Selasa, 05 Agustus 2008

KAJIAN TERHADAP KITAB I’RAB AL-QUR’AN
Oleh: Jannatul Husna
IGB080008


Mukaddimah

Mempelajari al-Qur’an adalah suatu keniscayaan dalam Islam. Agar hidup tidak terjejas kepada lembah kelam (al-zulumat) dan memperolehi maklumat yang jelas lagi lurus (al-nur). Oleh itu, para ulama terdahulu dan terkemudian memberi panduan dalam menangkap kepahaman terhadap al-Qur’an, salah satu diantara usaha kearah itu ialah dengan mengkaji al-Qur’an daripada segi i’rabnya. Menelusuri makna-makna al-Qur’an melalui maklumat i’rab menjadi penting, kerana dengan memahami tata bahasa itulah bermula kepahaman yang benar.

Banyak para ulama yang berkhidmat dalam ranah ilmu i’rab ini, baik pada masa lampau (ulama mutaqaddimin) mahupun daripada ulama-ulama masa kini (ulama mutaakhirin). Diantara ulama yang membahas perkara I’rab al-Qur’an ini iaitu Muhammad al-Tayyib al-Ibrahim dan Muhammad Hasan ‘Uthman. Berikut akan didedahkan tentang karya-karya mereka dalam bidang I’rab al-Qur’an, gaya penulisan, keunggulan dan sisi kelemahan, jika ada dan berkenaan.

Pertama, Muhammad al-Tayyib al-Ibrahim

Dia adalah salah seorang pensharah di Fakulti Usuluddin Universiti Ummu Derman Damaskus, Shiria. Mengarang kitab I’rab al-Qur’an al-Karim al-Muyassar sebanyak satu jilid sahaja. Ianya dicetak untuk kali kedua pada tahun 1426H atau bertepatan dengan 2006M oleh Dar al-Nafa’is Beyrut Lebanon. Pada mukaddimah kitabnya, sang penerbit “Dar al-Nafa’is” menghuraikan pentingnya penerbitan kitab secara wasit (moderat/tidak terlalu lebar dan tidak pula terlalu ringkas). Ini akan sangat bermanfaat sekali bagi memberi kemudahan pelajar dan penuntut ilmu (al-Ibrahim; 5).

Adapun diantara kaedah yang digunakan oleh al-Ibrahim dalam menulis kitabnya iaitu:

Dia menukil dan mengi’rabkan al-Qur’an berdasarkan kepada aturan penulisan mushaf ‘Uthmaniy yang tiga puluh juzu’. Dimulai dengan surat al-Fatihah dan diakhiri dengan surat al-Nas. (Nuqila nas al-Qur’an al-Karim kamilan bi itarihi min Mushaf al-Huffaz al-mash’arif ‘alayhi);
Dia menandakan ayat-ayat al-Qur’an yang sedang dii’rab itu dengan tanda bold (tebal). Hal ini sepertinya untuk memberi kemudahan kepada pembaca, supaya lebih pasti mengenali objek yang sedang dikaji. (ja’ala al-nas al-Qur’aniy al-manqul damman al-I’rab bi harfin mulawwan);
Supaya tidak jadi pengulangan kajian, maka ta’awwuz dan basmalah dii’rab sekali sahaja, bertepatan ketika dia menghuraikannya pada permulaan surat al-Fatihah. (al-isti’azah wa al-basmalah a’rabtuha awwala surat al-Fatihah faqat);
Begitu pun dengan keberadaan “alif lam mim”. Ianya dii’rab sekali sahaja ketika sang penulis memulai surat al-Baqarah. Penjelasan yang sekali itu merangkum berbagai-bagai pandangan ataupun perbezaan pendapat daripada kalangan mufassir mahupun daripada kalangan mu’arrabin. I’rab yang sekali itu telah mewakili 29 surat yang lain yang dimulai dengan huruf muqata’ah itu. Hal ini dilakukan, menurut hemat penulis sebagai penghadang terjadinya pengulangan yang tidak perlu. (a’rabtuha “alif lam mim” fi awwali surat al-Baqarah faqat ‘ala ‘iddat awjuh kama nassa ‘ala dhalika kathir min al-mufassirin wa al-mu’arrabin);
Untuk meringkaskan semula, sang penulis pun tidak memanjangkan kalimat pengi’raban dalam bentuk hadha fi’l madi, mabniy ’ala al-fath, tetapi dianya mencukupkan dengan madi, maftuh. Dan lain-lain lagi (ibid; 10).

Keistimewaan dan Kemushkilan

Diantara sisi kelebihan ataupun keistimewaan kitab I’rab al-Qur’an al-Karim al-Muyassar yang ditulis oleh Muhammad al-Tayyib al-Ibrahim ini iaitu penjelasannya yang ringkas, padat dan menuju sasaran yang dikehendaki. Kerana itulah mungkin kitabnya dijadikan satu mujallad sahaja. Disamping itu dia memulai penulisan kitabnya dengan memberi panduan kepada pembaca supaya mengenal pasti apa yang dimaksud dengan I’rab itu sendiri, ianya taghyir awakhir al-kalim li ikhtilaf al-‘awamil al-dakhilah ‘alayhi—perubahan (harakat) akhir suatu kata kerana berbezanya ‘awamil (indicator) yang masuk keatasnya. Selain daripada itu, dia juga mendedahkan berkenaan dengan apa itu al-kalimah, perbezaannya dengan al-kalam, pengelompkan I’rab kepada I’rab al-mufradat, I’rab al-jumal dan ramai lagi.

Adapun sisi kelemahannya, kalaulah boleh disebutkan. Diantaranya iaitu gaya penulisannya yang terlalu kecil (seukuran font 10 traditional Arabic), sehingganya susah untuk dibaca, memerlukan energy ekstra dan kehati-hatian sehingga penjelasannya tidak saling bertindih. Hal ini pun sesungguhnya kelemahan daripada penerbit Dar al-Nafais, bukannya ketentuan yang dimaklumkan oleh penulis.


I’rab al-Qur’an al-Karim oleh al-Ibrahim dan Implikasi Hukumnya

Pada muka surat 108, al-Ibrahim menghuraikan makna ayat 6 surat al-Maidah dimana ayat terbabit menjelaskan tentang ketentuan berwuduk (mengambil air sembahyang). Tepatnya ketika al-Ibrahim mendedahkan kalimat “wa arjulakum ila al-ka’bayn” (maf’ul bih daripada fi’l amr “ighsilu” [basuhlah] mudaf ilayhi), ia disebut ma’tuf ‘ala “wujuhakum” mansub mithlahu (diatafkan kepada “wujuhakum”, mansub sepertimana ianya (ibid; 108).

Kalau sekiranya kaedah ini dipakaikan, maka mafhum hukumnya adalah kita wajib membasuh kaki sebagaimana kita wajib membasuh muka (wajah). Persoalannya kemudian muncul, bagaimana dengan kaedah ‘ataf itu mesti kembali kepada kalimat yang terdekat (dalam hal ini tentunya wamsahu biru’usikum, dengan kasrah, jadinya wa arjulikum ila al-ka’bayn), maka konsekwensi hukumnya ialah menjadi: kewajiban menyapu kaki sepertimana halnya menyapu kepala. Perdebatan dan perbezaan ini tidaklah sampai dihuraikan sedemikian rupa oleh al-Ibrahim, sehingganya maklumat tentang konsep menyapu kaki tidaklah dijumpai.




Kedua, Muhammad Hasan ‘Uthman

Dia adalah seorang Profesor di Universiti al-Azhar. Mengarang kitab I’rab al-Qur’an al-Karim wa Bayan Ma’anihi sebanyak empat jilid (sampai surat al-Tawbah). Ianya dicetak oleh Dar al-Risalah al-Qahirah pada tahun 1423H atau bertepatan dengan tahun 2002M. Dipermulaan kitabnya, Hasan ‘Uthman mengutip perkataan ‘Umar ibn al-Khattab ra. yang dinukil daripada kitab al-Bayan wa al-Tabyin, dia menyebutkan pentingnya pengetahuan akan ilmu Nahw. “Ta’allamu al-Nahw kama tata’allamuna al-Sunan wa al-Fara’id” (Hasan Uthman; 6).

Sahib al-Itqan, menyebutkan hadith Ibnu ‘Umar yang menyatakan “man qara’a al-Qur’an fa a’rabahu, kana lahu bikulli harfin ‘ishrun hasanah, wa man qara’ahu bighairi I’rab kana lahu bikulli harfin ‘asyara hasanat” (ibid; 7). Maksudnya; “Sesiapa yang membaca al-Qur’an lalu ia mengi’rabnya, maka baginya dua puluh kebaikan pad setiap huruf. Dan bagi sesiapa yang membaca al-Qur’an tanpa I’rab maka baginya pada setiap satu huruf mendapat sepuluhkebaikan”.

Adapun diantara kaedah yang digunakan oleh al-Ibrahim dalam menulis kitabnya iaitu:

Selain menukil dan mengi’rabkan al-Qur’an berdasarkan kepada aturan penulisan mushaf ‘Uthmaniy, dia memaparkannya secara mudah dan bisatah (mendalam) terperinci (tafsiliyan). Jika terjadi kesamaan ayat, maka dianya tidak perlu pengulangan semula.;
Dia pun turut menjelaskan berkenaan dengan istilah-istilah Nahwiyyah seperi misalnya al-dama’ir; muttasil mahupun munfasil, dan ramai lagi);
Salah satu daripada kecendrungan Hasan Uthman juga, sebelum menghurai I’rab al-Qur’an, dia lebih awal sudah menyebutkan makna mufradat (ma’ani al-mufradat), makna ayat secara umum (al-ma’na al-‘am), bahkan sesetengah ayat disebutkan pula asbab al-nuzul-nya;
Dia turut mengakui secara jujur akan pentingnya mengambil manfaat daripada ulama terdahulu (istafdtu min al-kutub al-sabiqah fi I’rab ayat al-Qur’an);
Berbeda dengan al-Ibrahim, hasan ‘Uthman tidaklah terlalu suka untuk memanjang-manjangkan huraian, ketika banyak perbezaan (ikhtilaf) pendapat ilmuan Nahwu disitu;
I’rab ta’awudh dan basmalah hanya sekali sahaja ketika memulai surat al-Fatihah. Hal ini sebagai dimaklumkan untuk menghindari terjadinya pengulangan (iktafaytu bi dhikr I’rab al-isti’adhah wa al-basmalah marratan wahidah li takarrurihima) (ibid 13-14).

Keistimewaan dan Kemushkilan

Diantara sisi kelebihan ataupun keistimewaan kitab I’rab al-Qur’an al-Karim al-Muyassar yang ditulis oleh Muhammad al-Tayyib al-Ibrahim ini iaitu penjelasannya yang terperinci, padat dan mendalam selaras dengan sasaran yang dikehendak. Disamping itu dia juga mendedahkan I’rab al-Qur’aan daripada sisi ilmu al-sarf-nya. Perkara ini terlihat saat dia menghuraikan makna ‘a’udhu” pada ta’awudh (ibid; 22). Dia pun turut memulai penulisan kitabnya dengan memberi panduan kepada pembaca supaya mengenal pasti apa yang dimaksud dengan I’rab, sekaligus faedah daripada I’rab itu terhadap implikasi hokum (ibid; 8)

Adapun sisi kelemahannya, kalaulah boleh disebutkan. Diantaranya iaitu gaya penulisannya yang terlalu panjang, bahkan keluar daripada tajuk sendiri iaitu I’rab, kerana didalamnya pun terkandung cabang-cabnag lain, seperti misalnya ilmu al-sarf, ilmu asbab al-nuzul, tafsir al-mufradat dan sebagainya.

I’rab al-Qur’an al-Karim oleh al-Ibrahim dan Implikasi Hukumnya

Pada muka surat 35, mujallad 3, Hasan ‘Uthman turut menghuraikan makna ayat 6 surat al-Maidah dimana ayat terbabit menjelaskan tentang ketentuan berwuduk (mengambil air sembahyang). Tepatnya ketika Hasan ‘Uthman mendedahkan kalimat “wa arjulakum ila al-ka’bayn” (maf’ul bih daripada fi’l amr “ighsilu” [basuhlah] mudaf ilayhi), ia disebut ma’tuf ‘ala “wujuhakum” mansub mithlahu (diatafkan kepada “wujuhakum”, mansub sepertimana ianya (ibid; 35).

Kalau sekiranya kaedah ini dipakaikan, maka mafhum hukumnya adalah kita wajib membasuh kaki sebagaimana kita wajib membasuh muka (wajah). Persoalannya kemudian muncul, bagaimana dengan kaedah ‘ataf itu mesti kembali kepada kalimat yang terdekat (dalam hal ini tentunya wamsahu biru’usikum, dengan kasrah, jadinya wa arjulikum ila al-ka’bayn), maka konsekwensi hukumnya ialah menjadi: kewajiban menyapu kaki sepertimana halnya menyapu kepala. Perdebatan dan perbezaan ini tidaklah sampai dihuraikan sedemikian rupa oleh al-Ibrahim, sehingganya maklumat tentang konsep menyapu kaki tidaklah dijumpai.

Wallahu a’lam
DAFTAR PUSTAKA
Hasan Uthman, Muhammad. 1423H/2002M. i'rab al-Qur'an wa Bayan Ma'anih. al-Qahirah: Dar al-Qahirah. cet. I
al-Tayyib al-Ibrahim, Muhammad. 1426H/2006M. I'rab al-Qur'an al-Karim al-Muyassar. Beyrut: Dar al-Nafa'is. cet. II

1 komentar:

  1. Tul,
    Secara keseluruhan awak kasih komentar, yo.
    1. Why don't you use other languages to write? I am sure you know Arabic much, and also English, don't you?
    2. I think there will be so many mass media in Indonesia especially in west sumatera to publish your writings.
    3. Tul, copeklah baliak, mari kito satu kan langkah untuk melakukan "sesuatu" untuak Kobun.
    Mudah2n Allah meredhai niat kito dan memberikan kekuatan untuk senantiasa meluruskan niat lillahi ta'ala. Karena seperti yang kito tahu, dunia ide tidak selalu berbanding lurus dengan dunia nyata. Ada kalanya binary opposition existing there,
    ibaratnyo, kapalo idealis, paruik kapitalis, di bawah paruik liberalis he..h.e.h.ehe

    Condra Antoni
    Coordinator for Polybatam Language Centre, Politeknik Batam and Head of Education and Social division of Batam Institute

    BalasHapus