Islam di tanah air; golongan yang ada bersalat, golongan yang tidak bersalat dan golongan yang kadang-kadang bersalat terkadang tidak.[10]


Masing-masing keadaan tiga golongan umat Islam diatas disebutkan keadaannya. Golongan yang salat; golongan yang salat semaunya sahaja, pengaruh kebiasaan, semata-mata meniru, wuduk dengan tidak sempurna, salat dengan bergegas-gegas dan salat kerana sesuatu keperluan dunia. Golongan yang tidak bersalat; masih terlihat hilir-mudik ketika azan dikumandangkan, anggapan salat itu pakaian orang-orang tua yang telah pencen, hilangnya keinsafan dan kesedaran, tidak pernah melihat orang sekitarnya bersalat dan kalangan yang tidak mempunyai pengetahuan. Golongan yang kadang-kadang salat dan terkadang tidak; pengaruh teman, direpoti oleh urusan dunia kerjaya, dan seribu satu macam alasan dapat diperolehi dan dipaparkan.[11]


Pada bab pertama, pengarang memaparkan masalah yang terkait dengan "Kedudukan Shalat Dalam Rangka Pembinaan Iman". Didalam bab ini terkandung perbahasan: shalat suatu rangka pokok dari iman; shalat syarat diterima iman dan amal; tidak ada iman tanpa shalat.[12] Pada bab kedua pengarang menjelaskan tentang "Martabat Shalat Diantara Martabat-martabat Ubudiyah". Disini telah didedahkan masalah: kedudukan shalat diantara berbagai-bagai macam thaat; beberapa ketetapan al-Quran tentang shalat; beberapa perintah dan pujian Tuhan kepada Nabi-nabiNya, terhadap shalat; keistimewaan-keistimewaan shalat; shalat sesempurna martabat menghambakan diri kepada Allah s.w.t.; ancaman Allah terhadap orang-orang yang meninggalkan shalat; ditolak amal kebajikan karena meninggalkan shalat.[13]


Pada bab ketiga telah dihurai tajuk "Pembahasan-pembahasan Sekitar Shalat", yang melibatkan perbahasan tentang: ta'rif shalat; keindahan shalat melebihi segala shalat yang lain-lain; sebab dinamai shalat; dalil wajib mendirikan shalat; atas siapakah shalat itu difardukan?; shalat anak kecil; arti mendirikan shalat; bilangan shalat yang difardukan.


Sementara itu untuk bab-bab berikutnya telah dijelaskan mengenai: kedudukan khusuk, ikhlas,takut dan hadir hati di dalam shalat; syarat-syarat shalat dan hal-hal yang wajib disempurnakannya; tempat-tempat yang dilarang kita bershalat di dalamnya dan keadaan-keadaan yang dilarang bershalat; waktu-waktu shalat dan rahasia-rahasianya; beberapa hukum-hukum pokok bagi shalat; tata tertib dan adab-adab mendirikan shalat; hikmat-hikmat dan rahasia-rahasia yang dikandungi shalat; kedudukan usaha memakmurkan masjid; adzan shalat dan iqamatnya; shalat jema'ah di masjid; tata tertib mendirikan jama'ah; sujud sahwi, sujud tilawah dan sujud syukur; shalat Jum'at; tata tertib mendirikan shalat Jum'at adab-adab ke Jum'at; shalat hari raya; tata tertib mendirikan shalat hari raya; shalat dalam safar di kala tak ada khauf dan di kala di sertai khauf; shalat dalam safar, shalat khauf dalam safar dan dalam sakit/ketakutan; tuntunan shalat jenazah (shalat mayyit); shalat kusuf, khusuf, ninggalkan shalat.


