Selasa, 05 Agustus 2008

Re-interpretasi al-Qur’an: Sebuah Paradigma Perlu Kawalan
Oleh: Jannatul Husna
IGB080008


Mukaddimah

Al-Qur’an merupakan kalam Allah yang mengandungi dimensi aqidah, ibadah, akhlak mahupun aspek muamalat lainnya. Meskipun al-Qur’an tidak mendedahkan sesuatu perkara secara detail dan terperinci, namun asas-asas bagi setiap ilmu pengetahuan telah diperkatakan didalamnya[1]. Hal ini dianggap lumrah, kerana memang al-Qur’an bukanlah kitab ensiklopedia.

Perkembangan dakwah al-Qur’an atau sering dikenal dengan perkembangan dakwah Islam, sungguh amat menakjubkan dari masa ke semasa. Ia telah merentasi belahan dunia terjauh sekalipun, dari Jazirah Arab hingga ke benua Amerika, dari Maroko sampai ke Merauke, dan hingga lapisan bumi lainnya. Seiring dengan penyebaran agama Islam yang begitu pesat ini, keperluan terhadap pemahaman al-Qur’an—sebagai sumber hukum dan panduan hidup seorang muslim—semakin meningkat. Orang-orang Islam non-Arab tentulah perlu penjelasan lebih terperinci mengenai kandungan yang terdapat di dalam al-Qur’an. Oleh itu, keberadaan interpretasi (tafsir) al-Qur’an menjadi satu hajat yang perlu diwujudkan.

Al-Qur’an dan Ilmu Tafsir
Menurut Muhammad ‘Alī al-Sābūnī, al-Qur’an didefenisikan sebagai:
“al-Qur’ān huwa kalām Allāh al-munazzal ‘alā khātim al-Anbiyā’ wa al-Mursalīn bi wāsiţah al-Amīn Jibrīl ‘alayhi al-salām, al-maktūb fi al-masāhif al-manqūl ilayna bi al-tawātur, al-muta’abbad bi tilāwatihi, al-mabdū’ bi sūrat al-Fātihat al-makhtūm bi sūrat al-nās”[2].

Maksudnya: “al-Qur’an iaitu kalam Allah yang mengandungi makjizat, diturunkan kepada penutup para Nabi dan Rasul melalui perantaraan jibril as., termaktub di dalam mushaf, dinukilkan kepada kita secara mutawatir, berpahala membacanya, dimulai dengan surat al-Fātihah dan diakhiri dengan surat al-nās.

Sedangkan ilmu tafsir iaitu ilmu yang membahas tentang al-Qur’an al-Karim dari segi dilalah-nya berdasarkan kepada maksud Allah sesuai dengan kadar kemampuan manusiawi[3].

Adapun Imam al-Zarkashiy, sebagai dikutip oleh al-Sābūnī, mendefenisikan ilmu tafsir dengan:
“‘Ilm yu’raf bihi fahm Kitāb Allāh al-munazzal ‘alā Nabiyyihi Muĥammad Saw., wa bayān ma’ānīhi wa istikhrāj ahkāmihi wa hikamihi”[4].

Maksudnya: “ilmu yang diketahui dengannya pemahaman Kitab Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad Saw., dan penjelasan makna-maknanya dan pengeluaran hukum-hakam serta berbagai hikmah-hikmah”.

Dari beberapa takrif yang telah dikemukakan di atas, baik takrif al-Qur’an mahupun ilmu tafsir, dapatlah ditarik beberapa kepahaman berkait erat dengan keduanya. Al-Qur’an adalah kalam Allah yang mengandungi makjizat, serta penukilannya berlangsung secara mutawatir. Sekiranya pahaman yang tersebar beranjak daripada takrif ini, maka tiadalah anggapan al-Qur’an itu sebagai makhluk (susuatu yang baharu, dan desacralized), produk budaya (muntaj al-thaqafiy) dan sebagainya. Begitu pula dengan ilmu tafsir, ianya bukanlah sebarang ilmu, tetapi memiliki kaedah dan aturan-aturan ketat, sehingga tidak setiap orang boleh mentafsir al-Qur’an. Hanya orang-orang yang tāqah (mampu) sahaja, baik segi kredibiliti keilmuan mahupun integriti peribadi, yang boleh menggali maksud-maksud Allah yang suci itu. Kalau tidak seperti ini, maka semua orang boleh mengutak-atik, meroboh dan mentafsir al-Qur’an sekehendak hati dan menurut_kepentingannya.

