Senin, 10 November 2008

Imam Ahmad bin Hanbal
Oleh: Azmi Al-Alawi

Nama dan keturunan

Abu Abdullah Ahmad b. Hanbal b. Muhammad b. Hanbal b. Hilal b. Idris b. Hayyan b. Abdullah b. Anas b. Auf b. Qasit b. Mazin b. Sayyan – Al-Baghdadi.

Pertemuan nasab antara Imam Ahmad dgn rasul s.a.w. pada Nizar b. Ma'ad b. Adnan.
Ibunya Maimunah bt Al-Malik Al-Shaibaniah, Bani Amir dari keturunan Arab jati. Ayah beliau seorang pejuang di Marwa, berasal dari Basrah ,meninggal dalam usia 30 thn.

Tempat lahir

- Ramai penulis berpendapat ibunya datang ke Baghdad dari Marwa semasa beliau dalam kandungan, Lahirkan pada Rabiul awal 164 H.
- Ada yg berkata beliau lahir di Marwa,kemudian dibawa oleh ibunya berpindah ke Baghdad.
- Bapanya meninggal dunia semasa beliau berusia 3 thn, dijaga oleh ibunya dlm keadaan yatim.Dibesarkan di Baghdad: pusat ilmu dan tamadun serta pusat pemerintahan negara.
- Berguru dgn ramai ulama'. Beliau hadir ke majlis ilmu Qadhi Abu Yusuf (murid Abu Hanifah- faqih terkenal). Tumpuan pada hadith dan mula mendengar hadith than 187 H (usia 16 thn), menurut Dhahabi ketika berusia 15 thn.
- Tokoh pertama yang di ambil hadith darinya ialah Abu yusuf al-Qadi.
- Kemudian mendapat tahu tentang kedatangan Abd- Allah bin Mubarak lalu berusaha hadir ke majlisnya tetapi tidak sempat kerana Abd- Allah telah berangkat ke Tarasus untuk berperang dengan Rom.
- Berdampingan dengan Husyham bin Bashir hinggalah gurunya ini meninggal tahun 183H.

Rehlah Ilmiah

- Antara tempat-tempat yang pernah di kunjungi oleh beliau ; Kufah ,Basrah.Mekkah, yaman, Sham, Jazirah.
- Rehlah pertama ke Kufah selepas kewafatan Husyam ketika usia 20 thn.
- Semasa di Kufah mendengar dari Abu Mu' awiyah al- Darir 194H.Dan Waqi' 194Hdan hafaz semua hadith Waqi'.
- Tahun 186H datang ke Basrah dan hadir pertama kali majlis Mu'tamir bin Sulayman 187H.
- Kerapkali berulang alik dari Kufah ke Basrah belajar dari Bahz bin Asid.
- Sampai ke Mekah setelah wafat Fudail bin ' Iyad, sempat mengerjakan haji 3kali secara berjalan kaki.
- Mendengar dari Sufyan bin 'Uyaynah 198H. Berkata Imam Ahmad;Saya tidak sempat dengan Malik tetapi Allah gantikan saya dengan Sufyan bin' Uyaynah.
- Rehlah ini menemukan beliau dengan Imam Syafi'i di Mekah. Tinggal di Baghdad dan mengambil semua yang ditulis oleh Syafi'i.
- Pergi ke Basrah 190H belajar dari Ibrahim bin Abi 'Adi 194H.Datang lagi dan mengambil dari Yahya bin Sa'id juga berguru dengan Sulayman bin Harb 244H dan Abu Nu'man 244H Abu'Umar Hafs bin 'Umar al-Hawdin 225H.
- Dari Basrah ke Wasit bertemu denganYazid bin Harun 206H,mengerjakan haji
- Tahun berikutnya ke Yaman bersama Yahya bin Ma' in, berguru dengan Abd
- Menyusun musnad ketika usia 36 tahun semasa di Baghdad.
- Tahun 200H datang ke Basrah mendengar hadith Abdul Samad bin al-Warith
- Sempat berguru dengan Muhamad bin Bakr al- Bursani 203H.
- Ke sham tahun 209H.
- Ke Missisah mendengar dari Hajjaj bin Muhammad al- Awwar 206H.
- Tahun 204H berusia 40 tahun aktif berfatwa ( tahun kewafatan Imam Syafi'i).
- Rehlah ke sham tahun 209H adalah yang terakhir.
- Tidak keluar dari Baghdad hinggalah berlaku mehnah Khalq al-Qur'an 218H.

Guru-guru

- Terlalu banyak, dibahagikan kepada dua berdasarkan cara beliau menerima hadith;Kitabah dan Sama'i.
- Antaranya ; Waqi' bin Jarrah, Abu Nu'aim al-Fadl bin Dakhan 219H, Abd al-Rahman bin Mahdi 198H.