Pada akhir perbahasannya, pengarang telah menyebutkan beberapa istilah hukum-hakam dalam Islam (Beberapa Ta'rif Istilah Hukum).[14] Selain itu juga telah dicantumkan beberapa istilah Arab dalam "Kamus Kata-kata Arab".[15] Memandangkan perlunya indeks terhadap pengutipan ayat-ayat al-Quran, pengarang telah membuat satu indeks "Daftar ayat-ayat al-Qur'an".[16] Dan terakhir sekali, sumber rujukan penulisan kitab (Mashadir) pun tidak lupa disenaraikan supaya pembaca boleh merujuk semula kepada kitab-kitab berkenaan. Selain Kutub al-Sittah (Kitab Hadith) yang muktabar, dianya juga merujuk kepada kitab-kitab tafsir kenamaan, seperti Tafsir al-Quran al-'Azim susunan Imam Ibn Kathir, Tafsir al-Manar susunan Sayyid Muhammad Rashid Rida, Awdat al-Tafasir oleh Syeikh Muhammad Abd al-Latif, al-Hidayah wa al-'Irfan oleh Syeikh Muhammad Abu Zaid.[17] Cuma ada kesilapan cetak terjadi disini, ketika pengarang menyebutkan bahawa kitab al-Muwatta' susunan al-Imam Ibn Majah. Padahal yang dimaksudkan adalah kitab Sunan Ibn Majah susunan al-Imam Ibn Majah.[18]



ULASAN HADITH


Sebagaimana telah disinggung sebelumnya bahawa pengarang kitab Pedoman Solat tidak menjelaskan Hadith-hadith yang dirujukinya kecuali cuplikan matannya sahaja. Adapun mengenai jalur sanad tidak disinggung, sama ada peringkat sahabat mahupun tingkat periwayat sesudahnya. Namun di sesetengah tempat, pengarang ada menyebut tentang mukharrij Hadith berkenaan. Oleh itu, penulis merasa perlu untuk melihat sekilas mengenai ulasan terhadap Hadith-hadith yang digunakan pengarang. Dari sekian banyak Hadith yang digunakan sebagai dalil, kesempatan ini akan penulis huraikan sebahagian kecil sahaja diantaranya:
No
Analisis/Takhrij Ringkas
Matan Hadith
Halaman
1
Hadith ini diriwayatkan: al-Bukhari,[19] Muslim,[20] Abu Dawud,[21] al-Tirmidhi,[22] al-Nasa'i,[23] Ibn Majah.[24]
إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ (قيل: رواه البخاري ومسلم)
149
2
Hadith ini diriwayatkan: Abu Dawud,[25] al-Tirmidhi,[26] al-Nasa'i,[27] Ibn Majah[28]
إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ النَّاسُ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ أَعْمَالِهِمْ الصَّلَاةُ (قيل رواه الطبراني عن أنس)
43
3
Hadith ini diriwayatkan: Abu Dawud,[29] al-Nasa'i[30] dan Ahmad[31]
مَنْ تَرَكَ ثَلَاثَ جُمَعٍ تَهَاوُنًا بِهَا طَبَعَ اللَّهُ عَلَى قَلْبِهِ (قيل رواه أبو داود)
34
4
Hadith ini diriwayatkan: al-Bukhari[32] dan Ahmad.[33]
وَصَلُّوا كَمَا رَأَيْتُمُونِي أُصَلِّي (قيل رواه البخاري و مسلم)
36
5
Dalam pencarian Maktabah Shamilah, Hadith yang dikatakatan sebagai riwayat Imam Ahmad ini, tidak dijumpai. Bahkan di dalam kitab-kitab di luar kitab Hadith muktabar sekalipun.
يَأْتِيْ عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ يُصَلُّوْنَ وَلَا يُصَلٍّوْنَ (قيل رواه أحمد)
26
6
Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud.[34]
رُصُّوا صُفُوفَكُمْ وَقَارِبُوا بَيْنَهَا وَحَاذُوا بِالْأَعْنَاقِ فَوَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ إِنِّي لَأَرَى الشَّيْطَانَ يَدْخُلُ مِنْ خَلَلِ الصَّفِّ كَأَنَّهَا الْحَذَفُ (قيل رواه أبو داود)
32
7
Dalam pencarian Maktabah Shamilah, Hadith yang dikatakatan sebagai riwayat Imam al-Baihaqi ini, tidak dijumpai. Yang ada hanya Hadith riwayat Imam al-Tabrani:
من أحيا سنتي فقد أحبني ، ومن أحبني كان معي في الجنة
مَنْ أَحْيَا سُنَّتِي عِندَ فَسَادِ أُمَّتِي ... (قيل رواه البيهقي عن أبي هريرة)
38


