Selasa, 21 April 2009

PRO DAN KONTRA I'JAZ AL-'ADADI (MUKJIZAT NUMERIK)
OLEH: JANNATUL HUSNA BIN ALI NUAR
IGB080008

PENDAHULUAN

Perbahasan mengenai I'jaz al-'Adadi (Mukjizat Numerik) dalam kajian 'Ulum al-Quran adalah perbahasan yang termasuk baru. Oleh itu, banyak timbul pro dan kontra dalam menentukan kebolehan dan manfaat cawangan ilmu kontemporari ini. Hal tersebut dianggap wajar, selama tidak menjatuhkan umat Islam ke dalam kesesatan dan perbalahan yang tidak produktif. Sesuatu gagasan yang asing memang sukar diterima secara langsung. Sejarah awal Islam telah membuktikan, ketika 'Umar bin al-Khattab mengusulkan kepada Khalifah Abu Bakar al-Siddiq untuk mengumpulkan al-Quran yang tercerai berai dalam berbagai-bagai tempat. Keraguan itu bercelaru dalam hati Sang Khalifah antara menerima atau menolak usulan sahabatnya itu, sehinggalah akhirnya, hati Abu Bakar menjadi tenang setelah melihat berbagai maslahah yang wujud dalam pengumpulan Mushaf al-Quran tersebut. Pertentangan berikutnnya timbul dalam masyarakat Islam, sesaat Abu al-Aswad al-Duwali diperintah oleh Khalifah Ali bin Abu Talib untuk memberikan noktah terhadap huruf-huruf al-Quran dan syakal tiap satunya.

Begitupun dengan perbahasan Mukjizat Numerik al-Quran ini. Bagi sesetengah kalangan, kajian terbabit wajar didedahkan mengingat manfaatnya yang cukup besar bagi membuktikan kewujudan mukjizat al-Quran, selain mukjizat perkhabaran, tasyri'iyyah, bayani dan 'ilmiyah yang sedia ada. Serta mampu menunjukkan ketinggian bahasa al-Quran. Namun bagi kelompok yang menganggap perbahasan ini tidak mengandungi faedah, katanya malah dapat memesong umat Islam dengan angka-angka. Padahal menurut mereka, al-Quran bukanlah kitab angka-angka seperti ilmu Matematik.


PRO DAN KONTRA I'JAZ AL-'ADADI DALAM AL-QURAN
Artikel ini coba untuk memaparkan mengenai perbezaan pandangan yang terjadi diantara kalangan ulama dan cendekiawan Islam, mengenai I'jaz al-'Adadi dalam al-Quran. Disedari bahawa perkataan "'adad", sememangnya telah diterakan Allah dalam kitabNya; QS. Al-Jin: 28, QS. Al-Isra': 12, dan seterusnya. Dari beberapa ayat tersebut inilah muncul semangat sekelompok ilmuan Islam untuk menggali kemukjizatan al-Quran. Apatahlagi al-Quran seringkali menceritakan tentang sesuatu peristiwa, sama ada kejadian bumi, langit, surga, neraka dan beberapa tajuk lain, dengan menyebutnya menggunakan angka-angka. Maka bermuculanlah teori-teori Mukjizat Numerik, diantaranya; hisab al-jumal, misteri angka 19 dan angka 7.


KALANGAN PRO I'JAZ AL-'ADADI

Adapun kalangan yang dijangka telah memulakan kajian Mukjizat Numerik ini ialah Rasyad Khalifa (1935-1990). Pakar Biocemistry tersebut menggunakan kaedah angka 19 dalam menganalisis kajiannya terhadap ayat-ayat al-Quran. Dia sangat berpegang kepada angka ini, bahkan—menurutnya—ayat-ayat al-Quran tersusun daripada angka 19 tersebut (wa i'tabara anna al-Quran kullahu munazzam 'ala hadha al-raqam). (lihat Abd al-Da'im al-Kahil, al-I'jaz al-'Adadi: ma lahu wa ma 'alayh, dalam http:// http://www.55a.net/firas/arabic/?page=show_det&id=221&select_page=17, 25 Mac 2009). Yang lebih mengejutkan daripada hasil kajian ini adalah ketika Rasyad Khalifa menjangka berlakunya Hari Kiamat pada tahun 1710 H bersamaan dengan 2280 M. Hal ini kerana kedua angka tersebut merupakan kelipatan daripada angka 19. (lihat Mohammad Noor Shafie, Menentang Ajaran Sesat, dalam http://geocities.com/pilgm/antihadis.htm/, 6 April 2009).