Murid-murid

- Antaranya Imam Bukhari dan Imam Muslim.
- Guru-guru beliau juga meriwayat hadith dari beliau seperti Abd al-Razak dan Syafi'i.
- Termasuk juga rakan sebayanya seperti 'Ali bin Madini dan Yahya bin Ma'in.


Ketokohan beliau terserlah dalam periwayatan hadith, berkata Syafi'i; Saya keluar dari Baghdad dan tidak meninggalkan seorang pun yang lebih faqih,zuhud,wara,''alim daripada Ahmad bin Hanbal.

Beliau adalah faqih dan muhaddith, seorang fuqaha' muhaddithin seperti Malik.

Kecenderungan dalam riwayat

- Ketat dalam menerima hadith terutama berkenaan halal dan haram, tetapi longgar dalam bab yang berkait dengan fada'il.
- Menerima hadith mursal dan da'if jika tiada hadith lain.Da'if; yang diandaikan dan dimantapkan dengan terdapat berbagai turuq ( hasan li ghairihi ).

Mehnah yang diterima

-Berpunca dari Khalifah al-Ma'mun yang menyeru muhadithin dan fuqaha' menyokong beliau mengatakan bahawa al- Qur'an itu makhluq.
membandingkan beliau dengan Sayyidina Abu Bakar dalam menangani gejala riddah dizamannya.
-Hal ini terhenti dizaman Khalifah Harun al-Rashid.
- Zaman Al- Makmun pd mulanya menggunakan dasar rakyat bebas memilih aqidah hingga pd thn 218 H, mula menggunakan kekerasan
Antara imam-imam yg tidak menerima pdpat tersebut ialah ; Ahmad b. Hanbal, Muhammad b. Noh, Hassan b. Hammad Sajdah, 'Ubaidillah b. Umar al-Qawariri. Hanya imam Ahmad dan Muhammad shj yg kekal dgn pendirian mereka mengatakan Al-Quran itu kalam Allah.

Karya-karya

- belau berminat mengumpul hadith dan meneliti 'lalnya (kata pentahqiq : Sheikh Al-Arna'ut).
- Murid-muridnya dilarang melibatkan diri dlm perkara-perkara lain kecuali perkara-perkara berkaitan dgn al-Quran dan hadith dan mereka tidak diizinkan melihat kitab al-Syafi'e serta kitab-kitabnya yg lain
- Senarai hasil karya beliau yg disenaraikan oleh Ibn Nadim dlm fihris :

1. Kitab al-'Ilal
2. " al-Tafsir
3. " al-Zuhd
4. " al-Nasikh wa al-mansukh
5. " al-Fadhail
6. " al-Faraid
7. " al-Manasik
8. " al-Iman
9. " al-'Asyribah
10. " Ta'ah al-Rasul
11. Al-Radd' 'ala al-Jahmiah
12. Hadith al-Syu'bah
13. Al-Muqaddam wa al-Mu'akhar fi Kitab Allah Taala
14. Jawaban Al-Quran
15. Nafi al-Tashbih
16. Al-Imamah
17. Al-Risalah fi al-Solah
18. Al-Fitan
19. Fadhail Ahl al-Bayt
20. Musnad al-Bayt
21. Al-Asma' wa al-Kuna
22. Fadhail Sahabah

Definisi al-Musnad

- Karya hadith memuatkan hadith berdasarkan riwayat para sahabah tanpa melihat topic hadith tersebut dan bab-babnya tanpa mengira status samada sahih, hasan dan dhaif.
- Takrif lain bagi musnad : Hadith yg diriwayatkan beserta sanad
- Apabila selesai koleksi sesorang sahabat , dimuatkan pula sahabat yg lain
- Pengarang musnad tidak sama dlm penysunan sahabat, adayg menyusun mengikut keutamaan sahabat, ada yg menyusun mengikut turutan abjad dan ada yg menyusun mengikut qabilah

Metode Penyusunan Imam Ahmad Dlm Musnadnya

- Imam Ahmad memulakanmusnadnya dgn 10 sahabat yg dijanjikan syurga serta didahului dgn Khulafa' al-Rasyidin, kemudian disusuli enam yg lain
- Kemudian diikuti dgn musnad Ahl Bayt bermula dgn : Hasan b. Ali, Husayn b. Ali. 'Uqail b. Abi Talib, jaafar b. Abi Tanlib, Abd Allah b. Ja'far- 'Abbas b. Abdul Mutalib
- Dituruti pula musnad sahabat yg paling banyak meriwayatkan hadith bermula dgn : Abd. Allah b. Mas'ud, Ibn Umar, Abd Allah b. 'Amr b. Al-'As
- Musnad sahabat mengikut tempat, bermula dgn Mekah, Madinah , Sham , Kufah, Basrah, Musnad Ansar sehinggalah disudahi dgn Musnad Al-nisa'. Musnad Al-Nisa' dimulai dgn 'Aisyah, Fatimah hinggalah yg terakhir 'Um Nujayd