Re-interpretasi al-Qur’an: Urgensi dan Syaratnya

Re-interpretasi al-Qur’an atau yang sering disebut sebagai mentafsir kembali ayat-ayat al-Qur’an adalah sebuah upaya reformulasi pemahaman terhadap al-Qur’an. Usaha itu dilakukan kerana ada temuan baru ilmu pengetahuan yang dicoba untuk dikongsikan kembali dengan firman Tuhan.

Secara tekstual, al-Qur’an diyakini sebagai wahyu Tuhan yang bersifat sakral dan mutlak. Walaupun ada segolongan pihak yang mencoba untuk mendekonstruksi (meruntuhkan) teori mayoriti ulama ini kepada al-Qur’an bukannya sesuatu yang sakral, melainkan tumbuh mengikut budaya tempatan Arab waktu ia diturunkan. Lazimnya mereka menyebut, al-Qur’an iaitu produk budaya (muntaj al-thaqafiy)[5]. Pahaman ini telah membawa kepada perdebatan panjang antara kelompok yang menganggap al-Qur’an sebagai produk budaya (puak liberalisma Islam) dengan kelompok yang mempertahankan al-Qur’an sebagai kalam Allah yang sakral.

Menurut kelompok pertama, al-Qur’an merupakan refleksi terhadap budaya primitif dan patriarkis Arab abad ke 7 M. Ia turun sebagai reaksi kepada kondisi sosial, budaya, ekonomi dan politik masayarakat Arab waktu itu. Oleh itu, ayat-ayat al-Qur’an yang terkesan “menindas” perempuan dan “tidak manusiawi”, seperti pembolehan poligami, pembahagian harta pusaka, superioriti laki-laki terhadap perempuan; hukum potong tangan, qișās, rajam, dan lainnya perlu ditinjau ulang dan ditafsirkan kembali mengikuti prinsip-prinsip Hak Asasi Manusia dan nilai-nilai demokrasi moden. Lebih jauhnya mereka lagi mengatakan bahwa pentafsiran terhadap teks al-Qur’an itu bersifat relatif, nisbi dan tidaklah mutlak benar.

Adapun kelompok kedua, melihat perkara yang dimunculkan puak pertama itu sebagai sebuah paradigma yang rawan dan tidak sihat. Kerana secara metodologi, apa yang dikerjakan oleh puak pertama boleh jadi sangat menyimpang dari aturan-aturan baku pentafsiran. Mentafsirkan al-Qur’an bukanlah perkara ringan dan tidak semua orang boleh mengambil bagian. Tokoh sekaliber Abū Bakr al-Șiddīq sahaja tidak mau banyak bercakap ketika ditanya mengenai pentafsiran suatu ayat. Padahal dia adalah sahabat yang paling dekat dengan Rasulullah Saw. Jangankan untuk re-interpretasi (mentafsirkan kembali) ayat-ayat al-Qur’an, mentafsirkan (interpretasi) sahaja dia tidak berani. Apatah lagi kita, manusia yang sangat jauh dari Rasulullah, terkadang pun tidak berapa tahu tentang bahasa Arab?

Konsekwensi dari klaim pentafsiran al-Qur’an itu nisbi atau relatif (walau kedudukan teksnya bersifat mutlak) iaitu:
Kebenaran al-Qur’an hanyalah milik Allah, kerana manusia tak pernah tahu apa yang menjadi maksud Allah. Soalannya kemudian, buat apa Allah menurunkan al-Qur’an?;
Mengingkari tugas Nabi sebagai penjelas wahyu, pada akhirnya tidak memerlukan al-Sunnah (inkār al-Sunnah);
Seolah-olah semua ayat al-Qur’an tidak memiliki pentafsiran yang tetap dan disepakati;
Menolak autoriti keilmuan atau kaedah-kaedah pentafsiran yang telah ditetapkan para ulama;
Kontradiksi dengan konsep keilmuan. Sebab ilmu adalah sifat yang boleh menyingkap suatu objek dan menghilangkan keraguan, sedangkan relativisma selalu bermuara kepada keraguan dan kebingungan[6].

Ide-ide seperti ini hanya akan memisahkan al-Qur’an secara lafaz dan maknanya. Padahal kewahyuan al-Qur’an itu mengintegrasikan antara “lafżan wa ma’nan”.