Dalam penjelasan al-Kahil, ketika Rasyad Khalifa menyebarkan fahaman Mukjizat Angka 19 tersebut, jauh sebelumnya, Ibn al-'Arabi telah pun menggunapakai kaedah Hisab al-Jumal dalam meneroka kemukjizatan al-Quran daripada perspektif angka-angka. (lihat al-Kahil, loc.cit.). Namun penulis tidak dapat mempastikan kebenaran informasi tersebut.

Teori angka 19 yang dikemukakan oleh Rasyad khalifah ini, kemudiannya diteruskan penyebarannya oleh Kassim Ahmad (lahir 1933, penulis buku kontroversi Hadith: A Re-Evaluation [1986]). Menurutnya, kandungan al-Quran dapat dibuktikan dengan misteri angka 19, bahawa dianya benar-benar berasal daripada Allah s.w.t. dan bukannya rekaan manusia.
Tidak tanggung-tanggung, impak daripada teori angka 19 Rasyad Khalifa melanda ilmuan besar Afrika Selatan kelahiran Gujarat-India, Ahmad Deedat (1918-2005). Dalam bukunya Al-Quran: The Ultimate Miracle telah membahas penjang lebar perbahasan mengenai mukjizat angka 19 dalam al-Quran (Ahmad Deedat: 27-68). Berpandukan QS. Al-Muddathir: 30 yang menyatakan "'alayha tis'ah 'ashar", Deedat telah mula menghitung huruf yang terdapat dalam kalimat al-basmalah yang berjumlah 19 angka. Beliau juga mencoba rumusan tersebut kepada ayat-ayat al-Quran lainnya, seperti alif lam mim, ha mim, alif lam mim ra, dan ramai lagi.

Selanjutnya, usaha penyebaran ilmu mukjizat angka 19 dalam al-Quran diteruskan oleh Bassam Jarrar. Melalui Markaz Noon Center for Quran Researches and Studies, Bassam mengembangkan pengajian ke atas ayat-ayat al-Quran berpaksikan angka-angka. Dalam berbagai buku dan penyelidikannya, Bassam terus coba mengembangkan dan menyusun metode yang benar. Diantara karyanya yang menghurai perkara ini adalah Irhasat al-I'jaz al-'Adadi, al-Muqtataf min Bayyinat al-I'jaz al-'Adadi, al-I'jaz al-'Adadi bayna al-Haqiqah wa al-Waham, al-I'jaz al-'Adadi bayna al-Hadir wa al-Madi, dan masih banyak lagi (lihat http://www.islamnoon.com/ijazresearches.htm, 6 April 2009).

Kajian ini turut dibahas oleh Ahmad Sa'd al-Din (1990) dalam kitabnya Í'jaz Raqam 19 fi al-Quran al-Karim. (lihat http://ub.arabsgate.com, 25 Mac 2009). Adnan al-Rifa'i dalam karyanya Ihda al-Kubar. Abd al-Razzaq Naufal dalam bukunya I'jaz al-'Adadi fi al-Quran al-Karim.
Tokoh berikutnya yang menceburi diri dalam kajian Numerik al-Quran iaitu Abd al-Da'im al-Kahil. Dalam bukunya Mukjizat al-Quran fi al-'Asr al-Ma'lumiyat (2002) dan Afaq al-I'jaz al-Raqm fi al-Quran al-Karim (2006), pengarang telah mendedahkan perlunya kajian terhadap angka-angka dalam al-Quran khasnya kepada angka tujuh. Angka tersebut dianggap istimewa memandangkan ianya seringkali disebut dalam al-Quran dan al-Hadith. Misalnya tujuh lapis langit, tujuh lapis bumi, tujuh pintu neraka Jahannam (QS. Al-Hijr: 44), tujuh lautan bagi mengira keluasaan nikmat Allah (QS. Luqman: 27), penderma satu biji tanaman akan diganjar dengan 7 tangkai dan seterusnya. Dalam hadith dijelaskan pula; jauhilah 7 dosa yang menghinakan, sujud dengan tujuh tulang dan sebagainya.


