Senin, 10 November 2008

MAJMA’ AL-ZAWAID WA MANBA’ AL-FAWAID
Abdul Haris Bin Bahruddin
IGB 080005


Nama dan Kelahiran

Pengarang karya ini adalah Ali bin Abi Bakr bin Sulaiman bin Abi Bakr bin Umar bin Saleh Nuruddin Abu Hasan Al-Haithamiy al-Qāhiriy, al-Syāfi’I, al-Hāfiz di kenal sebagai Haithamiy. Ia dilahirkan pada bulan Rajab 735 H. Ia tumbuh besar dan menghafal al-quran. Kemudian bersahabat dengan al-Zein al-‘Irāqiy ketika ia sudah baligh. Sejak pertemuannya, ia tidak pernah berpisah dengan al-Zein sampai beliau wafat. Ia ikut serta dengannya dalam setiap perjalanan dan menemaninya di sepanjang pertualangan mencari hadith. Diantara kota-kota yang pernah dijalaninya selama mengumpulkan hadith adalah Mesir, Kaherah, Haramain, Batul Maqdis, Damsyiq, Ba’labak, Halab dan sekitarnya, Tarablis dan lain-lain.

Bersama Gurunya

Al-Haithamiy banyak menulis dari karya gurunya dan membacakan kembali dihadapannya. Iapun menguasai hadith di tangan gurunya. Ia banyak berlatih dalam mengumpulkan dan menyusun buku. Seperti merangkum tiga karya al-Tabrāniy (al-mu’jam al-ṣaghir, al-mu’jam al-Ausaṭ dan al-mu’jam al-kabir). Selain itu, beliau juga menulis Musnad Ahmad bin Hanbal, Al-Bazzār, Abi Ya’la, yang terdapat dalam al-kutub al-sittah. Kemudian mengumpulkan semua karya ini dalam satu kitab tanpa mencamtumkan sanad-sanad dan di beri nama majma’ al-zawāid wa manba’ al-fawāid.

Al-Haithamiy adalah orang yang taat beragama, bertakwa, zuhud dan suka menuntut ilmu dan beribadah. Dia juga sentiasa berkhidmat kepada Seikhnya, Cinta kepada hadith dan ulama yang berkecimpung di dalamnya. Dia banyak berbicara mengenai hadith dan Sang guru selalu bersamnya. Begitulah kehidupannya sehingga ia wafat pada malam selasa 19 ramadan tahun 807 H. di Kaherah. Sang guru sangat takjub kepadanya. Kerana, selain kepintaranya, ia juga sangat hormat, beradab, sabar serta ikhlas dalam berkhidmat kepada Sang Guru. Ia tidak pernah bosan melakukan semua ini di samping beliau juga menulis hadith. Salah satu bukti kecintaan gurunya kepadanya, ia dikawinkan dengan anak perempuannya yang bernama Khadijah.

Guru-gurunya selain Al-Zein al-’Iraqiy

Selain al-’Irāqiy, dia juga berguru kepada Abu al-Fath al-Maydūmiy, Ibn al-Mulūk, Ibn al-Qaṭrawāniy, Ibn al-Khabbāz, Ibn al-Hamawiy, Ibn Qayyim al-Ḍiyaiyyah, Ibn Abdul Hadi, Muhammad Ibn Abdullah al-Nu’māniy, Ahmad Ibn al-Raṣdiy, al-’Arḍiy, Mudhfir al-din Muhammad Bin Muhammad Bin Yahya al-’Aṭṭār dan Ahmad Ibn Abdurrahman al-murādiy.

Karya-karyanya

Selain karya yang menjadi tajuk tulisan ini masih banyak lagi karya yang telah dihasilkan oleh Imam al-Haithamiy diantaranya:

1. al-Maqṣad al-’Ula fi Zawāid Musnad Abi Ya’la al-Muṣiliy.
2. Mawārid al-Dham’ān fi Zawāid Ṣahih Ibn Ḣibban.
3. Zawāid Ibn Majah ’ala al-kutub al-khamsah.
4. Ghayat al-Maqṣad fi Zawāid Ahmad.
5. Majma’ al-Bahrain fi Zawāid al-Mu’jamain al-Aṣghar wa al-Auṣaṭ Li al-Ṭabrāniy.
6. Baghiyyatu al-Bāhith ’an Zawāid Musnad al-Harith.
7. Zawāid Sunan al-DarQuṭniy
8. Tartib al-Thiqāt Li Ibn Ḣibbān
9. Taqrib al-Baghiyyah Fi Tartib Ahādith al-Hulyah.