Persoalannya bukan tidak boleh mentafsir al-Qur’an, atau mengkaji ulang pentafsiran-pentafsiran terdahulu. Kerana pentafsiran itu menyelami kedalaman ilmu Allah, menyibak makna di balik firman-Nya, maka perlu kawalan serius. Kawalan itu bukan dari manusia lain, tetapi bertanyalah ke dalam diri, selaik apakah kita boleh mengurai maksud firman-firman Tuhan. Sedalam apa kemampuan kita terhadap bahasa Arab, sebagai bahasa al-Qur’an? Sudahkah kita menterjemahkan al-Qur’an secara umum dalam bentuk perbuatan-amaliyah. Dalam bahasa lainnya, integriti (marū’ah) dan kapabeliti (ke-thiqah-an ilmiah).

Transformasi Islam yang terus berkembang mengikuti perjalanan masa, turut menjadi perilaku budaya dan peradaban manusia hari ini, menuntut adanya interpretasi baru terhadap al-Qur’an khasnya terhadap ajaran-ajaran furū’ Islam. Walaupun pahaman tentang Islam sudah selesai sebagai agama wahyu atau agama theologi tidak banyak yang membantahnya. Oleh itu, tinjauan semula secara komprehensif perlu dilakukan. Ambil misalnya dimensi syariah (fekah munakahat), kalau dulu ada perbincangan tentang ijab kabul via telephon, sekarang muncul fenomena baru dalam hidup manusia, seiring dengan kemunculan tamadun baru, virtual world atau cyber world. Adakah boleh perkara-perkara ini direduksi menjadi salah sebuah aturan dalam Islam. Sehingganya, ijab kabul boleh melalui system chatting internet atau via video call 3G. Hal-hal baru semacam ini perlu perhatian lebih, kerana tingkat kepentingannya mungkin sudah mencapai syarat kepatutan bagi melihat kondisi zaman ini[7].

Begitu tingginya kepentingan terhadap interpretasi al-Qur’an, maka ulama-ulama terdahulu memberikan panduan yang patut, sehingga para pentafsir dapat terhindar dari pentafsiran bi al-ra’y maĥdah. Dimana ancaman bagi yang mentafsirkan al-Qur’an sekehendak nafsunya, ia bererti telah menyiapkan tempat duduknya sendiri dari api neraka. Kaedah-kaedah yang patut dijalani itu semisal penggunaan al-đamā’ir (kata ganti), huruf ‘ataf (kata penyambung), huruf tawkīd (kata penguat), al-tarāduf (kata yang berhampiran makna), dan ramai lagi[8]. Kalau seorang pentafsir mengabai dan tidak mengambil kira aturan-aturan seperti ini, maka dia akan tersasul dalam memahami makna firman Allah.

Ijtihad pentafsiran yang bersandarkan kepada kaedah-kaedah yang telah ditetapkan (mu’tabar) oleh para ulama, jauh daripada kejahilan dan kesesatan, maka hasil tafsirannya akan baik, tetapi kalau bukan, maka pentafsirannya akan dicela[9]. Selain berpegang kepada pentafsiran Rasulullah dan para Sahabat, para pentafsir mestilah juga mengetahui sebenar kaedah-kaedah bahasa dan kaedah-kaedah sharī’ah[10].

Banyak ulama telah menyenaraikan syarat kepatutan dan kelaikan seorang pentafsir. Berpunca daripada kelaikan individu ataupun integriti peribadi (marū’ah) mahupun kelaikan akademik (kemampuan ilmiah). Seorang pentafsir mestilah terjaga marū’ah-nya daripada perkara yang tidak baik apatahlagi tidak senonoh. Dimulai dari ke-Islamannya, adil, wara’, khudū’, șālih dan sifat-sifat terpuji lainnya. Setelah memiliki integriti peribadi yang baik, maka perkara berikutnya yang mesti dipenuhi oleh seorang pentafsir iaitu; menguasai ilmu bahasa Arab lengkap dengan cabang-cabangnya, ușūl al-fiqh, ‘ilm al-tawhīd, ‘ulūm al-Qur’ān mulai daripada ilmu asbāb al-nuzūl, al-qașas, al-nāsikh wa al-mansūkh, dan seterusnya ilmu al-muta’alliqah bi al-Ahādīth, dan yang terkemudian ialah ilmu al-mawhibah (ilmu yang langsung diilhamkan oleh Allah)[11].