PENUTUP


Dari pemaparan ringkas diatas, dapatlah diambil kesimpulan bahawa T.M. Hasbi Ash-Shiddieqy telah menulis kitab yang baik. Penjelasan yang terkandung dalam kajian Risalah Ash-Shalah berasaskan kepada kaedah pendalilan al-Quran dan al-Hadith. Hal ini sesuai dengan prinsip yang diperpegangi oleh majoriti bahkan seluruh umat Islam bahawa ibadah mesti berlandaskan kepada dalil naqli (al-asl fi al-’ibadah al-ittiba’ wa al-tawqif). Apatah lagi ibadah sembahyang yang merupakan ibadah ritual, yang secara rasmi sentiasa didirikan umat Islam sekurang-kurangnya lima kali sehari semalam.


T.M. Hasbi Ash-Shiddieqy yang sedianya telah menceburi pelbagai diskursus keilmuan Islam telah berjaya menyusun buku ini. Buktinya, kitab yang disusunnya telah diulang cetak puluhan kali. Selain itu, pendedahan pengarang terasa amat dihajati oleh kalangan muslimin Nusantara. Mengenai kandungan isi kitab Pedoman Solat terdiri dari bermacam-macam isu, baik yang selaras dengan realiti kehidupan manusia terhadap ibadah sembahyang (empirikal), mahupun pendedahan yang berkaitan dengan hukum-hakam sembahyang (teoritikal).


Kekurangan yang berlaku dalam kitab tersebut, sedikit-sebanyak mudah-mudahan boleh terjawab dengan kajian ringkas ini. Ketika pengarang tidak mendedahkan dalil-dalil naqli secara lengkap dan utuh, berupa ayat dan Hadith. Itu kerana—menurut hemat penulis—meringkaskan perbahasan. Lebih-lebih pemaparan hadith yang terasa amat panjang kalau sekiranya diikutkan dengan penjelasan sanad ia sekali. Sebagaimana lazimnya penulis-penulis lain, yang mencantumkan hadith-hadith Rasulullah dengan matan sahaja, perkara itu bukanlah dianggap sebagai satu kesilapan yang serius. Bahkan ianya boleh ditolerir, kerana di sesetengah tempat pengarang telah pun menjelaskan sumber pengambilannya. Demikian, wallahu a’lam.