KALANGAN YANG KONTRA DALAM I'JAZ AL-'ADADI

Penulis dapat menyebutkan beberapa nama yang mempastikan diri mereka sebagai kelompok yang tidak menerima kewujudan Mukjizat Numerik dalam al-Quran yang berbentuk hisab al-jumal, diantaranya ialah Ibn Hajar al-'Asqalani, Jalaluddin al-Suyuti, Subhi al-Salih dan ramail lagi (lihat Jalaluddin al-Suyuti, 1985: 26-27). Dalam pendapat mereka dinyatakan, wa hadha batil la ya'tamid 'alayh—ini adalah perkara yang batil tidak boleh berpegang dengannya dan ungkapan, la asl lahu fi al-shari'ah—tidak ada asasnya dalam syariah (Islam).

Sebahagian kalangan lain beranggapan, bahawa perbahasan tersebut tidak memberikan faedah, baik untuk peningkatan kualiti ibadah ritual, kehidupan sosial dan sebagainya.
فالبعض يعتقد أن لا فائدة من دراسة الأرقام القرآنية باعتبار أن القرآن الكريم كتاب هداية وتشريع وليس كتاب رياضيات وأرقام (http://www.55a.net/)

Sebahagian lain berkata bahawa kajian tersebut tidak memberi kepuasan ('adam al-iqtina') dan tidak jarang pula kajian terbabit menyimpang daripada kaedah-kaedah ilmiah serta dijumpai banyak kesilapan,
لوجدنا الكثير من الأخطأ والتأويلات البعيدة عن المنطق العلمي (Ibid.)

Bantahan berikutnya tertuju kepada Rasyad Khalifa, yang manyatakan bahawa kata-kata "Allah" terulang sebanyak 2698 kali dalam al-Quran (boleh dibagi dengan angka 19). Penghitungan itu dinilai tidak cermat, kerana (yang benar) adalah kata-kata "Allah" disebutkan sebanyak 2699 kali (ini jelas tidak habis dibagi dengan angka 19).

Kelompok ini juga kurang bersetuju dengan sistem penilaian dalam hisab al-jumal, kenapa huruf ba' dinilai dengan 2 bukannya 3, sementara huruf jim dikira dengan 3 bukannya 5. Apa yang menjadi asas ilmiah dalam penentuan nilai-nilai huruf berkenaan. Pada akhirnya, golongan ini menyeru umat Islam mengambil berat perkara-perkara lain yang jauh lebih berguna daripada bertungkus lumus, menghabiskan masa dan tenaga dalam bidang ini. Kata mereka,
أن هناك علوما قرآنية كالفقه والعبادات والأحكام والقصص والتفسير جديرة بالإهتمام أكثر (Ibid.)