Sebegitu banyaknya persyaratan yang dituntut dalam pentafsiran al-Qur’an, maka sebahagian kelompok umat Islam menduga tiada seseorang pun yang boleh mentafsir kitab Allah. Padahal kalau ingin diteliti lebih dalam, persyaratan yang diberikan oleh ulama-ulama terdahulu ini adalah sebagai benteng agar al-Qur’an tidak ditafsir secara sembrono daripada pihak manapun di kemudian hari. Jika sekiranya kaedah-kaedah ini tidak diberlakukan sejak dahulu, maka akan bermunculan banyak pentafsiran yang menyimpang. Bahkan sudah diberlakukan dan ditetapkan pun, pentafsiran menyimpang (inhirāf fi al-tafāsīr) itu masih sahaja ada dan berkembang. Apatahlagi bila dilonggarkan.


Penutup
Al-Qur’an merupakan kitab Allah Swt. yang Maha Ideal, yang tidak sahaja teruji sebagai panduan hidup umat manusia, tetapi juga terbukti secara sains. Berbagai temuan moden yang bermunculan dibidang sains mengukuhkan kebenaran Al-Quran. Kendati begitu, tak sedikit pula orang-orang yang kandas (terjejas) ditengah jalan dalam menemukan kesejatian Al-Quran. Megapa hal itu terjadi? Kerana mereka terjebak dalam misinterpretasi (salah tafsir) terhadap Al-Quran. Entah kerana memendam prasangka, ada maksud terselubung, kurang jujur, tidak paham bahasa Arab, kurang menguasai teknikal interpretasi, miskin pemahaman, lemah fikiran, atau kerana sang pengkaji dihinggapi sikap takabur. Banyak contoh yang memperlihatkan betapa penyimpangan penafsiran (inhirāf fi al-tafsīr) terhadap Al-Quran itu betul-betul terjadi, sehingga mengaburkan pesan hakiki daripada kitab agung ini.
Wallahu a’lam.


BIBLIOGRAPHY

Husaini, Adian. 27 Juli 2007. Tujuan Didirikannya IAIN. Jakarta: http://hidayatullah.com/ dan http://insisnet.com/index.php?option=com_content&task=view&id=28&Itemid=26

Karim, Dr. Shofwan. 13 Juni 2008. Transformasi Islam; Budaya dan Peradaban (Kerisauan Bersama Cucu Magek Dirih). http://www.shofwankarim.blogspot.com/

al-Sābūnī, Muhammad ‘Alī. 1424H/2003M. al-Tibyan fi ‘Ulūm al-Qur’ān. Jakarta: Dār al-Kutub al-Islāmiyyah

Shihātah, ‘Abd Allāh. 1421H/2001M. ‘Ulūm al-Tafsīr. al-Qāhirah: Dār al-Shurūq.

al-Suyūţiy, Jalāl al-Dīn ‘Abd al-Rahmān. 1414H/1993M. al-Itqān fī ‘Ulūm al-Qur’ān. Beyrūt: Dār ibn Kathīr. j. I. cet. II