BIBLIOGRAFI



KITAB BAHASA ARAB


Muhammad bin Isma'il al-Bukhari (1421 H/2000 M) "Sahih al-Bukhari" dalam Salih bin Abd al-'Aziz bin Muhammad bin Ibrahim Ali al-Shaykh. Mawsu'ah al-Hadith al-Sharif al-Kutub al-Sittah. cet. 3, No. Hadith 631, Kitab al-Adhan, Bab al-Adhan li al-Musafirin idha kanu Jama'ah wa al-Iqamah, wa Kadhalika bi 'Arafah wa Jam', al-Riyad: Dar al-Salam
Muslim bin al-Hajjaj (1421 H/2000 M) "Sahih Muslim" dalam Salih bin Abd al-'Aziz bin Muhammad bin Ibrahim Ali al-Shaykh. Mawsu'ah al-Hadith al-Sharif al-Kutub al-Sittah. cet. 3, No. Hadith 3530, Kitab al-Imarah, Bab Qawl al-Nabiy s.a.w. Innama al-A'mal, al-Riyad: Dar al-Salam
Abu Dawud Sulayman bin al-Ash'ath (1421 H/2000 M) "Sunan Abi Dawud" dalam Salih bin Abd al-'Aziz bin Muhammad bin Ibrahim Ali al-Shaykh. Mawsu'ah al-Hadith al-Sharif al-Kutub al-Sittah. cet. 3, No. Hadith 1882, Kitab al-Talaq, Bab Fima 'Aniy bihi al-Talaq wa al-Niyyah, al-Riyad: Dar al-Salam
Muhammad bin 'Isa al-Tirmidhi (1421 H/2000 M) "Sunan al-Tirmidhi" dalam Salih bin Abd al-'Aziz bin Muhammad bin Ibrahim Ali al-Shaykh. Mawsu'ah al-Hadith al-Sharif al-Kutub al-Sittah. cet. 3, No. Hadith 1571, Kitab Fada'il al-Jihad, Bab Ma Ja'a Fiman Yuqatil, al-Riyad: Dar al-Salam
Ahmad bin Shu'ayb al-Nasa'i (1421 H/2000 M) "Sunan al-Nasa'i" dalam Salih bin Abd al-'Aziz bin Muhammad bin Ibrahim Ali al-Shaykh. Mawsu'ah al-Hadith al-Sharif al-Kutub al-Sittah. cet. 3, No. Hadith 74, Kitab al-Taharah, Bab al-Niyyah fi al-Wudu', al-Riyad: Dar al-Salam
Muhammad bin Yazid Ibn Majah (1421 H/2000 M) "Sunan Ibn Majah" dalam Salih bin Abd al-'Aziz bin Muhammad bin Ibrahim Ali al-Shaykh. Mawsu'ah al-Hadith al-Sharif al-Kutub al-Sittah. cet. 3, No. Hadith 42, Kitab al-Zuhd, Bab al-Niyyah, al-Riyad: Dar al-Salam



BUKU BAHASA MELAYU


Kelana C.M. dan Lai Choy (1998). Kamus Perwira (Bahasa Melayu ● Bahasa Inggeris). Seri Kembangan: Penerbit Daya Sdn. Bhd.
Mahmud Junus (1379 H/1960). Sedjarah Pendidikan Islam di Indonesia. Djakarta: Pustaka Mahmudiah
T.M. Hasbi Ash-Shiddieqy (1996). Pedoman Solat. cet. 6. Batu Caves: Thinker’s Library Sdn. Bhd.



LAMAN WEB DAN RUJUKAN ELEKTRONIK


http://en.wikipedia.org/wiki/Nusantara, 31 Mac 2009
http://disertasi.blogspot.com/2007/06/disertasi-ilmiah-4-tafsir-al-bayan-oleh.html, 31 Mac 2009
http://mipsos.wordpress.com/2009/03/11/mipsos-sudah-punya-nomor-issn/, 31 Mac 2009
http://www2.kompas.com/kompas-cetak/0107/10/dikbud/isbn19.htm/, 31 Mac 2009
Maktabah Shamilah Hadith