Imam Ahmad bukanlah pelopor musnad kerana ada penulis lain yg telah mendahuluinya sebelumnya seperti ; Abu Daud al-Tayalisi 204 H, Asad b Musa b Ibrahim al-'Umawi 212 H, Abu Ishaq Ibrahim b. Nasr al-Khurasani 213 H

Sifat Dan Status Hadith

- Musnad Imam Ahmad tergolong dlm karya hadith yg besar. Ia merupakan ensaiklopedia hadith yg menjdi rujukan umat Islam berhubung dgn hadith terutama ketika ada pertelagahan mengenainya. Inilah yg disebut sendiri oleh Imam Ahmad berdasarkan riwayat Abu Musa al-madini 541 H dlm al-Khashais
- Dimuatkan dlm musnad hadith yg disaring dri ribuan hadith
- Kata al-madini : Ahmad tidak meriwayatkan kecuali dari rawi yg thabit dan agamanya tidak dipertikaikan
- Banyak ulama' mengatakan hadith-hadith beliau ada yg sahih, hasan , dhaif bahkan maudu'.
- Kata al-Suyuti : Semua yg ada dlm musnad Ahmad diterima, dhaif hampir kpd hasan.
- Ada hadith sahih dlm musnad yg juga ada dlm sunan ada juga hadith yg setaraf dgn sahih tetapi tidak diambil oleh Bukhari & Muslim juga 4 sunan yg lain
- Ibn Jawzi menolak pandangan yg mengatakan bahawa semua hadith yg ada dlm musnad adalah sahih
- Abu Ya'la Muhammad b. hasan Al-Farra' berkata : Hadith dlm musnad adalah yg masyhur

Periwayat

1. Abd. Allah 290 H (anak beliau)
2. Saleh (anak beliau)
3. Hanbal b. Ishak (sepupu Imam Ahmad ) lebih menumpukan kpd fiqh

Sanad Hadith

Ibd al-Husayn- Ibn al-Mudhib- Al-Qutayl- 'Abd Allah b. Ahmad-Ahmad dari ibn Mudhhib 432 H diambil oleh Ibn a-Jawzi & Ibn 'Asakir

Sumbangan 'Ulama' Terhadap Musnad

- Mereka mempelajari kandungan musnad secara dengar dan baca. Kerana ia satu koleksi yg sangat besar dan terdapat byk hadith –hadith selainyg sedia ada
- Mempernudah pengguna mendapatkan hadith-hadith yg dimuatkan oleh Imam Ahmad dlm musnad
- Metode nya susah utk dirujuk, lalu dikarang lain utk membantu dlm rujukan

1. Senarai sahabat yg ada dlm musnad Ibn 'Asakir – 7 jilid
2. Tambahan oleh Ib Kathir diikuti kitab Atraf Li Kutub al-Sittah, Mu'jam Kabir & Musnad Abu Ya'la
3. Susunan mngikut abjad dilakukan oleh Abu Bakr Muhammad al-Hanbali 820 H
4. Susunan mengikut Sahih Bukhari oleh 'Urwah b. Zukhan
5. Saringan mengikut bab oleh : Shihab al-Din
6. Susunan mengikut atraf oleh : Ibn Hajar
7. Susunan mengikut topic oleh ; Ahmad b. Abd Rahman b. Muhammad, dibahagikan musnad kpd 7 bahagian – tauhid, usuluddin, fiqh, tafsir, targhib & tarhib, sejarah & sirah & manaqib, qiyamah
8. Meringkaskan sanad dgn menyebut nama sahabat sahaja. Sanad dimasukkan dlm komentar.

- membezakan sanad dari Ahmad dgn tambahanyg dibuat oleh Abd Allah dan Abu Bakr al-Qutayl
- 6 bahagian hadith terdapat di dlmnya

1. Riwayat dari Imam Ahmad (yg melebihi 3/4 bahagian)
2. Riwayat oleh Abd Allah dari ayahnya
3. Riwayat oleh Abd. Allah dari perawi selain dari ayahnya
4. Riwayat yg dibaca oleh Abd Allah kpd ayahnya yg diambil dai selain dari ayahnya
5. Riwayat yg tidak didengar dan tidak dibaca tetapi ditemui hasil tulisan ayahnya
6. Riwayat dari al-Hafiz Abu Bakr al-Qutayl dari orang lain selain Abd Allah dan Ahmad

Azmi Al'Alwi

Tidak ada komentar:

Posting Komentar