al-Zarqāniy, Muhammad ‘Abd al-‘Azīm. 1409H/1988M. Manāhil al-‘Irfān fī ‘Ulūm al-Qur’ān. Beyrūt: Dār al-Kutub al-‘Ilmiyyah. j. II
[1]lihat misalnya QS. Al-Nahl: 89 dan QS. Al-An’ām: 38
[2]Muhammad ‘Ali al-Sābūnī (selanjutnya ditulis al-Sābūnī). 1424H/2003M. al-Tibyān fī ‘Ulūm al-Qur’ān. Jakarta: Dār al-Kutub al-Islāmiyyah. h. 8
[3]defenisi ini adalah maksud dari perkataan al-Sābūnī. “‘Ilm yubhathu fīhi ‘an al-Qur’ān al-Karīm min haythu dilālatihi ‘alā murād Allāh Ta’ālā bi qadr al-ţāqah al-bashariyyah”. Lihat ibid. h. 66. Lihat juga ‘Abd Allāh Shihātah. 1421H/2001M. ‘Ulūm al-Tafsīr. al-Qāhirah: Dār al-Shurūq. h. 9
[4]lihat al-Sābūnī. Op. Cit. h. 65
[5]lihat tulisannya Adian Husaini. 27 Juli 2007. Tujuan Didirikannya IAIN. Jakarta: http://hidayatullah.com/ dan lihat pula tulisan yang sama dalam blog resmi Insist di
http://insisnet.com/index.php?option=com_content&task=view&id=28&Itemid=26
[6]Ibid.
[7]lihat lebih lanjut tulisan Dr. Shofwan Karim. 13 Juni 2008. Transformasi Islam; Budaya dan Peradaban (Kerisauan Bersama Cucu Magek Dirih). http://www.shofwankarim.blogspot.com/
[8]baca lebih lengkapnya Jalāl al-Dīn ‘Abd al-Rahmān al-Şuyūţiy. 1414H/1993M. al-Itqān fī ‘Ulūm al-Qur’ān. Beyrūt: Dār ibn Kathīr. j. I. cet. II. h. 598
[9]seperti dalam ungkapan al-Zarqāniy, …in kāna al-ijtihād muwaffaqan ay mustanadan ilā mā yajibu al-istinād ilayhi ba’īdan ‘an al-jahālah wa al-đalālah fa al-tafsīr bihi mahmūd wa illā mazmūm….lihat Muhammad Abd al-‘Azīm al-Zarqāniy. 1409H/1988M. Manāhil al-‘Irfān fī ‘Ulūm al-Qur’ān. Beyrūt: Dār al-Kutub al-‘Ilmiyyah. j. II. h. 55
[10]ibid. h. 56
[11]ibid. h. 58

1 komentar:

  1. Sepertinya tidak ada lagi bantahan serius atas tulisan yang sarat dengAN kedalaman intelektual seorang pengembara ilmu di jiran malaisia sana. saya yakin, kepadatan isisnya cukup mampu menggelitik pikiran setiap orang yang menggunakan akal dalam mecari bukti sebuah kebenaran yang jelas-jelas relatif pada manusia.
    keberadaan para pemikir " yang sulit diterima ide-ide liberal mereka" memang meresahkan bagi masyarakat yang sangat rendah sekali pemahaman keagamaannya. namun sepantasnya tidak demikian bagi pemula yang sedang mengembara dalam pencarian identitas sebagai seorang muslim sejati.sangat indah apabila dijadikan sebaga tantangan dalam pendewasaan penyikapi perbedaan, apalagi yang kita anggap sudah jauh melenceng dari konsep dan literatur yang sebenarnya.
    Tulisan ini sudah membuktikan bahwa setiap kita pemuda islam punya kesempatan untuk mampu keluar dari penjara kebodohan dan rantai kemiskinan pemahaman keislaman, dan jeratan taklit buta serta fanatisme dalam beragama, Untuk terus menyelami samudra ilmu mencari setitik cahaya kebenaran sebagaimana yang dilakukan para Ulama sejak masa rasulullah sampai hari ini.
    ada yang mengatakan Habiburrahman El Shirazy adalah hamka muda dibidang sastra, disini saya katakan, sepertinya saya sudah menemukan Hamka muda dibidang Tafsir yang sangat membanggakan. yang InsyaAllah jemarinya tidak akan berhenti sampai disini dalam menganyam buah pikirnya, untuk dijadikan renungan bagi siapa saja mencoba masuk dalam keinbdahan pesannya. InsyaAllah




    hehehe hiii bang
    pakabar ............
    dah kangen nich bcanda kayak dulu lagee,...
    jangan cime'es yeee ...
    me kumintar ane...
    yaaaaa..
    itu bukan basa basi looo..
    tapi sebuah pandangan ikhlash yang sudah lama terterawang dalam perjalanan waktu,yaaaaa...mungkin itu cuman sedikit yang timbul dari keperibadian, pemikiran, dan kehidupan seorang jannatul Husna, berarti masih banyak lagi yang harus oe ketahui yang masih tersimpan dibalik kesederhanaan A'Toel neach...,
    InsyaAllah waktu akan membuktikan siopo Aa" toel...10 ato 20 th lagi ,...insyaAllah...
    wassalam ..
    bang ..sorry yee, bukan ga da menghiraukan semua perhatian abang, tapi hanya seperti ne lah sosok seorang adie yang masih haus nasihat dari anak kecil sampai orang yang sudah merebut takdirnya sebagai seorang yang punya dedikasi tinggi untuk negara dan agama...
    Good LUck...
    kapan-Kapan kita makan mie ayam bareng ya bang insyaAllah.....
    wassalam

    BalasHapus