NOTA KAKI

[1] Prolifik adalah satu istilah yang digunakan bagi menjuluki seseorang yang banyak menghasilkan karya (ciptaan). Lihat Kelana C.M. dan Lai Choy (1998). Kamus Perwira (Bahasa Melayu ● Bahasa Inggeris). Seri Kembangan: Penerbit Daya Sdn. Bhd., h. 1129.
[2] Pria kelahiran Lhokseumawe, 10 Mac 1909 dan meninggal dunia 9 Disember 1975. Dimakamkan di tanah perkuburan IAIN Ciputat Jakarta. Pernah menjadi Dekan Fakulti Syariah IAIN Sunan Kalijaga Yogyakarta (1960-1972). Memperolehi Ijazah Kehormat atau Dr. H.C. (Honouris Causa) dari UNISBA (22 Mac 1975) dan IAIN Sunan Kalijaga (29 Oktober 1975). Oleh kerana peranannya yang amat besar dalam mengembangkan kajian-kajian keIslaman dan khidmatnya dalam memajukan Perguruan Tinggi Islam di Indonesia. Baca Mahmud Junus (1379 H/1960). Sedjarah Pendidikan Islam di Indonesia. Djakarta: Pustaka Mahmudijah, h. 354. Lihat pula http://disertasi.blogspot.com/2007/06/disertasi-ilmiah-4-tafsir-al-bayan-oleh.html, diakses 31 Mac 2009.
[3] Penerbit Malaysia, Thinker's Library Sdn. Bhd. mengadaptasikan istilah Pedoman Ash-Shalah dengan sebutan Pedoman Solat. Oleh kerana penulis membahas edisi buku Malaysia-nya, maka seterusnya penulis akan akur dengan istilah Pedoman Solat, meskipun dalam beberapa kesempatan yang telah dijelaskan, gaya bahasa pengarang terpaksa dikekalkan.
[4] T.M. Hasbi Ash-Shiddieqy (selanjutnya ditulis Hasbi) (1996). Pedoman Solat. cet. 6. Batu Caves: Thinker’s Library Sdn. Bhd., h. 13.
[5] ISBN ialah akronim kepada International Standard Book Number atau Standard Penomboran Buku Internasional. Sedangkan ISSN International Standard Serial Number atau Standard Penomboran Seri Internasional. Lebih lanjut lihat http://www2.kompas.com/kompas-cetak/0107/10/dikbud/isbn19.htm atau http://mipsos.wordpress.com/2009/03/11/mipsos-sudah-punya-nomor-issn/, diakses 31 Mac 2009.
[6] Alam Nusantara yang penulis maksudkan dalam artikel ini adalah pengertian yang berkembang pada masa Kerajaan Majapahit (kurun ke-14) mencakupi wilayah Tumasik (Singapura), Semenanjung Malaysia dan Brunai. Bukan pengertian yang dikembangkan oleh Dr. Setia Budi yang mendefenisikan Alam Nusantara dengan; seluruh wilayah Indonesia dari Sabang sehingga Merauke (Nusantara as all the Indonesian regions from Sabang until Merauke). Baca konsep penjenamaan Alam Nusantara ini lebih lanjut di laman web http://en.wikipedia.org/wiki/Nusantara, diakses 31 Mac 2009.
[7] Hasbi, op.cit., h. 7.
[8] Hasbi, ibid., h. 36. Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari, lihat Muhammad bin Isma'il al-Bukhari (1421 H/2000 M) "Sahih al-Bukhari" dalam Salih bin Abd al-'Aziz bin Muhammad bin Ibrahim Ali al-Shaykh. Mawsu'ah al-Hadith al-Sharif al-Kutub al-Sittah. cet. 3, No. Hadith 631, Kitab al-Adhan, Bab al-Adhan li al-Musafirin idha kanu Jama'ah wa al-Iqamah, wa Kadhalika bi 'Arafah wa Jam', al-Riyad: Dar al-Salam, h. 51.
[9] Hasbi, op.cit., h. 13, 148 dan 149.
[10] Ibid., h. 25.
[11] Ibid., h. 26-31.
[12] Ibid., h. 39-45.
[13] Ibid., h. 46-61.
[14] Seperti istilah sunnat, mandub, mustahab, tathawwu' dan seterusnya. Lihat ibid., h. 584.
[15] Seperti perkataan taqarrub, tasbiel, amal-amal nawafil, tawajjuh dan sebagainya. Lihat ibid., h. 586.
[16] Ibid., h. 588.
[17] Ibid., h. 589.
[18] Ibid.
[19] Muhammad bin Isma'il al-Bukhari (1421 H/2000 M) "Sahih al-Bukhari" dalam Salih bin Abd al-'Aziz bin Muhammad bin Ibrahim Ali al-Shaykh. Mawsu'ah al-Hadith al-Sharif al-Kutub al-Sittah. cet. 3, No. Hadith 1, Kitab Bad' al-Wahy, Bab Bad' al-Wahy, al-Riyad: Dar al-Salam.
[20] Muslim bin al-Hajjaj (1421 H/2000 M) "Sahih Muslim" dalam Salih bin Abd al-'Aziz bin Muhammad bin Ibrahim Ali al-Shaykh. Mawsu'ah al-Hadith al-Sharif al-Kutub al-Sittah. cet. 3, No. Hadith 3530, Kitab al-Imarah, Bab Qawl al-Nabiy s.a.w. Innama al-A'mal, al-Riyad: Dar al-Salam.
[21] Abu Dawud Sulayman bin al-Ash'ath (1421 H/2000 M) "Sunan Abi Dawud" dalam Salih bin Abd al-'Aziz bin Muhammad bin Ibrahim Ali al-Shaykh. Mawsu'ah al-Hadith al-Sharif al-Kutub al-Sittah. cet. 3, No. Hadith 1882, Kitab al-Talaq, Bab Fima 'Aniy bihi al-Talaq wa al-Niyyah, al-Riyad: Dar al-Salam.
[22] Muhammad bin 'Isa al-Tirmidhi (1421 H/2000 M) "Sunan al-Tirmidhi" dalam Salih bin Abd al-'Aziz bin Muhammad bin Ibrahim Ali al-Shaykh. Mawsu'ah al-Hadith al-Sharif al-Kutub al-Sittah. cet. 3, No. Hadith 1571, Kitab Fada'il al-Jihad, Bab Ma Ja'a Fiman Yuqatil, al-Riyad: Dar al-Salam.
[23] Ahmad bin Shu'ayb al-Nasa'i (1421 H/2000 M) "Sunan al-Nasa'i" dalam Salih bin Abd al-'Aziz bin Muhammad bin Ibrahim Ali al-Shaykh. Mawsu'ah al-Hadith al-Sharif al-Kutub al-Sittah. cet. 3, No. Hadith 74, Kitab al-Taharah, Bab al-Niyyah fi al-Wudu', al-Riyad: Dar al-Salam.
[24] Muhammad bin Yazid Ibn Majah (1421 H/2000 M) "Sunan Ibn Majah" dalam Salih bin Abd al-'Aziz bin Muhammad bin Ibrahim Ali al-Shaykh. Mawsu'ah al-Hadith al-Sharif al-Kutub al-Sittah. cet. 3, No. Hadith 42, Kitab al-Zuhd, Bab al-Niyyah, al-Riyad: Dar al-Salam.
[25] Abu Dawud, op.cit., Kitab al-Salah, Bab Qawl al-Nabiy s.a.w. Kull Salah, No. Hadith 733.
[26] Al-Tirmidhi, op.cit., Kitab al-Salah, Bab Ma Ja'a Anna Awwal Ma Yuhasab bihi al-'Abd Yawm, No. Hadith 378.
[27] Al-Nasa'i, op.cit., Kitab al-Salah, Bab al-Muhasabah 'ala al-Salah, No. Hadith 461.
[28] Ibn Majah, op.cit., Kitab Iqamah al-Salah wa al-Sunnah fiha, Bab Ma Ja'a fi Anna Awwal Ma Yuhasab bihi al-'Abd al-Salah, No. Hadith 1415.
[29] Abu Dawud, op.cit., Kitab al-Salah, Bab al-Tashdid fi Tark al-Jumaah, No. Hadith 888.
[30] Al-Nasa'i, op.cit., Kitab al-Jumaah, Bab Fi al-Takhalluf 'an al-Jumaah, No.Hadith 1352.
[31] Ahmad bin Muhammad bin Hanbal, Musnad Ahmad, Kitab Musnad al-Makkiyyin, Bab Hadith Abi al-Ja'd al-Damri r.a., No. Hadith 14951.
[32] Al-Bukhari, op.cit., Kitab al-Adhan, al-Adab, Akhbar al-Ahad, Bab al-Adhan li al-Musafir idha kanu Jama'ah, Rahmat al-Nas wa al-Baha'im, Ma Ja'a fi Ijazah Khabar al-Wahid, No.Hadith 595, 5549, 6705.
[33] Ahmad, op.cit., Kitab Musnad al-Basriyyin, Bab Baqiyyah Hadith Malik bin Huwayrith r.a., No.Hadith 19625.
[34] Abu Dawud, op.cit., Kitab al-Salah, Bab Taswiyah al-Sufuf, No. Hadith 571.