Bilangan angka-angka dalam al-Quran memang terkesan unik dan menakjubkan. Ungkapan kata "al-dunya" selari banyaknya dengan kata "al-akhirah", sebanyak 115 kali. Kata-kata "al-hayah" sama banyaknya dengan "al-mawt", diulang sebanyak 145 kali. Kata-kata "al-yawm" dalam bentuk tunggal (mufrad) disebut sebanyak 365 kali, sesuai dengan banyaknya hari dalam hitungan satu tahun. Kata-kata "shahr" yang bererti bulan diulang sebanyak 12 kali dalam al-Quran, sama dengan jumlah bulan dalam satu tahun. Begitu juga jumlah "al-yawm" dalam bentuk muthanna dan jamak, disebut sebanyak 30 kali, selari dengan banyaknya hari dalam satu bulan. Kata-kata "al-Barr" yang bererti daratan disebut sebanyak 13 kali dalam al-Quran, sedangkan kata "al-Bahr" yang bererti lautan disebut sebanyak 32 kali dalam al-Quran. Fakta ini sesuai dengan temuan saintifik, bahawa keluasan samudera mencecah 2/3 mengungguli keluasaan daratan. (lihat http://www.miraclesofthequran.com/mathematical_01.html). Realiti angka-angka ini semua (dan masih ramai lagi), tidak ditampik oleh kelompok kontra Mukjizat Numerik dalam al-Quran. Yang mereka ketepikan adalah teori sebahagian kalangan—yang seakan—mengherek-herek atau memaksa (memperkosa) al-Quran supaya tunduk dalam kaedah angka-angka mereka.

Menengahi kedua aliran ini sebaiknya kita tidak bersikap apriori ataupun cepat mengambil kesimpulan. Menurut penulis, kedua kalangan Islam tersebut sama-sama berazam menjaga al-Quran. Kelompok Numerik mahukan ayat-ayat al-Quran itu diyakini kebenarannya melalui mukjizat angka-angka yang terkandung di dalamnya. Sementara kelompok kedua, inginkan al-Quran selalu terpelihara daripada kesilapan orang-orang "dungu" yang menjelaskan al-Quran jauh daripada kaedah-kaedah pentafsiran muktabar dan serampangan.

Kerana perbahasan Mukjizat Numerik al-Quran masih terbilang muda dan baru, maka sepatutnya kita bersikap; meneruskan penyelidikan dan penerokaan dalam bidang ini. Sehinggalah, pada akhirnya terlahir satu kaedah dan metodologi yang baik, terbebas daripada sebarang kesilapan. Kalaupun ijtihad itu tidak boleh terlepas daripada kesalahan, mudah-mudahan penerokaan itu tetap dinilai sebagai satu kebaikan. Wallahu a'lam.

6 komentar:

  1. Assallamu'alaikum Wr. Wb.
    Hi friend, peace...
    Thanks informasinya.
    Blognya bagus friend...
    Informatif, dan inspiratif. Lanjutkan terus friend, agar banyak yang bisa mengambil manfaat.
    Kalau sempat silahkan berkunjung atau mengikuti blog saya, "Sosiologi Dakwah" di http://sosiologidakwah.blogspot.com
    Wassallamu'alaikum Wr. Wb.

    BalasHapus
  2. terima kasih sudah memberi komen di blog saya. saya sangat senang kalau bapak mau trus berbagi, demi dakwah dan penyebaran ilmu-ilmu keIslaman ini. kalau boleh link kan blog saya di blog bapak? insya allah saya akan link blog bapak disini. biar ramai yang lain dapatkan informasi...trimaksh

    BalasHapus
  3. Assalamu'alaikum Wr Wb

    Luar biasa akhi. stuja bangt dengan komentar di atas. mudah-mudahan semakin banyak yang termotifasi mengkaji al-Qur'an lebih dalam lagi. ane juga doong...

    good luck

    BalasHapus
  4. alaikumsalam adi...trima ksh sudah kembali ikut nimbrung di sini!

    BalasHapus
  5. teman sekuliah JQH14 Agustus 2009 pukul 20.49

    salam ziarah, tahniah atas informasinya bagus dan manfaat.. ya berkat menuntut ilmu dari masyayikh APIUM...saya mengagumi anda dan rakan2 sepanjang dalam kelas.slmt maju dan teruskan usaha

    BalasHapus
  6. trima ksh...semoga kita semua memperoleh berkat dari semua ini, amin.

    BalasHapus