Sebab Penulisan karya

Al-Haithamiy berkata ” Setelah aku mengumpulkan zawāid Musnad Imam Ahmad, Abi ya’la al-Mauṣiliy, dan Abu Bakr al-Bazzār, kemudiaan tiga Mu’jam al-Ṭabrāniy, Guruku berkata kepadaku ’kumpulkanlah karya-karya ini tanpa menyebutkan sanad-sanadnya agar terkumpul hadith-hadith setiap bab pada satu bab sahaja.’ Ketika itu akupun mengerjakan arahannya dan memohon kepada Allah pertolongan dan mendapat kemudahan dari-Nya.”

Metodologi penulisan

Ia berkata ”aku menamai karya ini seperti yang di berikan guruku (majma’ al-zawāid wa manba’ al-fawāid). Adapun hadith- hadith yang aku bincangkan kesahihan dan keḍaifannya, apabila hadith itu dari seorang sahabat kemudian kusebutkan matannya, maka aku cukup membincangkan satu hadith yang pertama sahaja. Kecuali jika hadith yang kedua lebih sahih. Apabila hadith tersebut di riwayatkan Imam Ahmad bin Hanbal maka akan aku teliti rijalnya, keculai ada sanad yang lebih sahih. Jika suatu hadith mempunyai satu sanad yang sahih, maka aku tidak lagi membincangkan hadith-hadith yang lain walaupun sanadnya lemah.

Adapun guru-guru kepada al-Ṭabrāniy, yang di dapati dalam kitab Lisan al-Mizān, aku jelaskan keḍaifannya. Kalau tidak ada dalam kitab tersebut maka aku masukkan ke kategori thiqah. Manakala sahabat tidak mesti di syaratkan untuk masuk dalam karya rijal yang sahih, bagitu juga guru-guru al-Ṭabrāniy yang tidak didapati dalam kitab al-Mizān.

Riwayat Musnad Ibn Hanbal

Pengambilan musnad Imam Hanbal ia dapati dari dua orang guru iaitu, Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim al-Anṣāriy al-Khazrajiy al-’Abbādiy dan Abu al-Hasan Ali bin Ahmad bin Muhammad al-’Arḍiy dengan cara mendengar dari Hasan berguru kepada Zainab binti Makkiy. Demikianlah sanad ini hingga kepada anak Imam Ahmad bin Hanbal kemudian sampai kepadanya.

Riwayat Musnad Abi Layla

Musnad Abi Layla ia dapati dari Syeikh Zainuddin Muhammad bin Muhammad bin Ibrahim al-Balbisiy dengan cara mendengar pada semua kitab kecuali juzu dua dan tiga.


Riwayat Musnad al-Bazzār

Adapun Musnad Bazzār ia perolehi dari Qādi al-Muslimin Abu ‘Umar Abdul Aziz bin Qādi al-Muslimin Badruddin Muhammad bin Ibrahim bin Jamā’ah.

Riwayat Al-Mu’jam al-Ṣaghir

Periwayatan Mu’jam al-ṣaghir karangan al-Tabrāniy dia dapati dari dua orang guru iaitu, Abu al-Haram Muhammad bin Muhammad bin Muhammad al-Qalānisiy dan Al-Muhaddith Naṣiruddin abu Abdillah Muhammad bin Abi al-Qāsim al-Fāriqiy dengan cara membkeduacakan kepada keduanya.

Riwayat Al-Mu’jam al-Ausaṭ

Periwayatan ini dari Abu Ṭalhah Muhammad bin Ali bin Yusuf al-Harāwiy dengan cara membacakan kepadanya. Dia juga mendengar dari bab ”Nun” sampai kepada akhirnya.

Riwayat Al-Mu’jam al-Kabir

Mu’jam yang terakhir ini diriwayatkan al-Syaikh Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Abdul Aziz al-Ayyūbiy dengan cara membaca. Dia juga mendengar dari awal Juz tiga puluh tujuh.

Setelah melihat dan mengkaji ”sekelumit” tentang perjalanan hidup dan karya-karya Imam al-Haithamiy, kita boleh mengetahui betapa besarnya sumbangan beliau berkhidmat kepada ilmu hadith. Ia menjalani hidupnya dengan menimba ilmu sejak kecil. Sabar dan penuh ketekunan dalam mencapai sesuatu yang berharga. Sehingga karya-karya yang dihasilkan dapat dirasai manfaatnya bagi orang yang melakukan penelaahan dan penelitian dalam ilmu hadith. Semoga Allah menerima amalan ini disisi-Nya dan menjadikannya kedalam timbangan kebajikannya kelak. Amiin..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar